Wednesday, 13 May 2015

Madam Kwan's nasi bojari & banana fritters dengan vanilla ice cream sedap sangat


Salam hari rabu,


Seumur hidup,nilah pertama kali cik ina   berurusan dengan JPN hari sabtu. Pakkal lah ada cabutan penting yang cik ina nak buat,kalau tak memang tak kuasa  nak meragang Plaza Masalam tu  pagi -pagi  buta. Entah lah, cik ina ni memang dari dulu tak berapa gemar berurusan dengan pejabat kerajaan . Nasib baik urusan selesai awal. Syukur Alhamdulillah,step pertama setel sudah. Step kedua cik ina akan cuba uruskan minggu depan.InsyaAllah.

Lepas setel semua urusan di JPN Shah Alam sabtu tu, Yuyi terus bawak kitaorang pergi  makan di tempat feveret dia  kat Madam Kwan's Empire Subang.



Ek eleh adik posing ntah apa -apa ntah

Abaikan tangan cik ina di situ



Bila tangan macam penyanyi nasyid ,marilah kita bernasyid, sepohon kayu daunnya rimbun,lebat buah serta bunganya...sambung sendiri

Gilerr,boleh pulak cik ina order teh tarik . Macamlah tak pernah minum teh tarik sebelum ni. Adik order air sirap bandung selasih, nak jugak sirap.Cik yuyi order barli limau

sambal untuk dimakan bersama prawn mee & hokkien mee

Adik makan nasi bojari, signature dish madam kwan's


Cik ina nak cuba pulak makan prawn mee Madam Kwan's selalu asyik makan prawn mee old white kopitiam,jemu lah.


Cik yuyi  kata hokkien mee nya sedap


Terbaek !!!!! banana fritters dengan vanilla ice cream Madam Kwan's

Dulu masa cik ina muda  mother's day  ni macam tak pernah ujud je tapi bila umur semakin "TUA"   anak -anak  sepuluh kali kejap  wish happy mother's day kat cik ina, tersentuh jugak naluri keibuan ni. Terima kasih cik yuyi untuk hadiah mother days katanya








Madam Kwan's
Subang Jaya UG09, Upper Ground Floor
Empire Shopping Gallery
Jalan SS16/1,Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang