Thursday 25 April 2013

KARMA TAK SEMANIS KURMA


Tarikh : 25/4/2013, Khamis

Lokasi : Jalan Pelabuhan Barat.Dalam perjalanan ketempat kerja dalam kereta Gyomi Mikito

Peristiwa : Karma




Aku (sambil mengunyah kuih dadar) :  gyomi , masa sekolah  rendah  dulu ko dapat tak RMT? 

Gyomi(tertawa kecil sehingga  menampak lesung pipit)  : dapat


Maafkan gyomi , dia memang tak banyak cakap, orang tanya sepatah dia jawab sepatah.


Aku : bestnya ,  akak  teringin nak dapat  RMT  tapi tak pernah dapat.Ko  start  dapat RMT dari darjah berapa?


Gyomi tertawa kecil:  dari darjah 3 sampai darjah 6.


Aku :  masa sekolah rendah dulu akak susah(bajet macam sekarang ni kaya sangat) jarang bawak duit belanja pergi sekolah. Tak sampai hati  nak minta  mak duit belanja sekolah. Berapa mak bagi  akak ambik dengan senang hati. Masa dulu   20sen sangat bernilai buat akak. Tapi apa yang akak tak puas hati sangat tu, kenapa akak tak dapat  RMT, sedangkan budak noresah yang bapanya kerja gomen, rakan  sekelas merangkap rakan  sepermainan akak  dapat  RMT  dari darjah 1 sampai darjah 6. Bila akak tanya macam mana dia boleh dapat dapat RMT, dia cakap mungkin sebab   muka dia comot macam tak mandi, pinafor tak bertali pinggang , rambut serabai. Gyomi , ko dapat RMT sebab rambut serabai ke?


Gyomi: he he he, ye lah kak ,  kebanyakkan budak yang dapat RMT  macam tu.


Aku :  tak de maknanya , akak pun serabai gak, pinafor  akak  paling lusuh diantara yang lusuh,dah puas buat muka kasihan ,   tak dapat gak RMT.

Gyomi : he he he he 
 
gelak, gelak, gelak itu jelah yang dia tahu


Aku : dulu waktu sekolah ,masa rehat, akak  jarang  dapat makan   nasi lemak ngan mee goring.  Ko tahu gyomi ,mee goring basah yang nampak   bodoh cuma ada taugeh  ngan  sedikit kicap yang budak RMT  selalu makan tu  mampu   buat air liur akak  meleleh. Kasihan, nampak sangat dulu akak kebulur. Ha ha ha ha


Gyomi  : samalah  ngan saya kak ,  pantang  kalau ada budak RMT tak datang , mesti saya volunteer nak ganti.he he he he    


Aku : akak tetap tak puas hati ngan budak yang bernama  Noresah yang dapat RMT tuuuuuuuuuuuuuuuuu



Tetiba  aku  terdengar satu dentuman kuat , satu objek kecil menghentam  cermin kereta gyomi lalu tembus dan terpelanting kearah tempat duduk belakang. MasyaAllah  objek kecil tadi  nyaris   hinggap di pipi kiriku. “Masa mengumpat tak ingat Allah”,, aku kata dalam hati.


Lepas beli makanan kat Karabena, gyomi menyambung perjalanan ke tempat kerja


Dalam kereta dalam perjalanan ke tempat kerja


Gyomi : akak, mak saya cakap  kalau boleh dalam parlimen….


Tetiba  satu dentuman kecil kedengaran dari belakang kereta…………….
kami saling berpandangan  dan terus ketawa terbahak-bahak



Aku malas nak cakap banyak, the moral of the story, aku syak ada orang yang tak suka kami   mengumpat gomen @ kerajaan , tu sebabnya macam –macam bunyi dentuman yang kedengaran semasa sesi mengumpat tadi. Alah   tu  cuma andaian bodoh dan persepsi sempit aku je,  hakikat sebenarnya, aku sedang berkira-kira samada nak ambik RM1,200 atau WIFI percuma seluruh Bandar.larikkkkkkkkkkkkkkkk
 





 Gyomi  Mikito tetap bertabah ,  biarpun Datuk Rahim tidak dicalonkan  dalam Pilihanraya umum ke 13, biarpun cermin hadapan keretanya  retak.


 Inikah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )