Thursday 19 May 2016

Rendang daging hitam cik ina do do cheng

Salam khamis, saper rindu cik ina?angkat tangan.

Apa nak jadi  dengan cik ina ni? Dalam sebulan 2 kali  je update blog. Mana cik ina yang dulu ? Cik ina yang update 2 hari  sekali. Tak tahulah cik ina tu pergi mana kan?Sejak umur  meningkat ni, cik ina perasan  badan  terasa  cepat letih, mata cepat mengantuk.  Tu yang plan nak update blog  asyik tertangguh je. Syukur Alhamdulillah, walaupun hari ni tak  sihat semangat nak update blog tetap ada. Saja je cik ina nak update resepi rendang daging hitam. Ekceli rendang ni antara menu  peberet anak -anak cik ina.

Serbuk ketumbar, jintan manis & jintan putih , cik ina malas nak salin dalam bekas .hehehe

Resepi rendang daging hitam 
Bahan-bahan
1/2 kilo daging[dipotong nipis]cik ina guna daging batang pinang]
Rempah penumis ; sedikit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
1/2sudu besar serbuk ketumbar
1/2sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar susu cair
3  sudu besar kicap pekat
Air asam jawa secukupnya
Gula melaka secukupnya
Garam secukupnya
(Bahan kisar)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia  halia sederhana besar
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili api
Cara memasak
Panaskan minyak,tumis rempah penumis hingga wangi
Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak .kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dna jintan putih.kacau lagi.
Masukkan daging, kacau lagi. Biar daging empuk dan mereneh hingga air daging kering.
Masukkan kicap pekat, air asam jawa,susu cair  garam dan gula melaka.
Tutup kuali, biar mereneh atas api perlahan sehingga  daging empuk dan  rendang pekat.
Angkat dan hidangkan



Rendang daging hitam cik ina judukan dengan telur dadar dan kobis goreng. Abaikan baki ayam goreng cp pedas dalam pinggan.hehehe








Sekian terima kasih, insyaallah panjang umur  kita jumpa lagi.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )