Monday 13 November 2017

Restoran Khuntai Klang kini dah berpindah




Dulu Khuntai Klang kat sini , sekarang dah berpindah ke tempat baru.  Pindah tak jauh dari tempat lama cuma  pindah ke depan kat deretan kedai baru. Sejak  khuntai pindah  tempat baru ni aku  tak pernah lagi gi makan. Tengahari sabtu lepas tulah  baru pergi . Better lagi tempat baru, takde lah  takut  nak gi makan  terutama waktu malam. Tempat lama dulu nak pegi makan kena pikir 2 3 kali.

Nak jugak bawak bumbung atap itew


Nak jugak bawak tut tut itew




Sukati korang , nak makan kat bawah  boleh  kat atas pun boleh. Mak &family makan kat bawah jew, tak larat haih mak nak manjat anak tangga


Sebelum   cik yuyi kahwin aku  selalu promote dia dalam blog ni lepas dia kahwin aku  promote suami dia  plak promotian sampai hujung bukan 12 .huk huk huk


Mixed seafood white tomyam wajib order, sedap



Steam lemon siakap fish , nasib baik lepas kahwin cik yuyi  suka makan ikan kalau tak aku jugak yg kena hadap ikan sorang2


Macam biasa, bila makan dengan cik yuyi  sirambang  mata ni banyak nau lauk  yg dia order, stir fried pak choy, stir fried asparagus, stir fried kailan, khuntai fried chicken wing, kerang bakar, udang goreng tepung, telur dadar & lala kam heong




Tak tahulah alamat baru khuntai yg aku tepek ni  betul ke idak, kalau idak sila salahkan google.



Khuntai
Lot 8620, Kg. Air Hitam
Batu 6 1/2 , Jalan Langat
41200 Klang












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )