Monday, 9 September 2013

Jalan jalan cari makan ; Restoran Coconut flower

Seronok juga kalau sekali sekala beralih angin  makan tengahari sekeluarga di luar terutama pada cuti hujung minggu.Jemu juga bila setiap hari asyik makan makanan yang dimasak sendiri. Jadi , sabtu tu .kami memilih makan di Restoran Coconut Flower .Setiap kali  nak makan seafood restoran ni kerap menjadi  pilihan keluarga kami : )
Bukan JLO
 Apasal mulut muncung macam ikan emas????

Pipi gula-gula hacks dan Firdaus semakin tembam 
Seperti kebiasaan, setiap kali  makan seafood untuk minuman kami memilih chinese tea yang dipercayai boleh melarutkan lemak dalam tubuh.Korang rasalah , berapa gelen chinese tea aku kena minum bagi memecahkan lemak  yang dah berkurun berkumpul dalam badan aku ni?????. It bull opsss
Fried soft tofu dihidang bersama mayonis dan sos cili ni nampak simple, terkejut bila masuk ke tekak rasanya sedap 
Baby kailan with garlic terbaek. Aroma bawang putihnya  ternyata dapat  membuatkan  perut jadi lapar.
 Kam Heong crab
steam clams bersama halia dan kicap cair  terbaek. Sedap dan terasa keenakkan clams dan kuahnya tu. 
Steam kerapu  pedas.Isi  ikannya terasa  tawar  kalaulah suami  aku minta ikan tu di steam bersama kicap cair dan halia .. lagi hampehh tak boleh makan.
 Aku pemakan ikan tegar
Kenapa dorang bermuka pelik??????







Tarikh : 7 September 2013,Sabtu
Lokasi : Restoran Coconut flower Teluk Gong
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang