Monday, 18 August 2014

Jom gi Spicy Crab makan seafood


Salam Syawal.......


Sabtu hari  tu adik mula masuk kelas mengaji selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Masa cuti raya ,semua orang bergembira hingga lupa apa yang ustazah pesan,,makanya terpaksalah ustazah suruh adik  buat warming up balik.

Jarak kelas mengaji adik dengan rumah yuyi tak jauh ,jadi sementara menunggu adik habis kelas aku lepak kat rumah yuyi . Lepak habis,,,,aku perasan ,semenjak adik mula masuk kelas mengaji ni aku dah jarang masak.Sajekan, sementara menunggu adik habis kelas boleh je kalau nak masak tapi  biasalah aku ni bila dah  lepak  rumah yuyi aura nak masak tu macam kureng je. Yang bestnya bila aku tengah takde  aura nak masak,yuyi ajak makan kat luar, haishhh macam orang mengantuk disorongkan bantal.Laju je,"mak nak itut,"cakap sambil hentak -hentak kaki.

Selepas ambik adik balik dari kelas mengaji, sambung lepak  rumah yuyi. Lebih kurang pukul 3 petang , yuyi bawak kami makan kat Spicy Crab .Ni kali pertama aku makan kat sini , Yuyi dengan gula-gula hack  dah selalu,pertama mungkin sebab Spicy Crab ni tersangatlah dekat dengan rumah dorang ,kedua mungkin sebab ketam. Kah kah kah.Jangan tak percaya,,bila google banyak blog yang buat review pasal spicy crab ni. Aku salute lah dengan orang di luar sana yang sanggup datang ke Kota Kemuning ni semata-mata nak makan kat Spicy Crab,syabas bete : )


Anak sapo lah tu

Apalah dorang tengok tu


Bandung,chinese tea,sky juice

Sayur yau mak tam & cencaluk


Ketam sweet sour

Ayam masak madu


Udang nestum


Ikan pari nyonya asam pedas


Musscle cheese









Lokasi : Restoran Spicy Crab
19,Jalan Anggerik Vanilla,X31X
Kota Kemuning
40460 Shah Alam
Selangor











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang