Tuesday 9 July 2013

sama tapi tak serupa

Tadi malam baru aku ada kesempatan menyelak  surat khabar hari minggu  yang aku beli.  Aku bertanya-tanya pada diri sendiri 'sibukkah aku sehingga tiada waktu dan kesempatan  menyelak surat khabar? Nak kata sibuk mengemas rumah memang tak delah nampaknya.  Terus terang aku cakap yang aku memang malas mengemas rumah. Setakat mengemas ala ala melepaskan batuk ditangga bolehlah kot.... .yang penting kalau dari azali dah tahu  yang kita memang tak suka mengemas rumah jadi  kenalah  pandai cari suami yang tak kisah rumah bersepah . la la la la la
Bila menyelak surat khabar hari minggu  dah pasti  b pop atau pancaindera  akan menjadi tumpuan utama



Akhirnya abang Syamsul Datuk Yusof Haslam  kita  come back dengan  Prekual KL Ganster  dan  akan ditayangkan pada oktober nanti .


Shark(Syamsul Datuk Yusof Haslam) dalam filem prekual KL Ganster 2.Cer perhati betul-betul sebijik muka saper


Bila Shark jadi ganster muka dia tetiba berubah jadi Dato shake

wajah Dato shake dari sisi tepi

Pengikut Tegar : )