Friday, 30 November 2012

Musim mengepaw kaw kaw datang lagi...............


Musim Tora datang lagi dah lama berlalu sekarang ni musim mengepaw pulak tiba . Paw jangan tak paw almaklumlah tak lama lagi sessi persekolahan 2013 akan bermula Jadi nak dipendekkan cerita korang ingat  tak hari tu aku ada bagitau sini  yang aku ada ke Ayamas  beli ayam panggang madu untuk suami.okey , sementara menunggu pekerja ayamas menyiapkan pesanan untuk , aku sempatlah  jugak  aku beli sebuku roti massimo,sebuku butter dan air kotak laici untuk Firdaus  kat  situ.Haish tak sangka dimasa aku sedang sibuk mencari barang tadi, yang cantiknya pada  masa yang sama Firdaus sibuk membelek peralatan sekolah Boboi boy  yang dipamerkan  dirak sebelah kaunter pembayaran.Arghh geram macam manalah dia boleh nampak peralatan sekolah tu.Dia memanglah  tak paksa  aku beli sebelum ni pun dia tak pernahlah lagi    menangis atau menghempaskan badan ke lantai bila mahukan sesuatu barang yang disukainya cuma aku je yang kadang -kadang tersaiko dengan kata-kata dia: )

Firdaus tengah menyibukkan diri  di kaunter pembayaran

Ayam madu kegemaran suami

budak yang  happy dapat paw mak sendiri : )


Selamat berhujung minggu bersama family tersayang



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Ada kalanya ia mampu menjadi pengubat jiwa ketika .............

 Petang semalam aku keluar dari  ofis lebih kurang pukul 6.30 petang.Ekceli aku keluar awal  tapi memandangkan aku menumpang kereta kawan jadi aku kenalah mengikut masa dia ye dak .Aku perhatikan perjalanan pada mulanya agak  lancar tetapi bertukar agak tidak lancar di persimpangan jalan masuk ke kawasan perumahan Ratu shopie.

Ada aku kesah bukan aku yang drive.Kasihan kawan aku kan .Saper kata aku tak tension? Tension juge bila mengenangkan Firdaus duduk kat rumah pengasuh sampai ke malam. Tapi  semalam tengah tengah duk  tension  jalan jem,  radio dalam kereta yang terdengar hanya alunan suara shahdu dan mendayu Allahyarham Sudirman dan Noorkumalasari mengalunkan lagu bimbang  terluka lagi, tetiba hati jadi sayu...sebak.

Ekceli tak semua lagu aku layan.Jiwa aku selalunya lebih kepada lagu rock dan lagu-lagu yang mempunyai   bait-bait lirik yang mempunyai maksud yang mendalam , puitis  dan  penuh maksud yang tersurat.Favorite song aku buat masa ni  dah tentu-tentulah lagu  mempunyai maksud tersirat  Contoh lagu segalanya mungkin-Headwind, Aku maafkan kamu -Jamal Abdillah dan Malique ; Teman penganti -Malique dan  Black  , kepada mu kekasih-M.Nasir dan banyak lagi lah kalau aku nak senaraikan satu persatu memang tak siaplah keja aku nanti.

Lirik Lagu:Bimbang Terluka Lagi

Ku usapi rambutmu terurai
Ku terpandang mimpi yang berkecai

Ku renungi mata yang bercahaya
Ku terkenang peristiwa duka

Kita saling perlu amat memerlukan
Terutama dalam kesepian
Pengalaman lama datang menghantui
Hati bimbang kan terluka lagi

Kalau dapat ditarik semula
Detik waktu yang kini sejarah
Pasti engkau menjadi pilihan
Penuh rela tanpa keraguan

Lirik Sudirman - Bimbang Terluka Lagi

petang semalam , dalam kereta kawan











Dengar sambil kutip bonus point (dan ada lagi satu kalau u rasa u baik  sedekahkan lah  Al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman)






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 29 November 2012

obsessed dengan kecantikan ?? tak lah ikan , tempe dan yong tau fu je

Aku sendiri pun tak tahu macam mana  dalam banyak-banyak makanan yang melambak kat Malaysia ni  aku boleh begitu obsessed  dengan ikan,tempe dan yong tau fu .Tak kiralah samada yong tau fu sup atau bersambal, ikan pulak  mestilah  yang distim atau berkuah dan tempe dah semestinya tempe goreng cili.

Berbalik pada cerita yong tau fu ; Malam tadi suami bawak aku ke kedai ayamas untuk  beli  ayam honey atau  ayam black peper  untuk dia. Kebetulan plak masa pergi ayamas tu suami lalu kat depan gerai Marisa Yong Tau F apa lagi bila terpandang je ayat "yong tau fu " je  aku  ajak suami balik ambik Firdaus kemudian terus bawak makan kat situ.excitedkan : )

 Terima kasih kepada Ambrynaa yang sudi menaja gambar untuk entry kali ni: )



Marisa Yong Tau Fu Sup 
 Simpang Empat 
Teluk Pulai, Klang

Bermacam-macam pilihan yong tau fu di Marisa ni. Rambang mata dibuatnya.

Yong tau fu sup yang  aku makan malam tadi lebih kurang macam ni. Yong tau fu sup ni yang specialnya ia dihidang bersama sos/kuah yong tau fu. Ikut cara tekak kitalah nak makan cara macam mana sekalipun.

Masa ni suami tak nak makan dia kata dia kenyang lagi. Aku orderkan  untuk Firdaus jelah  nasi goreng cina dan ayam goreng seketul.Tapi sekali nasi goreng cina yang aku order tu sampai mak haih aku nampak  cili api lebih kurang 1/2 cm  merata alam.Aku asingkanlah cili api yang ada pada nasi goreng tu tapi belum pun habis  aku asingkan suami aku terus ambik nasi goreng tu  dan  kemudian  dia suruh aku order  nasi goreng yang sama cuma tak nak  letak cili api.Tapi dari wajah suami aku yang sedikit kelat tu  aku dapat mengagak apa yang sedang bermain dimindanya. Aku tahu  mesti dia bengang dengan perempuan yang ambik order tadi sebab tak alert dengan benda-benda cam tu.......takkan lah dia tak  tahu yang  nasi goreng tu untuk kanak-kanak .Aku kenal sangat dengan suami aku........... kalau dia  diam je maksudnya dia benganglah tu.



Pesanan khidmat masyarakat penyayang


putubambu  ; apa khabar? nak tunggu tahun 2013 ke baru nak update blog?





 Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Restoran Coconut Flower ; kerapu 7 bintang kesedapannya aku beri lebih dari 10 bintang

kata blog tempat meluahkan rasa   ;Haruslah aku meluahkan  perkara-perkara    sweet yang telah berlaku pada hari  minggu hari tu : ) . Alah tak delah sweet mana pun , cuma sweet  tang "makan sedap tapi kita  tak keluar duit sesen pun"ha ha ha . Tak sweet kata kau ; Bila aku  cakap kat suami  yang aku nak belanja anak-anak makan kat  tomyam udang dalam kelapa  korang tahu suami aku cakap apa , dia cakap "saya suami awak , biar saya je yang bayar,"sambil mengusap lembut rambutku. ha ha ha tak de maknanya   kalaulah intonasi suara  suami aku macam tu  memang dah buang tabiatlah dia tu. Repeat balik ayat suami aku "biar saya bayar awak simpan je duit awak." dengan intonasi  serius. Lepas dengar   dia cakap cam tu aku pun terus ek elah "awak nak belanja ke ? tak pelah biarlah saya belanja kali ni," sambil mngusap-usap bahu suami. "awak ni apasal."  Bila intonasi dia  dah berubah jadi singa aku menjauhkan diri darinya secepat mungkin.Aku singa dia singa kena faham keadaan diri masing-masing ye dak.Barulah aman dunia.

Jomlah layan gambar

 Nak jugak posing depan restoran
 tomyam dalam kelapa:)
 Entah apalah yang dibualkannya
 sentiasa berdua sorang pakai tangan sorang pakai sudu
 Tahu yang menjadi idaman semua orang
 kailan goreng garlic lagi ; abaikan ibu jari yang menyibuk tu
 yuyi dan gula-gula hacks
 kreativiti suami aku : )
 apa  yang  menarik perhatian dorang yang ada kat belakang tu  : )
 budak yang suka makan tomyam, samalah dengan aku .
 ketam  kam heong
 ikan kerapu 7 bintang stim kicap cair.TERBAEK
 kepala kerapu tujuh bintang stim kicap cair
ketam dan hammer; macam korang tak kenal ye dak.motip?
masa nak balik sempat lagi posing : )




Sekadar luahan hati

Sakit gigi menyepoiltkan mood aku.bertabahlah wahai hati.





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 28 November 2012

Hari minggu aku ; Bistro year 1673 bangunan unik berusia 338 tahun ; .era Dutch Colonies.

Dari sini Yuyi memandu kereta ke Jonker walk  , sampai kat Jonker Walk lebih kurang pukul 9.30 malam, kalau tak silap akulah. Aku confident sangat dengan cara yuyi memandu InsyaAllah semua okey.Kalau dengan aku memang tak merasalah malam malam baru nak gerak pegi Melaka tapi bila  melihatkan yang  tukang bawak kereta relax dan excited nak pergi ,aku nak cakap apa ye dak. yuyi tu bukan apa , dia kasihan tengok Firdaus  tak de aktiviti masa cuti sekolah ni .tu yang alang-alang dah datang ke PD dia bawak ke Melaka sekali .Malam tu, sampai je kat  jonker walk  masing -masing perut dah kelaparan. Bila perut dah lapar otak pun jem, bila otak dah jem  dah tak ingat tempat makan yang lain  ,mesti  ingat tempat makan yang  berdekatan ngan kita je : )

Mercu tanda pelancongan ; bistro year 1673
Beginikah agaknya suasana tahun 1673 ?
comel semacam plak  aku tengok sigula-gula hack ni
Firdaus yang melaram dengan  cermin mata aku
ye  cik , boleh saya bantu, dah macam receptionist plak aku tengok siyuyi ni
minuman pilihan ; dua fresh orange, milk shake vanilla, air suam
Dari Selangor hingga ke Melaka Firdaus tak boleh tinggal dia punya nasi goreng cina
kailan goreng garlic
Ayam lemon yang separuh lesap , haish anak-anak aku ni  tak  menyabar kalau ye pun tunggulah aku  gambar dulu
Lain macam je asam tumis ikan siakap ni. Masuk ni  kali kedua aku makan kat sini entahlah aku rasa macam ada  something wrong some wherelah dengan rasa  asam tumis ni.Mustahil sangat  rasa  asam pedas  melaka macam ni .




email  dibawah ni  aku terima dari dalam inbox  tengahari tadi -renung-renungkanlah

Kak, tolong la jangan berhenti berblog.tiap hari saya akan buka blog akak.sebab bila baca blog akak selalu akan buat saya ketawa bila rasa bosan kat opis.minggu lepas saya ada masalah yg sama.saya follow step yg blogger lain bg panduan bila ada masalah mcm akak.akak cer click http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2012/11/penyelesaian-untuk-blog-yang-tidak.html tiap benda yg akak masak buat saya terliur,tiap ayat yg akak taip buat saya terhibur...

Nurul Ain Ahmad Lutfi Senior Executive
UTMSPACE



Bilalah nak insaf makcik tua ni??? on Pembuka bicara ; potong reben ; blog opening ceremonry
Anonymous


The moral of the story ;  Percaya tak  bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu tapi  bau busuk hati manusia susah kita nak hidu, tapi  dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan untuk mengenal manusia hati busuk memang sukar namun dengan pengalaman hidup ianya tak mustahil.Terpulang pada kita  golangan  mana yang kita nak jadi, tepuk dada tanya selera.


Yang benar


Aku pengkaji sifat pengomen






 Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Hari sabtu ; kerja gila...apa lunch kat paris dinner kat New York tak lah.......

Langkawi, Kelantan,Terengganu, kedah dan beberapa buah negeri lagi aku belum jelajahi korang rasa ada ke patut kalau aku nak jelajah Paris dengan New York. Mana aku nak korek duit pergi jelajah kedua negara tu.Kemampuan  aku setakat  jelajah dalam Malaysia je ,luar  Malaysia tunggu aku berjaya dalam perniagaan shopie . Daftar jadi ahlinya  idak  tetiba je nak berjaya dalam perniagaan...........

Berbalik cerita pasal lunch ; aku lunch kat PD tu boleh percaya  tapi yang negara luar dari Malaysia korang  jangan percaya .ha ha ha Mulanya aku nak bawak anak-anak mandi sungai   tapi atas sebab tertentu aku tukar rancangan ke pantai.Orang pegi laut waktu pagi, anak-anak aku ni lain plak  , dah nak petang baru nak berangkat ke PD.aku dah biasa dah.keja gila...............
Motip muka macam tu?       Entah apalah yang dorang bualkan?
        Muka lapar : ) hari tu dorang semua beli nasi ayam.aku je sabar menunggu  masak lomak cili api
      Baru aku tahu yang ni roti gulung : )
       Abaikan handbag  berbunga makcik senah tu : ) sila fokus kearah tangan Firdaus.      Kasihan anak aku sorang ni, begitulah gayanya  bila dia makan nasi mengunakan tangan
       Hai ! gula-gula hack        Hai! pantai PD aku datang .Mandi  laut tapi yang tak bestnya masa nak bilas badan . lemas.sss.....
       Budak yang kalau dah masuk dalam air memang susah nak panggil naik ke darat      apasal ko hitam sangat ni dik
      Jonker walk aku datang lagi, Aku bertanya kepada diri sendiri"Ada apa  dengan Melaka."Aku tak punya jawapan untuk soalan tu.Cuma satu je yang korang patut tahu  Melaka sentiasa bermukim  dihati aku.*bajet retis*
      kehidupan ni penuh dengan kejutan .bertolak dari rumah pukul 2 sampai PD lebih kurang 4.30 petang  lepas tu pukul 6.30 petang bertolak ke Melaka , dari melaka pukul 11.30 malam sampai lebih kurang  2 pagi tak kejutan kata kau? : )

      Abaikan peha gebu amoi tu, sila fokus kepada gula ketuk.Tetiba aku teringat zaman  kecik-kecik dulu : ) "mak , nak gula ketuk sebungkus."mak pun jerit-jerit  panggil apek jual jual ketuk  yang sedang mengayuh basikal tua yang pada masa tu lalu depan  rumah jiran.
       Abaikan sekali lagi handbag  berbunga makcik senah.yuyi  nak beli cekak lagi oh tolonggggg , baru je dua hari lepas dia beli cekak kat sini    ,  
      Abaikan cekak rambut hijau  baju purple, pop look mah.ha ha ha 
      cantik tak saya?
      Hai!! Aik Cheong pukul 12 malam anak aku sanggup bersidai di  belakang kedai yang menjual kopi kau  ni macam  kalau kau tak ambik anak aku jadi duta kopi produk syarikat   aku tak tahu  nak cakap apa lagi?

Pesanan khidmat masyarakat penyayang

Doc.Faiz      ; cik ina belum pernah lagi makan restoran yang doc sebut tu.Pasal gula-gula hacks  tu hanya nama samaran je,Norh     , terima kasih kerana sudi datang ,akak baik seadanya, ELL    , cik ina merindui kamu, Business woman harap maju dalam bisness, kantin makcik  aku rindu kamu : ), Nieda   , InsyaAllah cik ina save link ko. Anoy yang  cakap makcik belum insaf semoga Allah SWT ampunkan dosa kau dan aku , haish entah entah kau lelaki yang sentiasa dibelakang wanita yang hipokrit tu: (Anoy ni minat sangat baca blog makcik tempe yang dah tua lagi belum insaf  ni.Spesis orang macam ni aku pelik, kata  tak suka kita tapi berminat gak nak  tahu kehidupan kita.Akhir sekali  LW bukan LV I miss you so much.












    

     





  Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang