Thursday, 7 May 2015

sayur campur cara cik ina do do cheng

Salam Khamis,

Cik ina nak share semalam ada masak sayur campur  dengan  ikan kerisi goreng cili untuk anak bongsu busyuk masam . Hurm mesti korang muntahkan cik ina asyik cerita pasal masak. Habis tu korang nak cik ina cerita pasal apa?cerita pasal orang,orang mana?orang yang menyewa rumah cik ina. Dengan muka yang naif dan suci dia datang ke rumah untuk  memujuk cik ina agar menyewakan rumah  arwah ayah cik ina yang 2 tahun tak berpenghuni kepadanya. Selepas sepurnama dia menyewa, pada suatu hari cik ina wasap tanya pasal sewa rumah.Dia whatsapp balik kata sewa rumah RM300 hanya akan dibayar oleh pusat zakat 6 bulan sekali .Apa cik ina rasa masa tu?Rasa macam pengemiskan. Apa cik ina nak buat? nak halau balu 2 anak? Nanti apa orang sekeliling akan cakap. Isu balu, anak yatim piatu, ibu tunggal , buat masa sekarang ni isu sensitif. Suka suka nak halau, silap haribulan kena ludah. Akhirnya kena redho jelah kan.Orang mana lagi korang nak cik ina cerita, orang yang beli barang  tapi tak bayar dan setiap kali kita menuntut bayaran  dia dengan muka yang naif dan suci  bagitahu dia pergi bank duit tak masuk lagi. Tu belum lagi cik ina cerita pasal cik ta yang mengcopy paste bulat -bulat  entry bebola ayam  cik ina. The moral of the story cerita pasal orang sampai mati pun tak habis, boleh muntahh,baik kita cerita  pasal masak .

Cendawan takde dalam senarai, sebab adik kureng minat cendawan

Sayur campur  cik ina nampak sedikit serabut,tapi takpe janji (eja ramai-ramai) S E D A P, sedap

Resepi sayur campur
Bahan-bahan
1)4  ulas bawang putih [dikupas kulit dan dicincang]
2)1/2 biji bawang holand[dihiris nipis]
3)1 sudu besar sos tiram
4))10 batang green beans [dibuang kulit arinya dan di potong dua]
5)1/2 batang carrot[dipotong ikut citarasa dan  kreativiti masing-masing]
6)suku  kobis cina[dihiris halus]
7)6 batang jagung muda [dipotong  secara memanjang]
8)secubit kecil garam
9)100ml air
Cara memasak
1)Panaskan sesudu besar minyak masak bersama dengan 3-4 titis minyak bijan dalam kuali dan tumiskan bawang putih cincang dan bawang holand hingga naik bau dan agak garing.
2)Setelah bahan yang ditumis naik bau, masukkan carrot, green beans dan jagung.Tabur garam[tutup kuali ,masak sayur hingga separuh empuk guna api kecik]
3)Masukkan kobis cina[goreng sampai empuk]
4)Akhir sekali masukkan sos tiram kacau sebati
5)Sebelum diangkat masukkan sedikit air. Kacau sekejap ,tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


RESEPI  IKAN KERISI  GORENG  CILI
Bahan-bahan
1)3 ekor ikan kerisi [ ikan kerisi  dibersehkan dan diselar .Gaul  ikan dengan sedikit garam dan kunyit hingga sekata. Perapkan 1/2 jam  supaya garam & kunyit meresap ke dalam ikan.
2)8 tangkai cili api[kisar kering hingga halus]
3)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah kecik [kisar kering hingga sederhana halus ]
4)3 sudu besar sos tiram
5)3 sudu besar sos cili
6)1 sudu kecil gula
7)air
Cara memasak
1) Goreng ikan kerisi hingga garing.Ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan agak garing
3)Masukkan cili api , tumis hingga pecah minyak
4)Bila dah pecah minyak ,masukkan sos tiram, sos cili dan gula.Kacau sekejap.
5)Masukkan air sebelum diangkat. Kacau sekejap.Tutup api dan tuang sambal ke atas ikan.



Mama pernah kata masak dengan kasih sayang[cilok iklan muffin in cup massimo sekejap] masakan akan jadi tersedap dihati keluarga tercinta.




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang