Thursday, 31 October 2013

tomyam ayam dan peria goreng caraku ; Langkah demi langkah cara memasak tomyam ayam dan peria goreng

Entah apa yang sedap dengan peria pun aku tak tahu .Tapi apa yang aku tahu peria adalah salah satu sayur yang menjadi kegilaan aku dulu kini dan selama-lamanya.Maaflah jika aku meletakkan  perkataan "kegilaan" pada tempat yang tak sepatutunya tapi percayalah ianya tidak bermaksud apa-apa pun  cuma nak bagitahu korang yang  perkataan "kegilaan" itu   merujuk  kepada "betapa    addictnya" aku kepada peria terutama peria katak.  "I Love peria bery much"  Tetiba teringat pulak dulu  masa mengandungkan Firdaus,,masa permulaan mengandung tekak dengan mulut  selalu rasa mual,loya ,pahit , payau dan perkataan seumpama dengannya cuma belum sampai tahap muntah je. Selama tekak rasa tak sedap tulah aku masak peria tak kiralah  peria goreng atau peria masak lemak cili api dengan  pedal & udang untuk dimakan bersama nasi.Syukur Alhamdulillah sejak makan peria tu   tekak mula kurang loya , mual  , pahit , payau dan segalanya   ,selera makan pun makin bertambah.

Masa masuk my mydin nak cari peria katak  minggu lepas, mata ni terpandangkan sos rojak dengan madu keluaran FAMA. Dan entah kenapa bila aku tengok  sos rojak tu air  liur  meleleh, tekak ni macam teringin nak makan rojak buah.Arghhhh tetiba  geram  dengan tekak sendiri , bukan apa selalunya yang suka asam, mangga cicah kicap , dan rojak buah  ni somi aku je.ha ha ha karma what goes around comes around, hambekkk ko saper suruh ngutuk somi : (
tak boleh lawan rojak mak bee, kalau dorang lebihkan  petis (otak udang) mungkin rasanya sama dengan rojak mak bee. 
Memula  hiriskan dulu  mangga mudah, timun, sengkuang , ceh ceh poyokan 
 Masukkan  kesemua bahan  hirisan tadi ke dalam  bekas , kemudian  masukkan sos rojak sedikit demi sedikit dan gaul sekata.

3 ketul peria katak sederhana besar

Bahan-bahannya
1)segenggam cili api dikisar kering(Saper suka pedas boleh tambah lagi segenggam .....alang-alang menyeluk pekasam biar sampai cirit la la la)
2)4 ulas bawang merah plus,dua ulas bawang putih dan 1 cm kunyit, dihiris dan dikisar kering
3)1/2 genggam ikan bilis, dicuci bersih dan dikisar kering
4)Peria yang telah dihiris nipis dan direndam dengan air garam
5)Garam, gula dan secubit serbuk perasa.
tomato ceri-kuantiti ikut suka kalau  tak de pun tak pe
Peria dihiris nipis dan direndam dengan air garam sekejap.Setelah  direndam dalam 1/2 jam barulah dibasuh dan dituskan
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan 2 sehingga naik bau
2)Bila bahan 2 dah naik bau , masukkan ikan bilis kisar diikuti dengan cili api kisar  dan tumis sehingga pecah minyak 
3)Setelah semua bahan  naik bau , masukkan tomato ceri diikuti dengan peria, masak peria sehingga lembut
4)Akhir sekali masukkan gula, garam dan secubit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa
peria plus tomato ceri  goreng cili 
Bahan untuk membuat tomyam (anggaran  ayam separuh ekor)
1)Separuh ekor ayam dibersehkan dan dipotong sederhana besar
2)Satu labu bawang besar holland dihiris
3)6cm lengkuas diketuk dan diptong sederhana besar
4)4 batang serai 3-4 batang serai dibelah dua
5)4-5 helai daun limau purut
6)10 biji cili api dibelah dua(saper suka pedas boleh buh sekilo cili api)
7)sebiji limau purut(ambik jus)
8)5-6 sudu besar paste tomyam mae pranom(kalau tak de mae pranom, paste tomyam adabi pun on)
9)1 batang carrot sederhana besar dipotong baji
10)Garam dan gula
Ayam yang telah dibersehkan dan dipotong sederhana besar
Cara menyediakannya
1)Panaskan satu sudu besar minyak  dan tumis hirisan bawang holand dan diikuti dengan bahan 2-4 sehingga naik bau
2)Bila bahan tumis dah naik baru , masukkan paste tomyam diikuti dengan cili yang telah dibelah dan tumis sehingga naik bau
3)Setelah semua bahan sebati dan naik bau , masukkan ayam dan biar ayam kecut sekejap
4)Bila  ayam kecut masukkan 1 liter air diikuti dengan carrot dan biar sampai carrot empuk
5)Sebelum angkat perahkan jus limau nipis dan masukkan sedikit garam dan gula .Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
Tomyam ayam





Pesanan  makcik peria ha ha ha tetiba je makcik peria, sukatilahhhhhh

*Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau*









Tarikh : 19 Oktober 2010, Sabtu
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 30 October 2013

Macam -macam gangguan lausxes

Selalunya, kalau aku  tak bawa bekal makanan dari  rumah  sebelum sampai  ofis aku akan ajak  JLO singgah gerai Karabena PI  beli nasi dan sedikit lauk pauk untuk makan tengahari . Aku suka gerai ni sebab jarang tutup , kalau tutup pun masa raya je,selain banyak pilihan lauk pauk harganya juga murah.Lauk pauknya  takdelah sedap giler tapi bolehlah  buat geli -geli .
JLO suka  mencari cili api di celahan sambal sekiranya  tak berjumpa kentang sambal pun jadi 
MPK tolong ambik perhatian terhadap  cat dinding yang dah mula  terkopek tu : ) 
akak terlampau yang sentiasa menceriakan pagi kami


Antara barangan lain yang menarik perhatian kami :) sedang kami leka  menunggu akak ni mengira secara mental akan jumlah harga makanan ,tiba-tiba kami  terdengar satu bunyi yang kuat datang dari arah belakang  (gedenganggg lebih kurang macam tulah bunyinya)  ."opocottt kalau tengah main ni berterabur lari," seloroh akak tu. Kata -kata yang keluar dari mulut dia  spontan membuat aku  dan JLO  saling berpandangan .Kami bantai gelak

Masa  nak snap gambar dia, aku dah pesan  jangan posing meluc*** sangat. Cepat je dia menjawab."Cakap kat kengkawan ko  semua posing ni masalah negara."  Arghhhh geramnya rasa aku nak tarik je lidah dia masa tu.


Gangguan seksual ada macam -macam , salah satunya gangguan seksual Secara Isyarat

Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan sebagai perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat yang berterusan.Buat masa ni aku dengan JLO  belum rasa trauma atau terganggu dengan perbuatan akak ni . Jika pelakunya  lelaki  dah lama kepala dia benjol kena kasut tumit tinggi aku.













Tarikh : 29 Oktober 2013, Selasa

Lokasi : Gerai Karabena PI
Peristiwa : Jalan-jalan cari lauk pauk














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 29 October 2013

Daniel

Petang hari Ahad ,,masa aku  tengah berborak dengan yuyi   sambil menyiapkan juadah makan tengahari,firdaus datang merengek-rengek. Aku tanya  apa kes merengek-rengek.  Dia  tanya kenapa  tak bagi nama dia Daniel.Tengok tu soalan aku tak dijawabnya, boleh pulak dia soal aku balik? .Aku dengan yuyi saling berpandangan, Dari rasa nak marah kami  terus bantai gelak. Bila Firdaus tengok kami gelak , dia angin mulut dia terus mengomel -ngomel "nak nama Daniel"  5-6 kali ulang ayat yang sama. 'kulit hitam cam kaplamyanga ada hati nak nama Daniel, kata aku dalam hati" .Mampus kalau bapak Firdaus terbaca statement aku ni. Bila Firdaus  sebut Daniel tetiba  otak  teringat  "Putera Daniel"

Sejujurnya aku memang tak suka dengar orang merungut-rungut /mengomel-ngomel , telinga cepat panas.Anak -anak  faham sangat dengan perangai aku, aku tak suka bising   main jengil-jengil  mata je   dorang  terus tak banyak bunyi. Aku tanya Firdaus kenapa suka sangat  dengan nama "Daniel". Dia kata daniel kat sekolah dia tu rambut cantik perang perang , kulit putih , muka hencem. "Firdaus, kalau macam tu mak  nak tukar nama Maya Karin.Adik  agak-agak muka boleh jadi cantik  cam Maya karin  tak?,"selorohku sambil tergelak -gelak memandang yuyi.


"Adik nama yang best tak melambangkan wajah yang hencem, rambut perang,kulit putih, adik belum jumpa lagi orang nama Daniel tapi muka rupa orang pecah rumah.Apa apa pun dik biar muka kita  buruk  tapi hati biar cantik cantik  dan cantik."


Mohammad Firdaus, nama yang mak bagi tu dah elok dah : )
Semenjak dua menjak ni terror  sungguh adik  makan pedas










Tarikh : 26 Oktober 2013, Sabtu 
Lokasi Waroeng penyet Habour Place, Port Klang
Peristiwa : Jalan-jalan Cari Makan

Monday, 28 October 2013

Jadilah stalker yang behave ; rezeki Nuffnang

Kenapa aku berblog? selain dapat menjana pendapatan  dengan NUFFNANG  dapat juga   membaiki hasil penulisan aku yang tunggang terbalik . Setiap kali   melihat  jumlah pengunjung unik visitor  blog ni  mulalah semangat  nak berblogging  berkobar-kobar .Dan setiap kali itulah mata ni membayangkan Ringgit Malaysia dan beberapa tempat percutian di dalam negara dan di luar negara (Paris, New York, Cameron Highland, Malaysia, Brunei.  *Para stalker kalau rasa nak muntah sila tadah sendiri*  Maaf ye blog ni tak perlukan stalker  sebab blog ni ada loyal readersnya. Kengkawan semua sila beri tepukan gemuruh kepada loyal readers blog ni . *tangan di dada mata ke atas*


Banyak cerita aku nak update tapi biarlah elek elek dulu  . Sebenarnya sekarang ni aku  perlukan sedikit ketenangan,kedamaian . So sekarang ni aku banyak menghabiskan masa di twitter   . Okey kepada stalker yang tak bertauliah sila behave semasa ketiadaan aku nanti kat sini ada CCTV. Jangan jadi stalker yang busuk hati, iri hati , suka berprasangka buruk  , hipokrikto......ek eleh lu ingat wa tak tahu ke???? ....... nasib baiklah blog mak masyukkkk  bolehlah  update entry  sesuka hati  nenek ko mak mertua aku jiran makcik kau ????



















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 24 October 2013

Perang psikologi bermula

Kau masih muda , masih terlalu mentah untuk bercakap tentang hati dan perasaan.Perlukah aku jelaskan kepada kau apa yang telah berlaku????Biar  the real reason why,Allah saje yang tahu. Aku tahu aku bukan sesiapa dimata kau apatah lagi dihati kau  tapi percayalah jauh disudut hati ni sentiasa merindui kau .Tetapi apa yang aku mampu buat masa sekarang ni hanyalah  mendoakan kebahagian kau di dunia dan  di akhirat.











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 23 October 2013

Bukan anak Maembong

Setiap kali periksa lukisan Firdaus mesti tanya aku nak buat  soalan yang mana satu . Aku  yang terror sangat melukis ni macam biasalah mesti memilih  soalan lukisan yang paling senang untuk dibuat.ha ha ha ha Kita kena buat satu soalan dari 4 soalan yang diberi, pada aku  soalan no 2 (membuat corak dan rekaan, Hiasan dinding ; menghasilkan corak dengan teknik tiupan alat ; straw , berus lukisan, kertas lukisan dan water kaler) sesuai sangat untuk jari jemari yang tidak berseni. Go go chaiyok Firdaus!!!!!






Hasil jari jemari montel ; bukan hasil seni anak Maembong





Tarikh : 22 Oktober 2013, Selasa
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Membuat corak dan rekaan dengan teknik tiupan







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 21 October 2013

Rombongan cik kiah ke Cameron Highland ; Gerai MDCH dan Cactus Valley , Taman Agro Tourism

Masa  kami bertiga breakfast buffet  di sini,  Firdaus dengan ayahnya masih tidur.Malas nak menganggu mereka tidur  nanti pandai-pandailah  aku tapaukan sarapan untuk  mereka  dari gerai berdekatan.
Jom ikut aku beli sarapan kat gerai(kalau tak silap aku gerai MDCH) berkanopi putih tu. Harga makanan  sama jelah mana-mana tempat pun. Aku akui, aku memang tak pandai  nak  buat perbandingan harga makanan sebabnya  aku ni jarang tanya harga setiap kali  beli barang terutama beli makanan.sedihhhhh.

Firdaus dengan suami aku belikan nasi lemak berlauk .Suami memuji habis kesedapan sambal nasi lemak gerai berkanopi putih : )







                                      First time aku tengok plastik siap ada tali disekelilingnya
Nugget dengan sosej cheese

Lepas Firdaus siap sarapan, mandi, dalam pukul 10.30 kami gerak ke kaktus valley AKA Taman Agro Tourism
Adik nak 5 pasu kecil kaktus, akak belikan 6 pasu sebab 6 pasu bersamaan dengan RM10. Adik tidak henti-henti membebel sambil angkat 5 jari. Selama ni adik tak pernah berkelakuan pelik sebegitu ,rupa-rupanya adik tak sedap badan, balik dari Cameron Highland seminggu adik sakit  kat rumah, Syukur Alhamdulillah lepas seminggu adik sihat sepenuhnya.Selepas kejadian tu(rasanya tak perlulah mak sebut disini) mak kena pantau pemakanan adik.

Dunia kaktus

Dunia kaktus
Mai nasi ayam sepinggan,kat sini  dah ada daun salad, nyum nyum nyum
anak-anakku
salad butterhead


Lagi  salad butterhead
sebelah kiri salad green coral  ditengah anak-anak aku : ) dan disebelah kanan salad red coral

Statement sama seperti diatas 
Hijau  mata  memandang
    Mak tahu adik tak sihat tapi  muka tu janganlah monyok , lepas ni ajak akak dengan abang main tikam ye : )
 "Mak,  dia tipu,ni kek span tadi dia cakap ni cheese kek." Yuyi Geram. "yuyi , ko jangalah bajet cheese kek secret recipe, tengoklah  reganya pun."
mereka main tikam RM2
Akak , adik  dan  replika buah strawberry .la  la la

lagi  akak , adik  dan  replika buah strawberry .la  la la

Gelikan kaktus ni : )
kaktus kacuk kot

Dalam pukul 12  tengahari kami meninggalkan kaktus valley AKA Taman Agro Tourism menuju ke tempat penginapan kami .Hujan renyai dan cuaca  berkabus tebal  mengiringi  perjalanan kami.













Tarikh : 6 Oktober 2013, Ahad
Lokasi : Gerai MDCH, Cactus Valley, Cameron Highland
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 20 October 2013

Rombongan cik kiah ke Cameron Highland ; Cerita Pasar malam Brinchang dan Smoke House Hotel Cameron Highland

Bersambung dari cerita di sini, selepas beberapa jam bergolek dan  merehatkan diri di  bilik,kami bergerak menuju ke pekan Brinchang.Entah kenapa dari mula-mula  jejak kaki ke Cameron Highland aku teruja sangat nak pergi pasar malam Brinchang. Setahu aku pasar malam ni ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Kami sampai di pasar malam Brinchang lebih kurang jam  4 petang.Yuyi park kereta  di pekan Brinchang kemudian kami berjalan kaki ke pasar malam .Nak diikut taklah jauh sangat dari tempat yuyi parking kereta nak ke pasar malam tapi biasalah bila dah lama tak exercise jalan sikit pun aku termengah-mengah.

Anak-anak aku sempat posing sebelum  ke pasar malam Brinchang 
 Pasar malam Brinchang  cukup happening  
Rambang mata , rasa nak beli semua barang kat sini terutama makanan, pakkallah kami kena kosongkan perut  untuk makan dinner kat smoke house.
erkkk geramnya dengan yuyi ni, pantang jumpa udang goreng mesti nak beli .
Nasi lemak pasar malam Brinchang sedap cuma sebungkus RM1.20 sahaja , without udang goreng ye : )

Masa untuk dinner @ Smoke House hotel Cameron Highland,kami memang puas hati dengan makanan yang dihidangkan berbaloi dengan harga yang dibayar cuma pelayan kat sini tak melayan dengan mesra, ayat aku dah macam  kaplamyanga.ha ha ha 

Kawasan sekitar Smoke House Hotel Cameron Highland
Tak pelah anak aku lenkali kita pergi smoke house Fraser Hill  ye... mana tahu lamb shank kesukaan kau ada di sana.
Masa ni yuyi dah bengang dengan ketua pelayan  lelaki  aku syak merangkap ketua lanun, la la la la ;a habis tu cakap bengkeng je.,haishhhh tolonglah  orang melayu ni kalau sombong buruk ..............
kami bukan tak  biasa makan kat tempat macam ni cuma pada kami tempat ni pelik, bak kata yuyi "tak sukalah  makan kat tempat yang banyak   protokol" Dia terus suruh  pelayan tu padamkan lilin.Gilosss  ko nak makan berlilin bagai. Rimas  dengan lilin belum habis boleh plak masa pelayan tu padamkan lilin ,  dia sibuk cakap yang   lilin tu tak memberi masalah, something like that. eeee serius geram gila waktu tu rasa aku nak cili je mulut dia.
Sementara menunggu  makanan sampai , kami makan soft bun dengan butter 
Aku dah lupa air yang  yuyi order , seingat aku fresh orange, bantai jelah labu
Grilled Cod Fish terbaek, aku cubit sikit somi punya, menyesal plak aku tak order. Bukannya aku tak nak order  perut dah kenyang sebab  sebelum datang sini  aku dah isi perut dengan sebungkus nasi lemak pasar malam Brinchang.
Firdaus makan Chicken ala king kalau tak silap aku
Yuyi makan roast lamb kalau tak silap aku.
Firdaus tengah kyushuk makan nasi butter dengan chicken ala king






Tarikh  : 5 October 2013, Sabtu
Lokasi : Cameron Highland, Smoke House Hotel Cameron Highland
Pasar malam Brinchang
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang