Tuesday 31 January 2017

Jalan jalan mandi manda ; Wet World Water Park Shah Alam


Sebenarnya aku nak bawak sibusyuk masyam mandi manda masa cuti sekolah hujung tahun 2016 tapi tergendala sebab keluarga aku ditimpa sedikit ujian dari Allah SWT . Hampir dua bulan sudah sejak peristiwa 21.11.2016 yang lalu, Syukur Alhamdulillah segalanya beransur pulih.

Berbalik kepada tajuk entry, memandangkan hari Isnin cuti CNY, pagi ahad , semalam aku ambik kesempatan membawa ahli keluarga  mandi manda kat Wet World Shah Alam. Bunyik ahli keluarga macam ramai kan. Sebenarnya takde lah ramai sangat , cuma 4 orang jew.

Sampai Wet World lebih kurang pukul 9.30 pagi. Kalau hari cuti tak payah cakaplah, memang panjang giler orang beratur nak beli tiket . Nasib baiklah cik yuyi  dengan  somi rajin nak beratur.Sementara menunggu dorang  beratur  beli tiket cik yuyi suruh aku dengan si sibusyuk masyam  duduk dalam kereta.Hurmmm lega, semenjak dua menjak ni kaki aku bukan larat sangat  nak berdiri lama-lama...



Setiap kali ke sini, cabana silver no 4 menjadi pilihan cik yuyi kerana sewanya berpatutan dan yang penting terletak berdekatan dengan locker, kaunter masuk dan bilik persalinan. Tapi semalam bila tengok cabana silver no 4 tu, aku kecewa, harganya naik 2 kali ganda  kononnya dinaik taraf menjadi cabana gold sebab ditambah kerusi rotan, peti ais kecik & peti keselamatan  . Houk aloh , macam tak berbaloi jew bayar mahal duduk tak sampai 8 jam. Apa kejadahnya pulak nak berpeti ais bagai bukannya nak bermalam kat situ kan. Jadi, cik yuyi sewa cabana silver jew , harga okey yang penting ada kipas dengan lampu.


Senang nak  buang sampah, cabana  kami berdekatan dengan  tong sampah. Cantikkk


 Aku jadi penunggu cabana jew. Lately ni , tak berapa sihat jadi tak larat nak mandi manda. Tulah bila jadi penunggu asyik makan jelah kerja aku. Lagilah dalam ni banyak tempat beli makanan .Tapi of cos lah harga tu memang mahal dari biasa. Sebekas bihun goreng atau nasi lemak sekali dengan tin air  RM9. Nak kata rasa sedap sangat takde lah , kata orang boleh makan lah.  Cuma aku nasihat jagung RM5 secawan tu jangan beli tawar hebeh.


Aku sendiri tak paham macam mana  aku  boleh nak beli nasi lemak kat dalam wet world ni.



Berendam puas-puas dik, lepas ni tak tahu bila lagi dapat berendam lepas ni..



Sementara temankan aku beli makanan sempat lagi dia berendam,hurmmm






Dah lama kan aku tak tepek bideo . Insyaallah selepas ni aku akan lebih aktif mengambil bideo dan menepek di sini.tetiba kan... Itu janji aku , Insyaallah.


Kaplamyanga dalam air pun nak meeting, biasalah kan


Sibusyuk  masyam tunjuk skil mengisi air dalam baju .hehehe





Akak adik sama naik









Cukup setakat ni je untuk hari ni. Nanti  ada masa aku update lagi. Sekian terima kasih.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday 27 January 2017

Selamat membugilkan bulu dengan waxing

Sesaper  yang teringin membugilkan  bulu sempena  CNY boleh berwaxing di  Buluu wax Spa  Aeon Big Bukit Rimau  (Ground floor depan Watson) . Waxing ni ibarat membuang bulu secara nyaman, tercepat, termudah dan tidak membuat ketiak hitam .Cuma   lepas waxing , kulit akan terasa gatal dan beruam sikit tapi jangan risau  dua tiga hilanglah gatal dan ruam tu. Apa pun aku suka waxing sebab membugil  bulu sampai akar, bulu lambat tumbuh. Bulu yang akan kembali tumbuh pun bulu lembut dan halus gituuu.



Cik yuyi yang kenalkan aku  dengan Buluu wax sapa. Dia dah sain kontrak sampai mati  dah. Aku baru pestime nak cuba .

Buluu wax spa

Aku suka amoi  Buluu wax spa ni baik tak sombong, dia buat kita rasa selesa nak berwaxing .Dan yang penting dia terlatih dan  mengutamakan standard kebersihan gituuu.


Selepas berwaxing  bagai perut mesti lapar, jangan risau dihadapan Buluu wax spa ada Pak Hailam Kopitiam. Dekat situ  menu  best, servis best,  rasa pun not bad.






Sekian terima kasih. Selamat Tahun Baru Cina 2017 dan selamat  membugilkan  bulu dengan waxing.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )