Saturday, 10 May 2014

koleksi juadah kegemaran keluarga ; ikan tongkol goreng cili,resepi mudah lagi sedap


Kah kah kah buang tebiat aku ni ,tetiba je rajin nak cerita pasal  juadah yang aku masak untuk  hari ni.Tak delah special sangat pun juadah aku tapi tak pedulik lah nak cerita gak. Memandangkan yuyi tak tidur rumah malam ni,makanya aku masak sikit je.Pagi aku buat brekpes mee goreng pedas ,pedas
ala ala je .Lepas makan mee goreng pedas kita makan swiss roll buat hilang pedas....tengahari plak aku masak bak choy goreng bawang putih dan ikan tongkol goreng cili
Terbaik swiss roll yang aku beli dari sebuah cafe di Jaya Jusco ni,apa ke nama cafenya lupa pulak aku.
 Mee goreng pedas, sedap nak buatnya pun mudah .
Bak choy goreng bawang putih

Ikan tongkol goreng cili

Resepi Ikan tongkol goreng cili
Bahan -bahan
1)seekor ikan tongkol sederhana besar,aku campur dengan seekor ikan selar[disiang dan dicuci berseh kemudian dipotong menyerong kepada beberapa bahagian]
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)2sudu besar sos cili
5)3 sudu besar sos tiram
6)1/2 sudu besar gula
6)air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Ikan digaram kunyit dan digoreng garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,gula, sos tiram diikuti dengan sedikit air.Kacau sekata.
5)Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi,kacau hingga ikan goreng bergaul dengan cili


























Tarikh : 10 May 2014, Sabtu
Lokasi : Rumahku syurgaku












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang