Monday, 22 June 2015

Juadah sahur mudah dan ringkas budak-budak suka

Salam Ramadhan


Sempena  ramadhan bulan yang penuh barakah ni, syukur Alhamdulillah cik ina semakin rajin update blog. Harap kerajinan cik ina berkekalan . Tapi biasalah, bila update blog dalam bulan ramadhan ni  ceritanya berkisar lebih kepada masak,juadah sahur dan juadah berbuka. Cakap pasal sahur ni,ada dua pilihan bersahur. Sahur dengan makanan berat-berat dan sahur dengan makanan ringan dan mudah. Terpulang pada citarasa masing2. Sesiapa yang memilih bersahur dengan makanan berat -berat bolehlah buat nasi goreng cina yang macam cik ina  buat ni.


Resepi nasi goreng cina
Bahan-bahannya
1)4 cawan nasi
2)1/2 biji bawang holand[dipotong nipis]
3)4 ulas bawang putih[dicincang]
4)1 keping fish cake[dipotong nipis]
5)3 helai daun kobis panjang[dihiris  nipis]
6)4  biji telur 
7)kicap cair secukupnya
8)lada sulah
9)minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak, tumis  bawang holand  dan bawang putih  hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan fish cake ,kacau sekejap..
3)Masukkan kobis panjang dan kacau sedikit
4)Ketepikan bahan dalam kuali ke  tepi kuali.Pecahkan telur ,biar  ia mengeras sedikit baru dikacau. Biarkan telur  sedikit garing.
5)Masukkan nasi sejuk-Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul 
6)Perasakan dengan kicap cair dan lada sulah. Titiskan minyak bijan  beberapa titis .
7)Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum.





Cik ina guna kicap cair yuen chun



Nasi goreng cina ni tak pedas sesuai untuk budak-budak

Kalau suka boleh layan nasi goreng cina  bersama kicap cili (Hirisan cili api bersama kicap cair) 


Ayam goreng ni  atas permintaan adik. Buatnya mudah je, suku bahagian ayam belah peha ,  dipotong kecil kemudian dibersihkan dan digaul dengan garam dan rempah kari. Biarkan sekejap kemudian  goreng ayam tadi hingga garing.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 20 June 2015

Rahsia adik kekal bertenaga sepanjang bulan ramadhan

Salam ramadhan,


Bukan rahsia kak ton ye, rahsia adik .Syukur Alhamdulillah hari ni dah  masuk hari ketiga kita berpuasa. Kengkawan tengah buat apa tu? Cik ina tengah update blog. Hehehe. Lepas sahur dan buat apa yang patut buat cik ina terus tidur  dengan adik sampai pukul 11. Bangun tidur terus kemas rumah ,lepas tu basuh kasut sekolah adik. Adik pun tolong  cik ina kemas rumah sekali. Salute adik .bertenaga sungguh dia  dalam bulan puasa ni .Kalau nak bertenaga macam adik , boleh amalkan minum jus tok guru dan makan kurma semasa sahur.


Dah hampir setahun adik amalkan minum jus tok guru,Alhamdulillah adik tak mudah letih dan  takde lagi mengantuk kat sekolah walaupun malam dia  tidur  lewat .


Adik memang tak pernah miss makan kurma semasa sahur dan berbuka puasa.


Adik masa sahur hari pertama puasa. Suker tau tunjuk gigi.















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 17 June 2015

Selamat datang Ramadhan 1436H ,selamat berpuasa semua,kipidap dongibab


Salam  Rabu,

Pejam celik pejam celik, esok kita mula  berpuasa.Seronoknya bulan puasa, dapat rehat sikit , dapat jimat duit,masa ,tenaga tak payah pening kepala nak fikir ,pagi nak buat sarapan apa? tengahari nak masak apa? merdeka.. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan  yang baik  agar dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dengan lebih  baik dari tahun sebelum-sebelumnya, InsyaAllah.Kepada semua yang mengenali cik ina   terutama saudara mara dan sahabat handai  ,sempena menyambut  bulan ramadhan esok hari  ,cik ina  dengan  rendah hati  ingin memohon  maaf  andai  ada salah dan silap, terkasar bahasa atau terguris perasaan  selama kita kenal.

Cakap pasal puasa ni, kalau tak cakap pasal makan memang tak sah. Semalam cik ina masak sardin kicap untuk juadah tengahari.  Masakan sardin  memang laku kat rumah cik ina  terutama masa  sahur.


ikan Sardin goreng & kentang goreng


RESEPI SARDIN MASAK KICAP
Bahan-bahan
1)1 tin sardin cap ayam[asingkan ikan dan sos/kuahnya]
2)1 labu bawang holland[dihiris bulat-bulat]
3)3 ulas bawang putih[dihiris]*
4)1/2 inchi halia[dimayang halus]*
5)1 batang kayu manis & 1 kuntum bunga lawang)*
6)6 tangkai cili api[dibelah dua]
7)1/2 sudu besar pada hitam kisar
8)2 biji kentang[dipotong baji]
9)kicap kipas udang lemak manis secukupnya
10)sekeping asam keping
Cara memasak
1)Gorang ikan sardin .Ketepikan
2)Rebus kentang sehingga empuk.Kemudian goreng.Ketepikan
3)Panaskan minyak dalam kuali, Tumiskan bahan-bahan bertanda bintang hingga naik bau.
4)Masukkan sos sardin,kicap kipas udang secukupnya,  cili api ,hirisan bawang holland dan  lada hitam kisar kemudian kacau, biarkan kuah mendidih.
5)Akhir sekali ,masukkan ikan sardin goreng , kentang goreng dan asam keping . Kacau sekejap, tutup api, angkat dan hidangkan.


Sardin kicap cara cik ina do do cheng

Sardin kicap cik ina judukan dengan hirisan timun jepun dan telur dadar bawang















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 13 June 2015

Jalan jalan cuti sekolah ,part 1, cintailah sungai congkak


Salam hari sabtu


Cepatnya masa berlalu . Sedar tak sedar, cuti sekolah  dah nak habis dah . Aktiviti riadah bersama anak -anak masa cuti sekolah masih belum cik ina update Apa nak jadi dengan cik ina ni. Nak kata cik ina sibuk tak de sibuk sangat . Entahlah, tak tahu apa yang cik ina sibukkan . Entry dalam  draft makin bertimbun. Sekarang ni macam tak sempat je nak update blog .Sabar ya, pembaca setia blog cik ina do do cheng. Doakan cik ina rajin update blog ya. Okey lah cik ina nak mula update aktiviti dua minggu lepas, beriadah, mandi manda dan makan -makan di sg.congkak bersama keluarga .


Sebelum bertolak pagi tu kami bersarapan dulu  di kedai mama kandar dekat  kota kemuning.  Sedap sungguh roti canai dan teh tarik mama kandar. Lain kali boleh suruh cik yuyi bawak cik ina sarapan dekat sini lagi.InsyaAllah

Sampai Sg.Congkak lebih kurang 12 tengahari. Lega tak ramai orang. Tak sia -sia bawak adik mandi sungai hari sabtu sehari sebelum cuti sekolah bermula

Semangatnya adik nak mandi sungai
Setiap kali ke sungai pandai -pandailah bawak plastik sampah sendiri , Menjaga kebersihan  kan tanggungjawab kita bersama.


Cik ina ni bukanlah pembersih sangat cuma cik ina ni geli sikit dengan lumut dan batu berkulat. Hehehe,  tu yang cik ina alas meja tu. Dalam banyak banyak juadah atas meja tu,yang cik ina masak cuma bihun goreng dengan  daging black pepper je. Juadah selebihnya cik yuyi  beli.
Daging  masak, hurmm tak tahu ni daging masak apa, bantai jelah daging black pepper, feveret gula -gula hacks ni.
RESEPI DAGING BLACK  PEPPER
Bahan-bahan
1)400gm daging batang pinang dipotong sederhana besar kemudian dicuci berseh dan tuskan airnya.
2)1/2 inci halia*
3)3 ulas bawang putih*
4)3 ulas bawang merah*
5)6 biji cili api merah [dibelah dua]
6)2 sudu besar sos tiram
7) 1 sudu besar lada hitam kisar
8)2 sudu besar kicap pekat
kisar kering bahan-bahan yg bertanda bintang
Cara memasak
1)Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
2)Masukkan daging,kicap pekat dan sedikit garam[tutup kuali dan biar daging empuk]
3)Akhir sekali masukkan cili api, lada hitam kisar dan sos tiram .Kacau rata dan biar sekejap.
4)Tutup dan sedia dihidang



Anak bujang cik ina no 3 ,masih manja sampai la  ni
Cik yuyi anak sulung cik ina , masih perangai budak-budak


Anak bongsu cik ina selalu cakap kat cik ina dia sentiasa nak jadi "anak terakhir".



Adik & cik yuyi kalau dapat berendam dalam sungai tak ingat dunia. 


Lebih kurang pukul  3, kami berangkat balik. Sebelum balik sempat cik yuyi menunaikan permintaan gula-gula hacks yang nak makan durian.













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 11 June 2015

Koleksi sarapan kegemaran keluarga ; sandwich ala benjo


Salam hari khamis,

Rasanya dah lama cik  ina tak tepek  resepi dekat sini. Hari ni tetiba gedik nak tepek resepi sandwich ala benjo yang cik ina buat untuk sarapan pagi tadi. Resepinya mudah, sedap dan
berkhasiat (berkhasiat cara cik ina do do cheng  lah kan)

Resepi sandwich ala benjo
Bahan-bahan
1) 6 keping roti massimo dengan  germa gandum  dibakar  depan belakang, kalau boleh sedang sedang garing .Ketepikan.
 

2)3 biji telur , digoreng mata kerbau.Ketepikan.
3)Sedikit hirisan timun
4)sedikit hirisan bawang holland
5)Majerin
6)Mayonis
7)Sos cili


Cara menyediakannya
1)Susun roti dalam pinggan.Susunkan sebelah menyebelah
2)Sapu mayonis  pada sekeping roti,lagi sekeping sapukan majerin.Letak telur mata kerbau.Susun  hirisan timun  serta hirisan bawang diatasnya.Akhir sekali letakkan sos cili.
3)Katupkan roti .Jika suka boleh potong 2.


Sandwich ala benjo sedap dan mudah dibuat.Jangan  tak cuba.













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 8 June 2015

Cik ina do do cheng sumber inspirasi atau idola , mana satu ni??


Salam Ahad


Jumaat kelmarin cik ina masuk ofis lambat. Sampai ofis dalam pukul 8.50. Baru nak duduk, sorang rakan ofis datang tanya cik ina dah makan ke belum. Cik ina cakap dah makan . Rakan ofis cakap,dia baru ingat nak belanja cik ina makan. Cik ina konpius. Cik ina tanya kat dia , nak belanja sarapan ke lunch.Dia cakap nak belanja lunch. Cik ina tanya kenapa pulak nak belanja cik ina lunch  Dia cakap sebab cik ina sumber inspirasinya. OMG.Biar betik makcik sumber insprasinya . Hurmmm, cik ina cakap kat dia  , cik ina dah bawak bekal. Kalau betul nak belanja next time. Syukur Alhamdulillah , melimpah ruah rezeki hari jumaat, sorang lagi rakan ofis bagitahu nak belanja cik ina lunch. Katanya cik ina dia punya  idola ,wow wow, wow sumber inspirasi lah ,idola lah apa ni....Kalau rakan ofis yang pertama tadi nak belanja cik ina tolak macam tu je,tapi tidak pada rakan ofis yng kedua, cik ina terus on.


Hidangan pembuka


Cik ina makan fish Set Lunch


Cik noor kita makan steak set lunch


Hidangan penutup






D'Tavern Pub & Restaurant
9,11 & 15, Ground Floor
Bangunan Suzin
Jalan Depoh
Port Klang
Tel no : +603-31688580











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 5 June 2015

ROA by Jovian Mandagie, pedas lagi sedap!!!!

Salam hari khamis,

Jumaat lepas selesai urusan peringkat pertama dengan PTG .Peringkat kedua tak tahu bila. Menurut kata PTG paling lewat 6 bulan. Berurusan dengan PTG ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.kalau sabar tak tinggi mahu je cik ina loyongkan  fail yang  cik ina pegang   ke muka pompuan  jaga kaunter tu. Menyampah tahap cipan dengan orang yang dalam telefon cakap lain, bila jumpa berdepan cakap lain. Bukan saje cakap lain, siap buat muka.Haish, kalaulah  perbuatan membaling fail tu  benar -benar terjadi mesti cik ina  jadi viral kat media sosial kan.

Lepas setel urusan penjahanaman tu,cik yuyi bawak cik ina makan kat ROA .Masuk masuk je restoran terus sejuk hati cik ina tengok  suasana restoran, cantik sangat,klasik sungguh decorationnya. Hiasan restoran banyak dari koleksi barang lama, ada kipas lama,type writer lama , banyaklah barang lama dari zaman atok nenek kita.



Adik sekarang ni suka sangat keluarkan gigi masa posing
Unik sungguh buku menunya, siap ada history ROA lagi


Eceh ceh ceh adik pening kepala pulak pilih menu. Adik,banyak sangat ke menunya ? 

Roa Ganache sedap sangat

Toge buncis cah , simple tapi sedap.Kenapa selama ni cik ina tak pernah terfikir nak goreng taugeh dengan kacang buncis dan daun bawang. Next time ya.
Udang goreng saos, boleh tahan sedap


Tengok  saje ayam  rica-rica  air liur cik ina meleleh.Pedas, sedap, terbaeklah

Adik makan nasi goreng ROA

Signature dish ; Roa saos, kita cuba size kecik dulu. Sedap dan pedas cuma tak berapa sesuai untuk budak dan orang yang memakai pendakap gigi.kah kah kah


Ice lemon tea & sky juice



ROA by Jovian Mandagie
No.7, Jalan Kristal K 7/K
Seksyen 7
Shah Alam
Selangor









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang