Monday 15 August 2016

Masakan India sedap di chola kitchen


Assalamualaikum, tetiba terjaga tengah malam . Boring gilerr menunggu mata ni nak terlelap semula .Better cik ina  update JJCM  cik ina hari sabtu lepas bersama anak tercinta.

Hari sabtu , dalam pukul 4 selepas sibongsu balik dari  tuisyen cik yuyi & asben bawak kami berdua ke hotel penginapannya. Dapat jugaklah sibongsu merendamkan badan 2 &  3 jam  di kolam hotel  . Lepas berendam memasing perut lapau  .Terus gerak ke chola kitchen. Masuk ni dah 3 kali makan kat sini . Chola kitchen jarang menghampakan kami. Selesai makan terus ke JJ Bukit tinggi beli barang dapur . Tak habis habis beli barang dapur.Biasalah tu .Mak mak dan barang dapur berpisah tiada. Siap beli barang dapur. Cik yuyi & asbennya  hantar kami  balik ke rumah kemudian dorang  balik ke hotel semula. Dorang  kena stay situ  sampai  hari Ahad sebab kawan cik yuyi cum pengapit  masa dorang kahwin akan melangsungkan pernikahan & persandingan Ahad tu . Skema sangatkan ayat cik ina.krikk, krikk, krikk


Akak & adik dan kolam renang berpisah tiada


Sibusyuk masyam cik ina yang tak pernah tak  ceria bila di  meja makan,hehehe.


Ayam masala, ikan manchurian, puri bersama kuah kari dan kuah dhal campur kentang



Cik ina kongsi biryani ayam dengan sibongsu . En.Ayon , suami cik yuyi makan biryani kambing. Cik yuyi makan ikan machurian dengan sayur je . Sekarang ni dia makan nasi sekali sehari je. Daging & ayam pun dia dah tak  makan.Diet, katanya.





Chola kitchen Sdn Bhd
No.33 Jalan Mahogani 5
Bandar Botanic
41200 Klang
603-33245433


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday 4 August 2016

Makanan Arab sedap di Restoran Tarbush Sunway Pyramid.Terima kasih anak belanja mak

Assalamualaikum.......... di tengah kepekatan malam teringin nak update blog. Mulai sekarang cik ina cuba berusaha untuk mengupdate my lovely blog  ni  sekurang-kurangnya  dua atau tiga  hari sekali , Insyaallah. Dah lama rasanya cik ina tak update JJCM cik ina bersama anak cik ina kan .Tulah, kalau sorang rakan ofis cik ina   yang   takde akaun instagram ni tak sibuk tanya kenapa  cik ina dah lama tak update JJCM bersama keluarga cik ina pun tak perasan. Pesanan cik ina pada rakan ofis yang takde instagram aka bizi bodi malu malu kucing   ni "saper suruh ko tak bukak akuan instagram sengal????  Sejujurnya rakan ofis cik ina ni  kalau korang  jumpa face to face korang mesti jatuh cinta nak terajang muka dia doploh empat kali. Next plzz, sebelum tekak terasa mual kita berbalik kepada tajuk entry.

Cerita 6 bulan lepas,  berkumandang "Allah selamat kan cik ina , Allah selamatkan cik ina, Allah selamat kan cik ina. Tak reti reti lagi bulan March besday cik ina makanya anak tercinta celebrate besday cik ina  di Tarbush Sunway Pyramid. Pertama kali cik yuyi bawak cik ina makan kat sini if i'm not mistaken (tergeliat lidah jap) dalam  bulan feb tahun ni , cik ina terus jatuh cinta dengan Tarbush . Diam tak diam 4 & 5 kai jugak dah pekena makanan arab di Tarbush sunway pyramid ni.

Terima kasih pada anak sulung cik ina, cik yuyi yang dalam keras masih ada lembut , sayang dengan adik2 .Tak pernah  tak ingat  tarikh lahir cik ina , tarikh lahir adik2  walaupun adik2 jarang  nak ingat tarikh lahir akak. Adik2  awal lagi dah bagitahu akak nak hadiah apa masa besday dorang. Begitulah cerita sorang akak yang tak pernah buhsan melayan keranah adik.

Nak tak tahu tak kenapa baju  sibusyuk masyam dalam 2 gambar diatas tak sama dengan  gambar yang dibawah sekali ??? sebabnya cik ina gabungkan sekali JJCM di Tarbush Sunway Pyramid & celebrate besday cik ina . Houk aloh....tak salah kan kebetulan  tempat sama cuma beza tarikh.



My busyuk masyam always  muka berseri -seri masa makan 


Mushroom soup, cik ina  kongsi dengan sibusyuk masyam sorang ni.Sekejapnya dia besar. Plz!!! jangan cepat besar boleh?


Biryani chicken  sibusyuk masyam 


Tabouleh, feveret  En.ayon suami cik yuyi


Menu kami sekeluarga hari tu


Biryani lamb


Salute adik boleh habiskan sorang  biryani chicken. Sedap lah tu!!. Cik ina makan  biryani chicken .Tak boleh habis separuh bagi cik yuyi .Cik yuyi makan lamb chop .Minuman hari tu mango lassi , mineral water & mint tea , sharing kan  caring.








Sekian terima kasih. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )