Wednesday, 1 January 2014

Pada tahun 2014 ni, kebanyakan orang hanya nampak kuman diseberang laut tapi gajah dihadapan mata mereka tak nampak






Selamat datang tahun 2014, happening giler ye kengkawan kita menyambung kedatangan tahun baru 2014 malam tadi. Aku duk rumah je membuta. Entahlah....dari aku anak dara sampai dah jadi mak dara ni belum pernah lagi  sambut  tahun baru  diluar rumah apatah lagi berada di lokasi yang ramai manusia ditengah malam ,  memang tak ahhhh .Biarlah  nak kata aku kolot,  memang aku kolot pun. Aku mengaku,hakikatnya  aku seorang yang agak pemalu  dan  aku kurang selesa berada dikhalayak ramai. Kalau pemalu atau kurang selesa berada dikhalayak ramai bukan  bermaksud aku  sombong senang cite aku spesis cepat bosan berlama-lama dengan orang,facebook, twitter ke, apa jelah benda yang aku rasa buang masa dan mengjengkelkan. Entahlah,kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan perangai aku apatah orang sekeliling.Relax sudah............

Berbalik pada  tajuk entry aku ; Tadi suami aku tanya aku kalendar tahun 2014.Aku cakap kat dia tak de, bos tak bagi  tak kan aku nak mintak. Bercakap pasal kalendar tahun 2014.tetiba aku teringat mak jemah bos busat,minggu lepas kemain banyak kalendar dan diary 2014 dia suruh aku bungkus dan hantar ke HQ.Amboiii sanggup dia ketepikan aku dari senarai penerima kalendar dan diary 2014. Ek eleh dia ni aku mintak dia cakap   nanti lah saya kasi tapi sampai la ni habuk pun tak de. Malas nak tanya lagi  spesis aku ni tak pandai mintak dan tak pernah mintak , orang nak bagi aku ambik, tak bagi aku buat bodoh je.

Bangga aku ,permulaan baik pada tahun baru ,aku buat benda  baru, buat mee segera goreng mengunakan mee goreng Indomie, tapi pada orang lain mungkin benda ni dah lama , kalau sifu mee segera baca entry ni mesti dia pakat gelak. Tapi tak pelah tu pun I learned from you.

 Punyalah pemalas nak didihkan air , aku boleh rendam dalam air  panas yang tak cukup panas.
Lagi teruk  aku masak je bila aku  tahu mee segera ni dah expired 4 bulan lepas, lapar punya pasal bedal je.
 Tuan dan puan inilah dia  mee goreng segera kejung 

Hari ni aku tak masak sebab sibuk  menyiapkan keja-keja  pejabat .Tak payah khuatir sekarang ni semua dihujung jari, cakap je nak makan apa? apa cer nenek kat kampung pun pandai order pizza.

 makcik ni  tradisional  order pizza klasik je

 Mak jemah tak ingat kat aku tak pe, janji Domino's ingat

 Terima kasih Domino's
Hari tu masa pergi MPH, sempat aku pau yuyi belikan diary. Setakat rega belas ringgit aku okey lagi nak mengepau  tapi kalau yang rega dolar US tak gamak lagi rasanya .
 Amboiiiii, esok sekolah boleh relax lagi  santai -santai makan pizza depan tv.







Tarikh : 1 January 2014, Rabu
Lokasi : Rumahku syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang