Tuesday, 31 March 2015

Sejenis ayam black pepper grill yang mudah dan sedap ,langkah demi langkah


Salam Selasa,

Pernah tak korang rasa letih, penat dan lain-lain  perkataan yang seumpama dengannya? penat layan  orang sekeliling , penat jaga hati orang, penat layan kawan plastik, penat layan kawan yang suka menabung dalam masa yang sama ada habit mengokak ,penat tengok second bos dan kawan yang berusaha nampak baik,  penat layan orang yang tak berada tak habis -habis mengutuk orang berada, penat layan kawan loser,sampah, penat dengan pemilik kenderaan yang sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka depan rumah, penat tengok orang buat kerja separuh jalan, Penat layan orang yang depan cakap lain belakang cakap lain ,penat layan orang kuat bunyi  ibarat tin kosong  bunyi kuat tapi hakikatnya kosong, penat cakap dengan orang yang cakap dia je betul.Ya yang penat tu cik senah. Penat menelan kata -kata sendiri tapi satu je cik senah tak penat melayan keranah anak-anak dan masak.


RESEPI AYAM GRILL BLACK PEPPER 
Bahan-bahan
1)8 ketul peha ayam(nak dapatkan peha ayam sedondon belilah di kedai Ayamas)
2)1 1/2 sudu besar lada hitam kisar*
3)2 sudu besar sos tiram*
4)2 sudu besar madu*
5)Sedikit daun Rosemary segar*
Cara-cara menyediakannya
1)Peha ayam dicuci berseh dan disejatkan airnya

2)Gaul ayam dengan bahan bertanda *
3)Masukkan ayam yang sudah diperap dalam plastik berseh/ziplock
4)Perap paling kurang sejam.Kalau nak sedap perap semalaman barulah sebati rasanya.
5)Grill sampai masak aka lebam.Jangan lupa balik-balikkan ayam supaya masak aka lebam serata..Ganaskan resepi cik senah???

Ayam black pepper grill sedia untuk dihidang

Ayam grill black peper sesuai dihidang bersama nasi lemak


dan juga nasi ayam

Gambar terkini adik yang semakin sihat dan comel.










Cik senah penat, rasanya cukup setakat ni , InsyaAllah kalau ada masa cik senah update lagi resepi yang mudah dan sedap. Akhir kata  dari cik senah, majulah sukan untuk negara.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 24 March 2015

Celebrate besday girl dekat khuntai

Salam Selasa,


Bercinta nak pergi kerja hari ni . Entahlah, dua tiga hari ni  badan cik  senah  terasa sakit -sakit  Sakitnya tuhh  macam baru lepas kena belasah dengan beluti. Walaupun sakit cik senah tetap maintain senyum giteww. Takpe, Allah baru  cuit sikit je. Terima kasih ya Allah dengan rahmat dan pertolonganmu,aku  mampu  ke dapur dan mengupdate blog, syukur Alhamdulillah. Terima kasih buat saudara mara, sahabat handai , rakan  facebook & Instagram yang sudi  wish besday cik senah *tangan di bahu mata ke atas* tudiaa aihhh,,femes cik senah. Pada 15 March 2015  minggu lepas, besday girl diraikan(comel tak besday girl  berbaju frozen?) hehehe  Terima kasih anak-anakku, sudi belanja mak makan dan luangkan masa melayan citer sengal mak.  Memang sedap sangat makanan kat sini, makan hari -hari pun tak pe, katanya si yuyi

Adik oh adik  bila pakai baju kaler oren  amat terserlah kegelapannya......
Gula-gula hacks, nampak badan je
adik lagi....
Khuntai ; Lokasinya  terletak berhampiran Sg.Langat
Cer teka saper  budak  baju oren tu ??
lala masak kam heong
White tomyam , first time  rasa terus jatuh cinta.
stir fried kailan salted fish
Susah nak jumpa kelapa muda isi lembut sekarang ni.Huk huk huk
Ais kosong laku masa tengah cuaca panas macam sekarang ni
Khuntai fried chicken wing kesukaan adik
kerang bbq
stir fried crab salted egg, sedap hingga menjilat jari
Siakap steamed lemon fish, sentiasa menjadi pujaan hati cik senah & family




Khuntai 
Kampung Ayer Hitam
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan
Open daily :  11am to 12am
H/P : 012-5153081
Tel : 03-30813308





















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 17 March 2015

Stall cendol & rojak dekat roundabout Taman Chi Liung Klang


Salam Isnin,

Cik senah perlukan ketenangan sekarang ni.  Panas hati cik senah ni masih  belum reda . Masih tèrngiang-ngiang lagi ditelinga cik senah  ayat berbaur  sindiran yang keluar dari mulut seseorang  yang 24/7 tak puas hati dengan orang sekeliling terutama dengan saudara maranya sendiri. Cik senah tàk ambik port pun kalau dia nak tak puas hati dengan sesiapa je pun. Yang cik senah benggangkan, dia meroyan dengan salah seorang saudaranya,  cik senah  pulak jadi punching bag untuk dia  lepas geram. Jujur cakaplah ya, ko gila ke apa nak meroyan dengan status facebook saudara sendiri yang jelas status saudara ko tu  tak mention pun dia rampas laki ko ke,pakwe ko ke. Sakitnya tuh disini ke bila saudara ko tu show off  harta karunnya yang terkumpul. Kalau rasa status facebook saudara ko  tu amat menjijikkan , tak payahlah ko  nak skodeng facebook dia ye dak. Apalah ko ni bengap sangat. Haishhh,malas cik senah nak layan budak tak cukup umur aka bengap ni. Layan cendol sambil makan rojak dekat roundabout Taman chi Liung Kelang ,lagi baikkk.Saper pernah layan cendol & rojak dekàt sini? Angkat tangan.





Adik makan cendol biasa

Adik kureng sikit dengan cendol 


cuba bagi dia air sirap, senyum sampai ke telinga
Budak tak sihat makan  cendol + pulut. Sabau jelah, tak padan yang selsema.

cik senah pun makan cendol pulut

Rugilah, kalau datang stall ni tak beli rojak















Okeylah cik senah dah mengantuk ni. Cik senah masuk tidur dulu ya. InsyaAllah kalau  ada masa lapang nanti cik senah update lagi.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 9 March 2015

Masak masak untuk juadah makan Besar Tahun Baru Cina bersama MIL cik senah.

Salam Isnin,

Dah masuk  bulan  Mac, cik senah terhegeh -hegeh nak update cerita makan besar kat rumah MIL sempena tahun baru cina minggu lepas. Sejujurnya semenjak dua menjak ni cik senah sibuk yang amat. Cik senah sendiri kurang pasti apa yang cik senah sibukkan.hehehe. Apa yang pasti dalam minggu ni cik senah akan bepindah lagi ke tempat baru, bersebelahan dengan tempat sekarang. Apa- apa pun  cik senah gembira dengan tempat baru, tak ramai ,ada privacy sikit laa. Terbaik buat cik senah ,biar dimata orang lain nampak serabut. Hahaha.Mungkin  ada hikmah disebaliknya . Allah knows the best. Aahhh kang cik senah dah spekiong london tu.....

Tak nak membebel lagi,perut cik senah dah berdondang sayang. Cik senah nak pergi kantin. Korang layan je ikan jenahak goreng halia resepi turun temurun mil cik senah ni.

 
Mil cik senah aka popo  forever young. Cik senah syak yuyi tengah belajar tips memikat hati bakal mak mertua dengan poponya
 

MIL sedang menunjukkan skill membalikkan-balikkan ikan   dalam kuali

Resepi Ikan jenahak goreng halia
Bahan-bahan
1)Ikan jenahak saiz  besar[dibersehkan dan dikelar dibahagian badan]
2)2 ketul halia tua[dikupas kulit dan dimayang halus]
3)Kicap cair  50ml -100ml[bergantung kepada saiz ikan]
4)sedikit air
5)Minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing[ketepikan]
2)Dalam kuali lain,panaskan minyak masak dan sedikit minyak bijan.Tumis hirisan halia hingga garing dan naik bau.
3)Masukkan kicap cair,kacau kesemuanya biar sebati .Masukkan air,kacau sekejap dan tutup api.
4)Curahkan bahan tumis ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

 
Mengikut arah jam,ikan jenahak goreng halia,ayam goreng mengcongkam resepi MIL turun temurun[ko ado],kari ayam juga resepi MIL turun temurun dan sayur campur


Makan besar yang tak berapa nak besar. Apa-apa pun kita  kena  bersyukur, Alhamdulillah masih ada rezeki dari Allah SWT

 
Cik senah  & anak -anak  bersama  family mil










Cukup setakat ini  saje untuk hari ni,ada masa nanti cik senah update ye. Akhir kata majulah sukan untuk negara. ♥♥♥♥























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang