Thursday, 23 June 2016

Juadah sahur memikat selera anak


Salam Nuzul Al-Quran,


Syukur Alhamdulillah, ramadhan 17 sudah. Masa  sentiasa mencemburui, terutama masa kita  bahgia, gembira, seronok. Cuba masa kita susah & derita terasa lambatnya masa beredar..kan.lebih2 lagi  masa menunggu waktu nak balik kerja dalam bulan puasa.  Bila jalan jam hati dah mulai risau, sempat ke masak untuk juadah berbuka? Biasalah para ibu suka merancang dalam bulan puasa ni terutama merancang menu berbuka dan bersahur. Masa tengah bersahur  dah mula fikir nak masak apa untuk  berbuka kan. Baik mengaku cepat!!!!Masa bulan puasa lah memasing rajin masak tahap gaban. Segala tok nenek lauk pauk & kuih muih  kita nak buat.hehehe .Cik ina nak kata rajin masak pun tak .ikut mood jugak. Cumanya  masa bulan puasa ni semangat masak cik ina  lain macam punya mari. Sanggup cik ina bangun 4 suku masak juadah sahur je pun , sanggupkah bangun  buat amal  ibadat, jangan lupa  undi tau ustazah pilihan.......

Hasil bangun 4 suku .

Ramadhan 17 juadah sahur ; ikan selar goreng kicap kering & kacang panjang goreng cili.

Ikan selar goreng kicap kering
Bahan-bahan
3 ekor ikan selar [disiang dan dibersihkan kemudian digaram kunyit]
2 kuntum bunga lawang & 2 biji buah pelaga
5 biji cili api[belah 2]
3 biji bawang [dihiris]
3 ulas bawang putih [dihiris]
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Kicap kipas udang [kuantiti kicap terpulang pada citarasa masing2]
Cara memasak
Panaskan minyak, goreng ikan separuh garing.ketepikan
Tumis bunga lawang, buah pelaga dan bawang hiris hingga naik bau
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
Masukkan sos tiram, kacau sekejap kemudian masukkan kicap kipas udang dan sedikit air.Biar kuah kicap sedkit kering
Akhir sekali masukkan ikan goreng diikuti dengan cili api.kacau hingga semua ikan bergaul dengan kicap. Tutup api dan angkat.

****************************************************

Cik ina goreng kacang panjang cili untuk melengkapkan juadah sahur

Kacang panjang goreng cili
Bahan-bahan
10-15 batang kacang panjang[kerat pendek, cuci dan tuskan]
2 biji cili merah besar[tumbuk halus]nak kisar pun boleh cik ina ni spesis malas basuh mesin kisar
2 biji bawang merah& 2 ulas bawang putih[tumbuk kasar]
5 ekor ikan bilis[tumbuk kasar]
Secubit garam & gula
1 Sudu kecil sos tiram
cara memasak
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang tumbuk  & ikan bilis tumbuk hingga naik bau
Masukkan  cili, kacau sekejap kemudian masukkan kacang panjang.
Tabur secubit garam. Goreng kacang hingga separuh empuk.
Masukkan sos tiram dan tabur secubit gula.Kacau sekejap dan terus angkat.









Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi Insyaallah. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada semua.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang