Tuesday, 12 August 2014

Riang ria di Wet World Shah Alam ; Cuti cuti Hari Raya Aidilfitri 2014

Salam Syawal....................

Tak puas  berendam kat sini, sambung berendam pulak kat Wet World Shah Alam hari sabtu  9hb  tu . Akak dan  adik ni  memang suka berendam dalam air. Tak tahu nak cakap apa dah ,selagi tak puas  berendam selagi tulah dorang duduk berendam sampai kecut -kecut kaki tangan. Itulah habit dorang.




 
hye kengkawan!! saya sekarang ni  berada di Wet World Shah Alam .Adik buat muka bangga


Dulu lain sekarang lain, dulu aku & family santai   ditepian kolam, sekarang dah semakin upgrade  santai dalam pondok bertirai langsir jarang kaler putih, ko ado. Murah jugak lah pondok bertirai ni, kalau nak bandingkan dengan  pondok nun di atas  RM200 sehari.
saya askar,sila takut
Soalannya Cup apa adik pakai??
Walaupun aku tak mandi tapi aura kebulur lepas mandi  berjangkit kat aku.

Saper beli set memang untung ahhhh,nasi goreng/nasi lemak/ mee goreng/bihun  goreng  RM7.50/pax termasuk 1 botol  air mineral atau setin air  minuman (terpulang pada kehendak masing-masing) & Ayam ala ala kehepsi RM4/seketui. Kalau nak dibandingkan dengan harga makanan di Taman tema   (censored),aku rasa harga  makanan di sini masih  boleh diterima akal lagi. Cuma yang aku tak puas hati kat sini takde jual kerepek pisang dan kerepek ubi pedas,,,,haishh dari first raya sampai sekarang belum dapat lagi merasa kerepek kegemaranku.Kasihankan aku.Entah kenapa hari raya tahun ni  aku rasa sepi je sepi tanpa kerepek kerepek...

 Sampai kat sini pun tetap nak makan fun fries .Tak tahu lah apa masalahnya
Set jangan tak set   mee goreng & bihun goreng RM7.50/pax  termasuk air minuman.
Tak  sampai 1/2 jam mandi mama dah bosan,terus naik  dan stay dalam pondok sampai balik. Relax habis aku hari tu, makan , tidur sambil cuci mata tengok orang mandi manda. Lokasi pondok aku  strategik untuk dijadikan port skodeng : )



Wow, sungguh menakjubkan ,produk pengelapan sekata ,bukan je selamat ,tapi berkesan.!!!






Wet World Shah Alam
Persiaran Dato Menteri
Seksyen 2
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
  
Bayaran Masuk
Hari : Isnin, Selasa , Khamis dan Jumaat
Hari : Sabtu, Ahad, Cuti sekolah& Cuti Am

Ketinggian  90cm hingga 130cm = RM16.00
Ketinggian melebihi  130cm ke atas = RM20.00

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang