Saturday 1 July 2017

Bonda bonding ; hari kantin 2016


21 November  2016.....tarikh yang mungkin aku takkan lupakan sampai bila-bila .  Tarikh yang sungguh  menguji naluri keibuan Memandangkan aku  jenis yang agak kurang gemar  berkongsi cerita-cerita sedih & duka kehidupan makanya biarlah kejadian yang berlaku pada tarikh tersebut  aku simpan kemas dalam lipatan sejarah hidup aku .Syukur Alhamdulillah, selepas 8 bulan dari tarikh berlakunya kejadian  segalanya  pulih seperti sedia kala dengan izin Allah SWT.

Cerita pasal blog ; lama sungguh blog aku  ni terbiar tanpa diberi perhatian .Seriously, aku kecewa deƱgan diri sendiri. Aku tak update blog serajin dulu. Harap-harap lepas ni aku akan lebih rajin dan lebih bersemangat untuk mengupdate blog aku yang tak seberapa ni. Insyaallah.

Ok, kembali kepada tajuk entri ; setelah sekian lama tak melibatkan diri dalam menjayakan hari kantin/usahawan sekolah , akhirnya pada 13 Nov 2016 aku , cik yuyi dan suaminya datang bersama sibusyuk masyam untuk turut sama memeriahkan hari kantin. Memang  tersangatlah happening melihat  pelbagai gerai antaranya gerai burger, gerai nasi ayam, gerai buah-buahan, gerai ayam goreng & kentang goreng, gerai pelbahgai minuman gerai pelbagai kuih muih dan macam-macam lagi. Selain tu terdapat aktiviti permainan, antaranya  rumah hantu, rumah sesat, pemainan dalaman dan macam-macam .Yang bestnya siap ada zoo mini lagi.boleh gitu.

Jom layan gambar yang sempat aku ambik sepanjang hari kantin berlangsung.

nampak tak??? sibusyuk masyam berbaju kuning tengah happy giler mak dengan akak layan dia hari ni. 

Rambang mata tengok makanan, habis kupon RM30, topup lagi  kupon




Pestime tengok zoo mini.tetiba aku jadi teruja...













Sekian  terima kasih, nanti kalau ada masa  aku update lagi.














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )