Thursday, 31 December 2015

Resepi menu makan malam mudah ; daging goreng halia & kacang panjang

Salam khamis,


Morning......, Selamat tahun baru 2016 kepada semua pembaca  setia blog cik ina. Amboi sukanya cik ina kan.  Mahunya tak suka , cik ina dah unfren sorang mamat ni kat facebook dan unfollownya kat instagram. Ekceli dah lama nak unfren & unfollow tapi asyik tertangguh. Lega sikitlah, sekarang ni, tak perlu nak  terbaca tanpa sengaja statusnya yang tak stabil, Asyik menyalak je kejanya, konon dialah pembela golongan marhaen macam cik ina ni, dialah pandai bercakap , dialah anti kerajaan dan bla bla .Nasihat cik ina kepada mamat yang boleh dikategorikan  kaya ni,  bahu tu nak  sangat ke pikul beban?better ko upkan  bisness bini kau , tak pun cerita pasal percutian oversea kau ke atau cerita pasal  handbag bini  ke dari ko bebel entah apa -apa. Mak pun happy nok.

Nasihat untuk diri sendiri, dah unfren & unfollow, makanya stop lah cerita pasal mamat poyo tu. Okeylah pembaca ku cayang, cik ina nak bagi resepi daging goreng halia & kacang panjang yang cik ina masak minggu lepas. Cuba jangan tak cuba ye.


Resepi daging goreng halia & kacang panjang
Bahan-bahan
250gm daging batang pinang dihiris nipis. Perap dengan kicap cair & 1/2 sudu besar lada putih kisar.Biar 30 minit.
5 batang kacang panjang [dikerat 3 cm]
4 tangkai cili api[dibelah dua]
2 inchi halia[dihiris nipis]
1/2 biji bawang holand[dipotong dadu]
4 biji bawang putih[dihiris nipis kemudiang dicincang]
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos cili
Air secukupnya
Cara memasak
Panaskan sedikit minyak masak dan 2-3 titik minyak bijan, tumis bawang holand, halia dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan kacang panjang.Tabur secubit garam dan kacau goreng sekejap
Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk
Masukkan sos lada hitam dan sos cili, dan sedikit air.Kacau sekata
Tutup api, angkat dan hias dengan hirisan daun bawang



Daging goreng halia dengan kacang panjang cik ina hidangkan bersama telur dadar daun bawang










Okey by, cik ina nak balik.  Sekian terima kasih. Jumpa lagi InsyaAllah


















SELAMAT TAHUN BARU 2016












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 24 December 2015

The Okid nail beauty salon, masa untuk pedicure menicure

Salam Maulidur Rasul 1436H/2015 , Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan besar  kita Nabi Muhamad SAW......


Reward diri sendiri(love yourself first,ok) ; tak kiralah isteri  bekerja & isteri suri rumah. Nak tunggu suami bagi reward tak tahu bila ? Dapat   suami yang lem***   atau kede memang sampai kucing bertanduklah tunggu reward. Silap haribulan reward yang ditunggu madu yang tiba. Semak *tangan di dada mata ke atas*

Nak reward diri beli handbag prada original memang tak mampulah kan. Cik ina reward diri dengan berspa, anggota badan kita ni kan bekerja 24jam haruslah dibelai. Sekarang ni anak-anak dah besar ,selalu jugak dorang bagi reward kat cik ina terutama cik yuyi, rajinlah dia payung cik ina SPA & buat rawatan kuku dan tangan kat the orkid nail. Sejak kali pertama buat rawatan kuku tangan kat sini terus jatuh cinta. The orkid nail tebaik , jarang jumpa pedicure sekali dengan treatment yang macam ni. Insyaallah ,kalau ada rezeki nak ke sini sebulan sekali buat menicure & pedicure .


 Anak -anak mak

Very the  mak datin .Cik ina disebelah, saper tak nampak dot dot dot



Setiap kali cik ina & cik yuyi reward diri sendiri kat sini, adik tak dilupa. Kitaorang reward adik dengan pakej  gunting rambut dan cuci sekali. Adik duduk diam-diam kat situ ya, mak & akak nak sental kuku kaki tangan.




The orkid  nail & beauty salon
65 , Jalan snuker 13/28, Tadisma business Park
Section 13, 46100
Shah Alam
Selangor
+603-55118368 /+60122680036














Dalam gembira ada  duka, penyu menangis siapalah tahu.....
Sekian terima kasih. Jumpa lagi Insyaallah























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 21 December 2015

Mi sedaap, kenapa sedaap

Salam isnin, dalam gembira ada duka. Bertabahlah wahai penyu.....

Ada yang bertanya pada cik ina , "tak penat ke asyik masak je"
Masak ikut  kemampuan diri.  Insyaallah kita tak penat. Letih aahh nak puaskan hati semua orang. Boleh gila kalau nak ikut semua, ada yang suka ikan , ada yang tak suka ikan, matik.

Jangan betulkan monitor komputer, lappy atau screen hp anda.
Its me, cik ina do do cheng , pemilik blog Hijau itu indah dan permai , suatu waktu dahulu seorang blogger yang sangat rajin update blog. Cik ina kembali dengan semangat baru.Insyaallah.


Juadah makan malam cik ina 2 hari lepas, masa ni tukang masak sakit.


Resepi mi sedaap goreng
Bahan-bahan
3 bungkus Mi sedaap asli flavour[celur sampai lembut , angkat, siram air sejuk dan tuskan airnya, kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan dan perencah yang disediakan.Ketepikan.
1 biji bawang holand[dihiris]
2 ulas bawang putih[diketuk]
Sedikit ikan bilis[dicuci bersih]
2 biji telur


3 tangkai sawi[siang dan cuci bersih]
Suku kobis[hiris dan cuci bersih]
Sedikit minyak untuk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak masak,  tumis ikan bilis dan bawang hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan sayur,kaup balik sekejap.Ketepikan.
3)Pecahkan telur dan kacau telur hingga hancur dan agak garing
4)Masukkan mi sedaap, diikuti dengan 2-3 titis minyak bijan.Kacau sekata.
5)Tutup api dan sedia dihidangkan


Mi sedaap goreng sedap(berapa kali sedap da) di makan bersama kicap cili[hirisan cili api bersama kicap cair], telur goreng atau ikan bilis goreng.












Sekian, terima kasih.Jumpa lagi, Insyaallah.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 19 December 2015

Donut, tak jemu buat sebab anak-anak cik ina suka


Salam sabtu, dalam gembira ada duka.

Dah lama rasanya tak mencurah rasa hati di sini. Tak tahu kenapa, tetiba hari ni rasa  macam nak luahkan sesuatu. Sesuatu yang lagi sedikit nak berkudis dan hampir bernanah tinggal belum pecah .Cik ina ni jenis orang yang susah nak luahkan apa yang terpendam dihati tapi ni bukan bermakna cik ina ni wanita lindungan kaabah ke atau baik hati tak pernah nak marah ke apa.  Cik ina jenis yang tak suka cari masalah dengan kawan  ke, dengan pasangan ke,  dengan sesiapa je. Cik ina jenis tak ambik port,orang  nak tunjuk pandai ke, nak menunjuk harta benda ke, nak ajar cik ina masak ke.  Cik ina okey je .

Cik ina ni jenis orang yang suka buat sendiri semua kerja rumah terutama memasak kecuali kalau tak larat sangat baru cik ina minta tolong anak-anak. Lately, cik ina tak berapa sihat , perlukan rehat, perlukan ketenangan.  Perlukan kedamaian. Di saat ni,macam susah nak fahamkan  orang yang lambat nak faham. Better orang yang susah faham tu hidup sendiri. Semuanya dah terlambat okey bye, cik ina nak pergi buat donut.


Doh donut ; selepas diperap 30 minit

Resepi Donut [Anggaran dalam 12 ketui donut size sederhana]
Bahan-bahan
1)2 cup tepung gandum[haruslah cik ina guna tepung gandum cap blue key]
2)1/2 tbsp gula pasir
3)1 tbsp butter
4)1 biji telur
5)1 1/2  tsp yis kering [cik ina guna mauripan]
6)1/2 tsp garam
7)1 tsp baking powder
8)1 tbsp susu tepung[nak sedap guna susu tepung lemak berkrim]
9)100ml air suam[jangan panas sangat]
Cara-caranya
1)Larutkan air suam dengan gula kemudian masukkan yis, biar sampai berbuih2.ketepikan
2) Satukan semua bahan dalam bekas. Uli sampai gebu dan tak melekat2 kat tangan.Tutup doh dengan kain berseh. Perap doh dalam 30 minit.
3)Selepas 30 minit, bolehlah mula menerap doh mengunakan acuan .Terap sampai habis.Perap lagi selama 30 minit.

 4)Panaskan minyak, goreng donut di atas api sederhana. Terpulang pada citarasa masing-masing , samada nak goreng garing atau tidak. Cik ina suka goreng garing sikit.
5)Topping, terpulang pada citarasa masing-masing. Cik ina gaul dengan gula castor je.

Tadaaaaa, siap donut cik ina






Sekian, terima kasih.Jumpa lagi, InsyaAllah.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang