Tuesday, 22 July 2014

Almond London sedap ; resepi secubit garam


Salam Ramadhan...............

Hari Raya semakin hampir, macam mana dengan persiapan Raya kengkawan?mesti dah 90% siap.. Persiapan raya aku macam tahun tahun sebelumnya ala kadar je. lip lap lip lap lampu terus nyala Entahlah tahun ni macam tak larat , mana nak fikir urusan kerja , urusan rumah lagi ...makanya  Raya tahun ni dan Raya akan datang  bab biskut raya untuk rumah aku , untuk pelanggan tetap ,  aku suruh  cik yuyi kita take over. InsyaAllah dia  boleh handle lah. Tapi takde lah aku lepas tangan macam tu je  InsyaAllah  setiap pagi sabtu sepanjang bulan Ramadhan ni  sementara menunggu adik habis kelas mengaji whole day aku  duk rumah   yuyi  habiskan masa tolong dia buat biskut raya.


 Okeylah, sekian saje cerita persiapan raya saya tahun ni................sempoi je kan



Sebahagian daripada tart nenas yang telah disiapkan oleh  cik yuyi

Sejukkan dulu baru boleh susun dalam botol
Nilah hasil titik peluh kami hari sabtu hari tu

RESEPI  ALMOND LONDON
Sumber : Kak Nor Secubit Garam

Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.



























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang