Wednesday, 17 June 2015

Selamat datang Ramadhan 1436H ,selamat berpuasa semua,kipidap dongibab


Salam  Rabu,

Pejam celik pejam celik, esok kita mula  berpuasa.Seronoknya bulan puasa, dapat rehat sikit , dapat jimat duit,masa ,tenaga tak payah pening kepala nak fikir ,pagi nak buat sarapan apa? tengahari nak masak apa? merdeka.. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan  yang baik  agar dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dengan lebih  baik dari tahun sebelum-sebelumnya, InsyaAllah.Kepada semua yang mengenali cik ina   terutama saudara mara dan sahabat handai  ,sempena menyambut  bulan ramadhan esok hari  ,cik ina  dengan  rendah hati  ingin memohon  maaf  andai  ada salah dan silap, terkasar bahasa atau terguris perasaan  selama kita kenal.

Cakap pasal puasa ni, kalau tak cakap pasal makan memang tak sah. Semalam cik ina masak sardin kicap untuk juadah tengahari.  Masakan sardin  memang laku kat rumah cik ina  terutama masa  sahur.


ikan Sardin goreng & kentang goreng


RESEPI SARDIN MASAK KICAP
Bahan-bahan
1)1 tin sardin cap ayam[asingkan ikan dan sos/kuahnya]
2)1 labu bawang holland[dihiris bulat-bulat]
3)3 ulas bawang putih[dihiris]*
4)1/2 inchi halia[dimayang halus]*
5)1 batang kayu manis & 1 kuntum bunga lawang)*
6)6 tangkai cili api[dibelah dua]
7)1/2 sudu besar pada hitam kisar
8)2 biji kentang[dipotong baji]
9)kicap kipas udang lemak manis secukupnya
10)sekeping asam keping
Cara memasak
1)Gorang ikan sardin .Ketepikan
2)Rebus kentang sehingga empuk.Kemudian goreng.Ketepikan
3)Panaskan minyak dalam kuali, Tumiskan bahan-bahan bertanda bintang hingga naik bau.
4)Masukkan sos sardin,kicap kipas udang secukupnya,  cili api ,hirisan bawang holland dan  lada hitam kisar kemudian kacau, biarkan kuah mendidih.
5)Akhir sekali ,masukkan ikan sardin goreng , kentang goreng dan asam keping . Kacau sekejap, tutup api, angkat dan hidangkan.


Sardin kicap cara cik ina do do cheng

Sardin kicap cik ina judukan dengan hirisan timun jepun dan telur dadar bawang















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang