Monday, 15 August 2016

Masakan India sedap di chola kitchen


Assalamualaikum, tetiba terjaga tengah malam . Boring gilerr menunggu mata ni nak terlelap semula .Better cik ina  update JJCM  cik ina hari sabtu lepas bersama anak tercinta.

Hari sabtu , dalam pukul 4 selepas sibongsu balik dari  tuisyen cik yuyi & asben bawak kami berdua ke hotel penginapannya. Dapat jugaklah sibongsu merendamkan badan 2 &  3 jam  di kolam hotel  . Lepas berendam memasing perut lapau  .Terus gerak ke chola kitchen. Masuk ni dah 3 kali makan kat sini . Chola kitchen jarang menghampakan kami. Selesai makan terus ke JJ Bukit tinggi beli barang dapur . Tak habis habis beli barang dapur.Biasalah tu .Mak mak dan barang dapur berpisah tiada. Siap beli barang dapur. Cik yuyi & asbennya  hantar kami  balik ke rumah kemudian dorang  balik ke hotel semula. Dorang  kena stay situ  sampai  hari Ahad sebab kawan cik yuyi cum pengapit  masa dorang kahwin akan melangsungkan pernikahan & persandingan Ahad tu . Skema sangatkan ayat cik ina.krikk, krikk, krikk


Akak & adik dan kolam renang berpisah tiada


Sibusyuk masyam cik ina yang tak pernah tak  ceria bila di  meja makan,hehehe.


Ayam masala, ikan manchurian, puri bersama kuah kari dan kuah dhal campur kentang



Cik ina kongsi biryani ayam dengan sibongsu . En.Ayon , suami cik yuyi makan biryani kambing. Cik yuyi makan ikan machurian dengan sayur je . Sekarang ni dia makan nasi sekali sehari je. Daging & ayam pun dia dah tak  makan.Diet, katanya.





Chola kitchen Sdn Bhd
No.33 Jalan Mahogani 5
Bandar Botanic
41200 Klang
603-33245433


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang