Tuesday, 24 December 2013

Anak dengan ayah sama besar...........habis macam mana???????

Sejak dari  lahir sampai nak masuk  umur  9 tahun Firdaus masih gemar  tidur celah ketiak aku.Dia ni masuk  9 tahun pun masih lagi manja tak  macam abangnya. Gula -gula hack   masa kecik paling manja  tapi bila  cecah  umur 7 tahun dia dah mula rasa segan bila aku pegang tangan dia setiap kali aku hantarnya ke sekolah.ha ha ha ha , merah padam muka dia masa tu.

Malam semalam masa aku tengah landing atas katil   dengan Firdaus, saje lah aku nyakat dia 

"Tahun depan adik darjah 3,  adik janji dengan ibu masuk  darjah 3 adik  nak belajar  tidur sendiri."

"Tak nak! tak nak ! adik nak tidur ngan ibu gak." Adik  merengek manja.

"Bagilah  ibu temankan ayah tidur. Cian ayah tidur sorang-sorang kat depan tv. Adikkan dah besar, orang besar  tak boleh  tidur dengan ibu lagi."

"Ayah pun dah besar, Ayah lagi besar dari adik. Ibu cakap orang besar tak boleh tidur dengan ibu.Kenapa ibu nak tidur dengan ayah?  Adik terus menghempas badan ke tilam

Aku tak tahu nak cakap apa dah.Terus tarik selimut pelan -pelan ,tutup mata terus.



Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang