Friday, 10 January 2014

Tips agar anak suka makan sayur ; sayur campur style makcik tempe ; langkah demi langkah

Sikecil kita  tak nak makan, sikecil tak suka makan sayur ,ni adalah keluhan yang biasa kita dengar. Tapi takkan  nak  biarkan saja masalah tu berlarutan so nak taknak kenalah cari solution. Cuba biasakan anak kita mengenal  berbagai rasa dan tekstur bahan makanan kalau  perlu diolah  campurkan buah/sayur pada makanan kesukaannya .

Contoh ;
 Firdaus suka makan croissant tuna mayonis , jadi aku selitkan beberapa helai daun  salad dan hirisan tomato ditengah croissant
Kalau tak de crossaint, roti massimo pun jadi : )

Cuba gabungkan pebagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapatkan hidangan yang menarik minat anak kecil kita.The moral the story tepuk dada tanya selera, kalau anda ada cara yang terbaek what to do. Tetiba je kan  ha ha ha ha ha ha

**********************

Resepi sayur campur style makcik tempe
Bahan-bahan
1)6 ulas bawang putih [dikupas kulit dan dicincang]
2)3 sudu besar sos tiram
3)1 keping dada ayam[dibersihkan,dipotong  kecil dan digaul kicap cair]
4)10 batang green beans [dibuang kulit arinya dan di potong dua]
5)1 batang carrot Aust[dipotong ikut citarasa dan  kreativiti masing-masing]
6)10 kuntum kecil kobis bunga
7)separuh  kobis cina sederhana besar [dihiris sederhana besar]
8)100-150ml air
Pilihan bijak ; sayuran yang pelbagai warna , bentuk dan saiz  InsyaAllah sedikit sebanyak membantu menarik minat anak kecil untuk menjamah sayur 
Cara-cara menyediakan ;
1)Panaskan sesudu besar minyak plus 3-4 titis minyak bijan dalam kuali dan tumiskan bawang putih cincang sehingga naik bau
2)Setelah bahan yang ditumis naik bau, masukkan isi ayam [kacau hingga separuh masak]
3)Masukkan carrot , kobis bunga dan green beans[ tutup kuali dan masak dengan api yang kecil selama 2-minit]
4)Masukkan kobis cina[goreng sampai empuk]
5)akhir sekali masukkan sos tiram kacau sebati
6)Sebelum angkat masukkan sedikit air
[masa menumis better guna api sederhana dan sentiasa dikacau]
7)Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
                   Sayur campur style makcik tempe.ko adoo











SELAMAT MENCUBA





Tarikh : 5 January 2014, Ahad
Lokasi : rumah sendiri






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang