Saturday 16 August 2014

Ikan parang goreng cili,langkah demi langkah : koleksi juadah kegemaran keluarga

Salam Syawal..........


Sebenarnya entry ni aku dah update sehari lepas tapi entah apa yang aku dah tekan terus hilang.Sedih tu memanglah rasa sedih tapi nak tak nak kehidupan harus diteruskan.ha ha ha
ha.Demi korang semua gigih aku taip entry yg hilang tu semula  :)



Gaul  ikan parang dengan sedikit garam dan rempah kari hingga sekata. Perapkan selama 1/2 jam atau sejam supaya rempahnya meresap.

Cili api ,bawang merah dan bawang putih antara bahan penting untuk membuat ikan parang goreng cili selain daripada sos cili, sos tomato dan sos tiram.


Tamak  yang dibenarkan

RESEPI  IKAN PARANG GORENG  CILI
Bahan-bahan
1)6 ketul ikan parang [Isi ikan dibersehkan dan dipotong menyerong.Gaul  ikan parang dengan sedikit garam dan rempah kari hingga sekata. Perapkan selama 1/2 jam atau sejam supaya rempahnya meresap. 
2)10-15 tangkai cili api[kisar kering hingga halus]
3)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah kecik [kisar kering hingga sederhana halus ]
4)3 sudu besar sos tiram
5)2 sudu besar sos cili
6)2 sudu besar sos tomato
7)air
8)Gula secukupnya
Cara menyediakannya 
1) Goreng ikan parang hingga garing.Ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan agak garing
3)Masukkan cili api , tumis hingga pecah minyak
4)Bila dah pecah minyak , masukkan gula,sos tiram,sos cili dan sos tomato diikuti dengan sedikit air.Tumis sekejap.
5)Akhir sekali masukkan ikan parang goreng dan  kacau sekejap dalam seminit.
6)Tutup api dan sedia dihidangkan.



Ikan parang goreng cili,yummy dihidang dengan nasi panas







Okeylah,cukup setakat ni je. Perut pun dah berkeroncong.Moh lah kita makan......




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )