Friday, 18 July 2014

Drumet & kepak tengah bersalut istimewa , jenama ayamas terbaek ; koleksi juadah kegemaran keluarga,

Ramadhan kali ni tak seperti  Ramadhan aku yang dulu..ceh wah. Dulu aku jarang  masak juadah untuk berbuka, banyak beli  kat pasar ramadhan,kalau  masak pun juadah untuk sahur je. Entah kenapa ramadhan  kali ni aku terlebih rajin nak masak sendiri juadah berbuka dan bersahur, kalau boleh kuih muih pencuci mulut semua aku  nak buat sendiri.Pakkal  tak larat. Tipulah kan  kalau aku cakap tak  jejak pasar ramadhan langsung .Sesekali ada  jugak aku rasa penat,malas nak masak . Tapi mungkin dalam sekali dua, okeylah kan.


Juadah berbuka petang semalam simple je,drumet & kepak goreng cili,, bak choy goreng bawang putih dan tempoyak goreng cili dengan ikan bilis

Feveret aku,  tempoyak goreng cili dengan ikan bilis. Tempoyak macam gini ,tak boleh  selalu masak, bahaya ,lauk ni buat selera makan bertambah. Nak masak  tempoyak cara aku ni  senang je, Panaskan sedikit minyak,tumis bawang merah & bawang putih kisar hingga naik bau. Setelah bahan tumis naik bau,masukkan cili api kisar(saper suka pedas boleh lebihkan cili api kisar) dan ikan bilis.Tumis kedua bahan  hingga garing .Setelah garing  masukkan tempoyak , kacau hingga semuanya bergaul dan sebati. Guna api kecik semasa mengacau.Perasakan dengan garam dan gula sebelum angkat
Resepi drumet & kepak tengah bersalut istimewa goreng cili
Bahan -bahan
1)10 ketul drumet & kepak tengah bersalut istimewa jenama  Ayamas.
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)3 sudu besar sos cili
5)2 sudu besar sos tiram
6)2 sudu besar sos tomato
7)1/2 sudu besar gula
8) 1 biji bawang[hiris bulat]
9) air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Goreng drumet & kepak tengah bersalut istimewa hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,sos tomato ,sos tiram diikuti gula dan sedikit air. Kacau sekata.
5)Masukkan drumet & kepak goreng diikuti dengan hirisan bawang besar .Kacau sekejap dan tutupkan api. Angkat dan sedia dihidang
 bak choy goreng bawang putih sayur  feveret










Tarikh : 18 July 2014, Khamis
Lokasi : Rumahku Syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang