Friday, 26 February 2016

Kuah dhal cik ina do do cheng sedap makan dengan roti paratha jenama kawan


Salam Jumaat, semangat berblog kambek.


Kalau dihitung-hitung, masuk hari ni dah 3 kali cik ina kongsi resepi kuah dhal dalam blog cik ina.  Biasalah manusia ni...suka sangat menghitung. Menghitung gaji bos, menghitung jumlah beg tangan jenama hermes birkin milik Rosmah, menghitung berapa banyak kereta jiran sebelah rumah ada, menghitung sedekah amal jariah yang diberi, menghitung dosa dan pahala orang lain. Banyak lagilah, kalau nak disenaraikan semua alamatnya sampai esok pun tak habis. Jangan menghitung sangat, terutama menghitung dosa dan pahala orang lain. Peringatan untuk diri sendiri ; daripada sibuk menghitung dosa dan pahala orang lain lebih baik gunakan waktu mencari pahala untuk diri sendiri. Cuma satu je cik ina nak pesan, walau sibuk macam mana sekalipun kita mencari pahala , cuba cari masa untuk memasak makanan kesukaan keluarga kita. Pahala jugak tu. Last but not least, jangan lupa juga  mengundi  cik ina sebagai ustazah pilihan hangpa.


Kembali pada tajuk entri cik ina  kali ni ; saper suka makan roti paratha atau ? Angkat tangan. Cik ina taklah suka sangat tapi bolehlah kalau terdesak. Zaman sekarang ni dah mudah, rasa teringin nak makan roti canai/roti paratha tapi malas makan kat luar, malas nak buat sendiri, korang beli je yang segera. Cik ina syorkan korang beli jenama kawan tapi sorry kuah dhal dan sambal tak disediakan ya.Cik ina dah tepek resepi kuah dhal ni, pandai -pandai koranglah.


Roti paratha jenama kawan sentiasa menjadi pilihan cik ina

Resepi kuah dhal sempoi
Bahan-bahan
1 cawan Kacang dhal[rendam semalaman agar cepat empuk ketika dimasak]
1/2 biji bawang holand[potong dadu]
Sebiji terung bulat[potong dadu]
1/2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil rempah campur
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kari
Sedikit minyak untuk menumis
800ml air
Garam secukupnya
Cara memasak
Kisar bahan bertanda bintang. Panaskan minyak,tumis hingga pecah minyak.ketepikan.
Rebus kacang dhal bersama sedikit garam hingga separuh empuk.Masukkan terung kemudian rebus lagi sampai empuk.
Bubuh serbuk kunyit  dan kari. Kacau sekata. Tutup api dan ketepikan.
Dalam kuali panaskan minyak, tumis bawang dadu ,rempah campur dan daun kari hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan bahan tumis(bawang putih dan halia kisar),goreng sekejap.
Padamkan api, angkat dan tuangkan ke dalam kuah dhal.
Sedia untuk dihidang bersama roti canai/paratha



 Kuah dhal sempoi, nak makan dengan roti paratha je kot tak payahlah nak buat lebih-lebih.



Kebetulan ada baki sambal nasi lemak semalam,maka lengkaplah hidangan roti canai.Cuma satu je kurang , takde kuah kari.Ekceli cik ina suka makan roti canai dengan kuah kari ikan , dah  takde layan je kuah dhal.











Sekian terima kasih. Sebelum cik ina mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada cik ina

Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 25 February 2016

Ikan siakap masak stim lemon sempoi, ubat sakit gigi


Salam hari rabu, cik ina kambek


Tak tahu nak masak apa lah? Apa nak masak hari ni? Soalan yang sering bermain dalam kepala mak kan terutama mak yang jenis masak setiap hari. Zaman sekarang semua benda mahal, nak  tak nak kena masak .Jimat sikit.  Cik ina ingat lagi masa mula kerja cleaner kat company cik ina kerja sekarang ni, gaji dorang bagi  RM490 pun dah kira banyak .Dulu lainlah....dulu kos sara hidup rendah .Sekarang ni gaji RM10 ribu sebulan pun tak cukup .Tapi pada pendapat cik ina cukup atau tidak  gaji bergantung kepada individu tu sendiri. Bak kata pepatah melayu "ukur baju dibadan sendiri". Kehendak memang tinggi tapi kemampuan?kalau tak mampu buat cara tak mampu. Tapi kalau tak mampu pun nak jugak hidup macam org mampu, pedulik apa kan. Asal kan kita tak menyusahkan hidup orang lain.Cuma kena tahanlah telinga, sabarkan hati bila berhadapan dengan kawan atau orang yang tak boleh terima orang yang tak bekemampuan menyarung dress georgio armani, berheel Christian louboutin, berhandbag chanel .Who care, sebab bila kita sakit gigi , nyut nyut makan pun tak lalu ada orang sekeliling kisah ?habis kuat pun dorang cakap "kesiannya, mesti susah nak tidur, susah nak makan,sakit kepala  whatever lepas tu dorang sambung makan balik. Sure korang terliur. Jangan nak down sangat.pandai-pandailah masak lauk yang senang kunyah dan hadam, contoh ikan siakap masak stim lemon.



Resepi ikan siakap stim lemon
Bahan-bahan
seekor ikan siakap bersaiz sederhana[bersehkan semua sisik terutama dibahagian ekor, pipi dan bawah perut. Saje cik ina nak kasi ingat kengkawan sisik dibahagian tersebut tersangatlah halus sekiranya termakan terasa hazebedah sangat. Selepas siap dibuang sisik,  ikan dicuci berseh kemudian kelar2 sedikit dan gaul dengan sedikit garam.ketepikan
1/2 biji bawang holand[dipotong baji]*
3 ulas bawang putih[kupas kulit dan ketuk]*
2 batang serai[potong 2 secara menyerong  dan ketuk]*
1 inci halia(dihiris halus panjang]*
6 tangkai cili api[dibelah 2]saper suka pedas boleh tambah cili api
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 cawan air
1/2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan air
Garam dan gula secukupnya
2 keping hirisan lemon[sebagai hiasan]
2 tangkai daun ketumbar hiris kasar
Cara memasak
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan bertanda bintang hingga naik bau
Masukkan sos tiram, sos ikan , jus lemon, cili api diikuti dengan air.Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih
Masukkan ikan, tuang ikan dengan kuah dan masukkan sedikit bahan hiris di dalam perut ikan
Perasakan kuah dengan garam dan gula
Tutup kuali dan kukus ikan hingga masak [mata ikan terjuih keluar tanda ikan dah cukup masak]
Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan .Tuang kuah ke atasnya
Hias dengan daun ketumbar dan hirisan lemon


Lauk sampingan lain cik ina masak bayam goreng bawang putih & ikan bilis dan 


Telur dadar






Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi, Insyaallah.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 8 February 2016

Resepi ikan goreng berperisa dan sedap


Salam hari Isnin, rajinnya cik ina update blog.

Haruslah rajin,buhsann,cuti tahun baru cina panjang sangat,tak tahu nak buat apa. Nak keluar berjalan , malas jadi kerja cik ina masak, makan , tidur kalau rajin update blog .

Berbalik kepada tajuk entri, saper suka makan ikan goreng? angkat tangan .Laju cik ina angkat tangan. Korang mesti  cakap , apa barang ikan goreng. Nampak simple ikan goreng , ingat senang nak dapat ikan goreng yang sedap kalau tak rajin nak melumur ikan dengan bahan perapan dan memerapnya sebelum digoreng. Cik ina serius ni.


Diantara bahan-bahan yang cik ina guna  untuk memerap ikan
1)serbuk jintan manis
2)serbuk jintan putih
3)garam
4)serbuk kunyit
5)rempah kari
6)lada hitam berperisa
Lumurkan ikan dengan garam , kunyit dan diikuti bahan-bahan lain sehingga rata.Perap   beberapa minit, kemudian goreng ikan seperti biasa.

*kuantiti bahan perapan bergantung kepada kuantiti ikan. [Pandai-pandailah agak]


Rupa ikan kembung selepas dilumur dengan bahan perapan


Rupa ikan pecah periuk selepas dilumur dengan bahan perapan 

 Di bawah ni juadah makan tengahari cik ina yang menyelitkan ikan goreng  sebagai penyeri juadah.


Asam rebus ikan kembung dengan ikan kembung goreng



Sup suhun fucuk dengan kentang dan telur, sambal belacan  , tak lupa ikan jenahak goreng beperisa dan sedap.


Sambal udang, kobis campur sawi goreng, perhangat asam rebus ikan kembung baki semalam & ikan pecah periuk goreng








Sebelum mengundur diri cik ina ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat Tahun Baru Cina[Gong Xi Fa Chai] kepada semua masyarakat berbangsa cina. Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi, InsyaAllah.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 1 February 2016

Ayam roasted lemon & herb & ayam rosemary simple dan sedap


Salam Isnin, sibuk sangat ke cik ina?

Lately ni, banyak sangat urusan dunia yang belum selesai sampai tak sempat nak update blog kesayangan cik ina. Tapi bila mengenangkan 2 hari lepas  baru cashoutkan earnings nuffnang terus hari ni  cik ina  bersemangat nak update blog untuk kumpul  balik earnings yang dah yilek tu.  Diam tak diam nok sepanjang cik ina berblogging ni dah masuk 7 kali cik ina cashoutkan earning nuffnang . Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.

Berbalik kepada tajuk entri, ekceli lama dah nak update resepi ayam roasted  cik ina ni tapi tulah asyik tertangguh je. Ayam roasted cik ina ni sempoi je.  Resepinya bersepah , google je. Alah zaman sekarang ni zaman internet resepi dihujung jari lepas tu pandai-pandailah adjust resepi ikut logik akal dan  kesesuaian selera sendiri .yang penting "be yourself" tetibakan.ha ha ha ha


Dibawah ni antara bahan-bahan yang selalu cik ina guna untuk membuat ayam roasted lemon herb atau ayam rosemary
1.ayam[bahagian peha & kepak atau thigh]
2.lada hitam kisar kasar
3.minyak zaitun
4.fresh rosemary & rosemary kering
5.garam
6.brown sugar
7.lemon thyme
8.sage
9.rosemary
10.lemon black pepper seasoning
11.kentang Australia kuning & merah
12.carrot
13.capsicum merah
14.bawang putih parut
15.sos tiram[jarang letak]
16.bawang holand[jarang letak]
17)lemon
18)Aluminium foil


Pemarut yang sangat berjasa kepada tuannya


Ayam roasted cik ina versi malas, perap 30 minit terus masuk oven

1.gaul ayam  dengan garam,sos tiram, 2 tbsp brown sugar, bawang putih parut , lada hitam kasar, rosemary kering dan minyak zaitun secukupnya. Perap 30 minit.
2)potong carrot 2 cm, cucuk kentang dengan garfu kemudian gaul dengan sedikit garam, lada hitam dan rosemary kering dan minyak zaitun.ketepikan.


 Rupa ayam yang telah siap di grill selama 15 minit.Ayam rosemary versi rajin  sebab siap perap dan grill sebelum bakar dalam oven.

3)Grill ayam yang telah diperap supaya bahan perapan menyerap dalam ayam.
4)Susun ayam, kentang dan carrot di dalam tray pembakar. Taburkan sedikit fresh rosemary , sage dikuti dengan capsicum dan bawang holand. Again,tabur sedikit lada hitam kasar dan rosemary kering .Letak hirisan lemon diatasnya.Percikkan minyak zaitun sebelum dibakar.
5)Tutup tray pembakar dengan aluminium foil. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 200 darjah selama 50 minit.


Tadaaaa siap ayam roasted rosemary  cik ina do do cheng, sedia untuk dimakan.








Sebelum mengundur diri seperti biasa cik ina tinggalkan tag line chef ammar  "masak dari hati , masak dengan iman" . Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi insyaallah.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang