Monday, 26 September 2016

Pancake sempoi cik ina do do cheng

Kembali kepada asal; cik ina selesa guna ganti diri "aku" ini lah realitinya . Lama tak update otak aku tiba -tiba jadi buntu.  Dah tak reti nak susun ayat. Pejam celik pejam celik , rupa-rupanya dah hampir sebulan aku tak update blog.Sedih.

Berbalik kepada tajuk entri, entah kenapa tetiba 2-3 hari ni tekak aku teringin nak makan pancake. Memandangkan  ramai sangat kawan kat ig tanya  resepi pancake, hari ni aku tepek resepinya. Ekceli boleh google  je resepi pancake tapi biasalah dorang  nak manja manja kan.....



Resepi pancake
Bahan kering(satukan dalam 1 bekas)
1 cup  all purpose  flour
2 tsp baking powder
2 tbsp gula
1/2 tsp garam
2 tsp baking powder
Bahan basah(whisk bersama dalam 1 bekas)
2 tbsp butter[dicairkan]
1cup fresh milk
1 biji telur size besar
Cara-cara
Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah
Whisk sekadar bergaul.jangan terlebih gaul,kalau ada beberapa ketulan kecil okey je
Panaskan kuali tak melekat, tuang 2 -3 sudu besar adunan pancake.
Masak 1-2 minit  hingga permukaan pancake mempunyai bebarapa buih.
Terbalikkan perlahan dengan sudip nipis dan masak hingga keperangan dibahagian bawah. Siap pancake.


Pancake di malam hari. Terpulang kepada masing-masing nak makan pancake dengan apa.



Again, pancake pagi minggu untuk sibusyuk masyam yang nak pergi tuisyen.























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang