Monday, 28 July 2014

Tips mudah & cepat menyediakan juadah Hari Raya Aidilfitri


Salam 1 Syawal............

Apa khabar  kengkawan? Aku harap kengkawan semua sihat sihat  belaka. Hari ni 1 syawal semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri .Raya aku tahun ni biasa -biasa je sama macam tahun tahun sebelumnya kitaorang tak beraya dirumah. Apa apa pun sebelum meninggalkan rumah ,juadah raya wajib dimasak dulu  Juadah raya aku takde lah meriah sangat ,  ayam masak merah,rendang kambing,nasi himpit dan kuah kacang menu wajib .Kalau ada kerajinan aku tambahlah menu sambal sotong kering ke ,udang ke, kuah lodeh ke tapi sayang amat-amatlah jarang ada kerajinan tu.Selalunya 4 menu jelah yang ado.

Aku ni jenis yang tak suka buat kerja kelam kabut selalunya sehari sebelum memasak juadah raya aku akan  menyiapkan bahan-bahannya dulu.

Dibawah ni adalah antara bahan-bahan penting [pentinglah sangat] yang aku siapkan sebelum  memasak juadah raya

Chefal amat membantu didalam proses  mengoreng kacang tanpa minyak .8♥


Kacang yang sedia untuk dikupas kulit dan kisar
daging kambing 5 kilo
Acara paling aku suka, melapah daging kambing. Step pertama daging dipotong sederhana besar,tak payah cuci  ,terus masuk dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais. Daging ni sebelum potong tak nampak banyak ,lepas potong baru perasan banyak giler .Tu yang  masak separuh je,separuh lagi simpan.
Lagi acara yang paling aku suka ,membuang lemak pada ayam yang telah siap dipotong.Setelah siap proses membuang lemak ,cuci berseh ayam kemudian kita gaulkan ayam tadi dengam garam,kunyit dan serbuk  jintan manis . Masa untuk menyimpan,,masukkan ayam dalam beg plastik terus simpan dalam peti ais.

Ayam yang dah sedia untuk dibungkus dalam beg plastik

Lagi ayam yang sedia untuk dibungkus.....


Dapat dua beg plastik ayam,sebelum raya masak seplastik, lagi seplastik simpan.







Diary syawal 2014 cik ina do do cheng

Pejam celik pejam celik,ramadhan 2014 sudah pun berakhir,kini syawal menjelma,dikesempatan ini aku sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014,maaf zahir dan batin.Maafkan aku sekiranya ada tersalah silap dan terkasar bahasa sepanjang perkenalan. Akhr sekali dari aku,semoga lebaran kali ini memberi seribu makna.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang