Monday 13 February 2017

Best seafood in town ; Lala Chong kayu ara seafood restoran


Cerita JJCM malam minggu; Petang sabtu,  selepas puas berlegar -legar tanpa tujuan  di OU Damansara, perut masing-masing mula berkeroncong terutama perut sibusyuk masyam.  Dia asyik mention jew dia last makan  pukul 1 lepas balik tusiyen. Aku cakap kat dia , bulan puasa tahan lapar  jew sahur  subuh berbuka malam . Adik mula tarik muka. Saje jew aku mengusik.  Sementara cik yuyi belum decide nak makan mana? Aku belikan dulu adik  5  ketui kuih buat  lapik perut di nyonya kalers.

Selepas berhempas pulas berfikir, akhirnya cik yuyi cakap dia nak makan kat lala  chong ara Damansara. Aku memang malas ahhh nak fikir  makan mana . Penat, aku tukang makan jew. Kalau tak silap aku, tahun lepas dia pernah  ajak aku  makan kat  sini  tapi masa tu tutup. Dari OU nak ke lala chong dekat lah sikit.Cuba dari rumah aku, fikir 2 3 kali nak pegi .


 Pengantin lama :  )

Muka orang tak sabar tunggu makanan sampai


Sementara menunggu makanan yang  kita order  siap , dorang hantar kacang dan jeruk mangga asam boi dulu.


Ayam lemon , nasi goreng cina dan lala kam heong terbaek


Ketam sweet & sour , feveret cik yuyi. Kalau ke restoran  seafood tak sah  cik yuyi tak order ketam.


Butter prawn berkuah, feveret menantu dan anak.  Bihun goreng tu aku order tapi berusik pun. Tetiba rambang tekak, nasi nak  bihun goreng pun aku nak. Akhirnya...tapau  bawak balik rumah.



Lepas ni boleh makan kat sini lagi. Servis tip top , makanan & minuman cepat sampai dan seafoodnya fresh, harga berpatutan , pelayannya mesra alam .Dan yang  penting tempat cuci tangan dan tandasnya berseh. Sorry.... perangai aku ni buruk sikit, aku suka nak mengukur tahap kebersihan tempat  makan dari toilet.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )