Tuesday 19 April 2016

Roti/bun burger homemade, DIY , semua orang boleh buat


Salam petang selasa, meroti kita : )


Roti : kegilaan cik ina sekarang ni. Bukanlah terror sangat buat roti tapi okeylah janji ada rasa roti , lembut , dan boleh dimakan.Janji , lepas sarapan pagi atau minum petang keluarga . Siapa yang sebelum ni buat roti tapi tak berapa nak jadi  roti dan tak  berapa nak lembut , hanya boleh ditatap tapi  tak boleh dimakan, jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi sehingga berjaya.Kalau boleh, uli dan ramas-ramas doh  depan tv sambil tengok sinetron. Tak moh tension-tension. InsyaAllah roti tu  akan jadi roti, lembut kebabom.


 Rupa doh selepas direhatkan sejam

Resepi roti/bun burger
Bahan-bahan
250gram tepung high protein*
50gram tepung gandum*
2 sudu besar susu tepung penuh krim[cik ina guna susu nespray]*
1 sudu kecil garam*
1 biji telur[kacau, tinggalkan sedikit untuk buat sapu atas permukaan roti]*
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu besar margerin/mentega
100ml air

Untuk kilatkan roti bagi nampak cantik
Baki telur dicampur dengan 1 sudu kecil fresh milk dan secubit gula. Kalau takde susu segar, korang bancuh je  1 sudu kecil susu tepung penuh krim dengan sedikit air dan secubit gula

Cara membuat
Bancuh air suam[lebih kurang 50ml] dan gula kemudian letak yis.Kacau dan biar hingga berbuih.ketepikan
Dalam satu bekas, satukan bahan bertanda bintang.Masukkan bancuhan air gula dan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh.Air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil yang memuaskan.Pandai-pandailah adjust doh, kalau lembik ,tambah tepung sikit dulu , uli sampai doh tak melekat kat tangan. Mak uli pakai tangan nok sebab malas nak basuh mixer. Saper ada bread maker lagi senang kerja.
Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut.
Rehatkan doh selama sejam. Tutup dengan kain atau plastik
Selepas sejam,uli roti sekali lagi dan bahagikan doh. Bulatkan mengikut besar yang korang suka
Atur roti dalam loyang yang telah dilengser mentega. Perap sehingga roti naik 2 kali ganda
Panaskan oven pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan atas roti
Bakar selama 18 ke 20 minit.
Selepas diangkat masa roti tengah panas,sapukan mentega atasnya supaya nampak kilat



Roti homemade mungkin tahan sehari dua  sebab tak diletakkan sebarang  bahan pengawet. Selepas 2 hari , jika  masih ada baki roti jangan dibuang. Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan  dalam fridge.Kalau nak lebih selamat, buat roti untuk sekali atau dua kali makan.*tangan didada mata ke atas*

Roti/bun tadi boleh  buat  egg benjo atau burger, terpulang pada citarasa masing-masing

Heavennya rasa dapat makan benjo dan minum teh 0. Abaikan cawan yang tak berpiring .Biasalah tu cawan dan piring tak reti duduk setempat.hukhukhuk







Sekian terima kasih, panjang umur jumpa lagi.















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday 10 April 2016

Perkara rawak ; diari digital


Salam Sabtu,


Suatu waktu dahulu, cik ina seorang penulis diari yang tegar. Setiap hari ada je benda nak tulis dalam diari.

Diari ,menjadi tempat  cik ina mencurah  rasa dan suka duka kehidupan sebelum aktif berblog . Diari tahun 2002 hingga 2013 ni, masih dalam simpanan cik ina. Sayang nak buang, saje buat kenangan. Semenjak mula berblog  sekitar tahun 2009, cik ina mencurah segala rasa di blog.  Blog ni umpama first  diari digital buat cik ina sepanjang terjebak dalam dunia maya. Sekarang  ni, tak tulis diari dah no more. Diari cik ina buat buku mencatat hutang piutang, perbelanjaan harian dan hal-hal penting & tarikh penting terutama tarikh peod je.huk huk huk huk



My second diari digital, Instagram. Lagi 10 followers  untuk cukup 1000 followers. Tak reti -reti nak follow.huk huk huk

 15 Feb 2014, cik  ina mula berjinak -jinak dengan instagram. Sejak tu cik ina  mula abaikan blog. Dalam tak sedar, berlambak entry bergambar dan entry tanpa gambar masih kekal  dalam ruang draft.Sedih

Salah satunya adalah gambar sekitar majlis merisik anak sulung cik ina, cik yuyi & En.ayun. Selepas hampir 6 tahun menyulam cinta, finally......cik yuyi dirisik oleh En.Ayun dalam majlis serba sederhana pada 20 Sept 2014, lokasi majlis seriously cik ina lupa  Macam tak percaya nok, mak dapat menantu.




Cik ina tak dapat nak kongsi lebih- lebih  majlis merisik cik yuyi .  Cik ina kena hormat privacy cik yuyi.


Majlis pernikahan cik yuyi telah berlangsung  pada 18  Sept 2015 hari Jumaat  di Masjid Negeri Shah Alam.




Satu - satunya gambar masa nikah cik yuyi yang cik ina update dalam instagram cik ina


Anak lelaki cik ina no 3, menjadi orang penting dalam majlis pernikahan cik yuyi

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa menjadi satu. Melangkah ke alam perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Ada banyak benda dalam hidup  kita kena korbankan. Perbezaan itu indah, belajar untuk saling mengenali, saling memahami dan saling bertolak ansur.

Majlis persandingan cik yuyi telah berlangsung dalam keadaan serba sederhana pada 19 sept 2015 hari sabtu di Laman kayangan Shah Alam.



Lagi gambar orang penting sebelum majlis persandingan berlangsung.






Kredit gambar pernikahan & persandingan cik yuyi & En.Ayun kepada







Syukur Alhamdulillah, selesai sudah entry majlis perkahwinan anak sulung cik ina , cik yuyi walaupun tidak secara terperinci tapi okeylah kan. Cik ina harap semua yang  menjenguk ke sini puas hati. Sekian, terima kasih.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )