Friday, 30 January 2015

Bekal untuk adik


Salam Jumaat,


Dulu masa adik darjah 1-3 sekolah belah petang  dia bawak bekal  yang ringan2   ke sekolah  sebab   dia  dah makan tengahari  sebelum pergi sekolah .Berbeza dengan tahun ni ,adik darjah 4 sekolah belah pagi dia dah cakap awal -awal nak bawak bekal nasi sebab tak nak brekpes sebelum ke sekolah. Katanya  perut dia rasa tak sedap bila makan awal pagi.

Masa adik darjah 1 cik senah  pernah tanya dia  kenapa nak bawak bekal,kenapa tak beli je makanan kat kantin. Adik jawab malas nak beratur beli makanan. Tahun berikutnya cik senah aju soalan yang sama. Jawapan yang sama adik beri,malas nak beratur beli makanan.Minggu lepas cik senah tanya lagi  soalan  sama.Adik tak jawab, dia cuma suruh cik senah fikir kalau sehari dia belanja RM2 untuk beli makanan,dua hari,tiga hari, setahun , dua  tahun, tiga tahun,kiralah berapa dia kena habiskan duit untuk beli makanan. Cik senah pandang dia kecik besar kecik besar je.Kecik lagi dah pandai berkira. Cik senah cakap kat dia bila besar nanti kalau adik tak jadi gabenor bank negara atau  menteri kewangan  tak  tahulah mak nak cakap apa.kah kah kah #adikgabenorbanknegara2020   #adikmenterikewangan2020


Nah ,cik senah belanja sikit resepi ikan makerel goreng cili aka masak sos

 kobis cina goreng

 Ikan makerel goreng

RESEPI  IKAN MAKEREL GORENG  CILI AKA MASAK   SOS
Bahan-bahan
1)1 ekor ikan makerel bersize sederhana
2)10 tangkai cili api[kisar hingga halus guna mesin pengisar kering]
3)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah kecik [kisar sederhana  halus guna mesin pengisar kering ]
4)3 sudu besar sos tiram
5)2 sudu besar sos cili
6)2 sudu besar sos tomato
7) Sedikit air
 8)1/2 sudu besar gula
Cara memasak
1)ikan makerel dibersehkan kemudian  dipotong menyerong. Garam kunyitkan ikan kemudian gaul ikan dengan sedikit tepung jagung. Goreng ikan hingga garing.Ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan agak garing
3)Masukkan cili api , tumis hingga pecah minyak
4)Bila dah pecah minyak , masukkan gula,sos tiram,sos cili dan sos tomato diikuti dengan sedikit air. Tumis sekejap.
5)Akhir sekali masukkan ikan makerel goreng dan  kaup balik  dalam sekejap.
6)Tutup api dan sedia dihidangkan.


 Bekal adik ke sekolah  tiga hari lepas, nasi goreng
 Bekal adik ke sekolah  semalam , nasi putih, ikan makerel masak sos & ulam timun


Bekal adik ke sekolah hari ni, nasi putih ,,,telur sambal & kobis cina goreng






Cukup setakat ni saje perkongsian cik senah untuk hari ni. Sekian, terima kasih.









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 28 January 2015

Zuan bikin panas sentap dengan Mas Idayu


 Salam Rabu




 


Bila terbaca  gosip   zuan  kat  Beutiful nara ni , cik senah rasa terpanggil  nak up entry sebab situasi yang sama pernah berlaku pada cik senah. Tak perlulah rasanya cik senah  letak link entry wartawan  yang agak femes dan pernah sentap dengan cik senah  suatu ketika dahulu tu . Sedikit pesanan untuk Zuan ,  arwah mak cik senah pernah cakap , kalau rasa kita tak boleh orang cakap kasar atau gurau kasar dengan kita,  kita jangan cakap kasar & gurau kasar dengan orang. Dah tentu orang tak buat kita.. Maaf cakaplah, tak  jantan lelaki kuat sentap . Owh cik senah kat sini rasa nak baling selipar jepun je  dengan lelaki nak sentap sentap ni.~cik senah anti kaki sentap~ #sentaptakdapatapa









































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 27 January 2015

Gulai daging cara cik senah,langkah demi langkah


Salam Selasa,

Dengar cite  po po po (maaflah mulut cik senah ni berat nak teruskan perkataan tu. Sukar sesukar rasanya) aka sipenyebar & siperakam  video zamani legend sudah dimaafkan oleh tuan punya badan . Tulah, lenkali sebelum buat tu fikir dulu guna otak,  bukan kepala lutut. Ni cik senah nak pesan ,  Kalau dah rasa diri  kita ni  susah sangat nak buat  kebaikan, janganlah  buat jahat walaupun sekali . Salute dengan Zamani sebab baik hati nak maafkan sipenyebar & siperakam. Dan sedikit nasihat kepada sipenyebar & siperakam ,jadikan peristiwa tu sebagai iktibar agar tidak mengulangi kesilapan sama waima kepada mat pit bawah jambatan,mat rempit dan pesalah -pesalah yang lain. Cik senah sentiasa percaya yang kekerasan, keganasan, membuli ,mengherdik & memaki hamun bukan cara yang sesuai untuk mendidik dan memberi peringatan  kepada pesalah terutama pesalah remaja~Cik senah sentiasa memerhati dari jauh~

Okeylah kita tinggalkan dulu cerita zamani legend & video,marilah mari kita melayan gulai daging cik senah. Gulai  daging really make me gelak gelak broken perut(oh my english).OMG masa somi menambah lagi gulai daging ke dalam  pinggannya dia tanya cik senah "yang!!kat mana beli daging kambing ni? Cik senah glurpp telan air liur yang takde.Ek eleh apa kena somi cik senah ni nyanyuk ke?atau mungkin  gulai daging cik senah terlampau sedap sampaikan dia tak dapat beza daging kambing dengan daging  lembu.



Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit : )

RESEPI GULAI DAGING CARA CIK SENAH
Bahan-bahan
1)Anggaran 800gm-1kg  daging lembu dibersehkan,kemudian dipotong kecil  dan digaul bersama  serbuk kunyit
2)rempah 4 beradik [bunga lawang ,jintan manis ,jintan putih , cengkih, kayu manis & buah pelaga] dan daun kari
3)5 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 2cm halia, 2cm lengkuas,1cm kunyit hidup, 2 [dikisar halus]
4)5 sudu  besar cili kisar
5)4 sudu besar rempah kari-dibancuh dengan sedikit  air
6)asam keping[sekeping]
7)800ml santan[santan dari sebiji kelapa]
8)2 biji kentang-dikupas dan dibelah dua
9)1 sudu besar gula merah
10)garam secukupnya  
Cara-cara memasak
1)Tumis rempah 4 beradik [bunga lawang , cengkih, kayu manis & pelaga] dan daun kari hingga naik bau
2)Tumis bahan kisar hingga naik bau dan agak garing
3)Tumis cili kisar  hingga pecah minyak
4)Kemudian masukkan rempah kari- Tumis sekejap
5)Masukkan daging-Gaul rata dan  biar  daging mesra dengan bahan rempah.
6)Masukkan santan diikuti dengan kentang- Biar kentang agak empuk
7).Perasakan dengan 1 sudu besar gula merah dan garam secukupnya


Ehem ehem my gulai daging





Gulai daging dengan sambal belacan ibarat irama dan lagu ianya tak dapat dipisahkan

Dah lama rasanya cik senah tak goreng bayam. Bayam goreng



Takde ulam-ulaman, timun pun dah okey : )

Sedapnya makan nasi dengan gula daging, kena pulak ada ikan masin,somi duk sebelah pun tak perasan.





Setakat ni je cerita cik senah untuk hari ni. Cik senah akan update  lagi jika ada masa terluang. Akhir kata majulah sukan untuk negara.




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 22 January 2015

Koh Samui ; koh samui Gamuda Walk , barulah enjoyyyyyy

Salam Khamis

Sejak tiga ,empat hari lepas, macam -macam kisah yang cik senah dengar pasal Qu puteh. Kelakar pulak cik senah dengan sorang  chef  yang  duk kecoh kecoh pasal iklan  Qu puteh masa AJL hari tu . Lek la chef. Cer cool sikit. To be frank , ada saper  kisah ke kau nak  tutup tv masa AJL bila iklan   Qu puteh banyak kali interframe  ???.  Seriously Konpius gilerr bila chef  yang  dah  fofular seantero dunia  duk kecoh kicik punya hal . Digusting. Alahai chef,  TV3 bukan stesyen tv berbayar jadi bertabahlah bila disogok dengan  iklan Qu puteh berulang kali, sila buat  tanda "PEACE" layang peace  ke  pipi kiri dan kanan sebut betul-betul  Qu puteh, barulah putehhhh.Hidup Dr. Vida. Saper suka Dr Vida jangan malu jangan segan sila  follow instagram  Qu puteh barulah putehhh.

Cakap pasal Qu puteh , teringat  Zamani legend  yang baru-baru  ni ditangkap positif dadah. Alahai  Zamani legendkan aku,  kenapalah   hisap dadah kan elok minum Pamoga Qu Puteh. ,Don't play play cik senah peminat tegar  Zamani turut terkena tempias kesedihan bila zamani dipaksa menyanyi lagu gerimis mengundang  versi acapella dengan tangan bergari  dalam lokap .Cik senah syak cikgu  tu  tak kenal  Zamani  tak pun cikgu  peminat kpop tegar. Ini tidak adil  cikgu dengar zamani nyanyi free free je, payung-payunglah sikit. Tak elok buat dia  macam tu  esok, lusa, tulat,tongeng  orang buat  keluarga cikgu  macam tu, cikgu tak sedih ke??. Cikgu  sila ambik tindakan kepada pembuli. Sekian dari peminat tegar Qu Puteh dan Zamani

Kita  tinggalkan cite pasal Qu Puteh & Zamani legend, cik senah nak up  cerita  pasal minggu lepas. Sabtu lepas yuyi bawak cik senah & adik  pergi shopping mall Gamuda Walk yang baru dibuka  di Kota Kemuning


 
Cik senah  first time pergi  Gamuda  Walk ni.Yuyi & gula-gula hacks dah selalu .  Gamuda Walk dengan   rumah yuyi  lebih kurang 5 minit jalan kaki.


Alang -alang menjelajah  Gamuda Walk, teruslah makan kat sini.
Appetizers : keropok cicah sos thai, cik senah agak.
lagend ni , saper tak kenal tue tak tahulah
kari daging cara thailand lah kot. Tekak cik senah cakap sedap
 
Tomyam, tekak cik senah cakap kureng

 lagi gambar tomyam
Kailan ikan masin , tekak cik senah cakap sedap
ikan siakap sweet sour, tak sempat kaji, terus bawak balik


Koh Samui
Gamuda Walk,12
Persiaran Anggerik Vanilla
Kota Kemuning, Shah Alam





Sekian saje dari cik senah ,jumpa lagi dilain waktu.














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 5 January 2015

Marathon ; kuih bakar kemboja & kek gula hangus

Salam Isnin,


Mati kutu cik senah tak tahu nak masak apa  semenjak peti ais di rumah  rosak. Nak beli peti ais baru nanti suami cum pomen cakap cik senah tak tahu sabau tunggu spare part peti ais tu sampai bla bla bla bla. Diam tak diam dah nak sebulan cik senah sabau.Kang kalau cik senah  tanya pomen  bila spare part peti ais  sampai for surelah dia marah cik senah  kaw kaw. Dia dah explain panjang2 pasal spare part peti ais tu susah dapat sebab model lama. Okey fine, cik senah setia menunggu .

Semenjak peti ais   rosak  ,aktiviti memasak cik senah agak terbatas . Buat masa sekarang ni senah lebih fokus kepada aktiviti membaking. Cik senah merajuk dengan dapur .Tu yang  lepas geram pada oven. Jangan tak  percaya ye ,hari ahad lepas cik senah bakar sampai 2, kek gula hangus & kuih bakar kemboja.


Resepi Kek Gula Hangus

Sumber : Zalin Zalina - 1 loyang lubang tengah(Aku tak de loyang lubang tengah aku guna loyang besa je)Aku buat dua adunan
Bahan-bahan
200gm gula
200ml air
20gm margerin
20gm tepung gandum
2sudu kecik bikabonat
1 cawan susu pekat
4 biji telur
Cara-caranya :-
1. Gula dihanguskan. Bila semua dah cair, kecikkan api, baru dimasukkan air
2.Air dah sebati dengan gula, baru masukkan margerin. 
3. Sejukkan air gula hangus.
4.Ayak tepung gandum dan bikarbonat kemudian tepung gandum tadi  digaulkan  menggunakan whisk di dalam sebuah bekas. 
5.Blend telur lebih kurang 2 minit...(kalau kaler dah putih tu maknanya ok la tu..)
6.Masukkan susu pekat. Blend lagi.
7.Masukkan telur dan susu pekat yang dah blend tu dalam bekas berisi tepung, pastu masukkan air gula hangus, kemudian kacau guna whisk.
8. Blend semua adunan.
9. Lenserkan margerin pada loyang. Tuangkan adunan yang dah diblend. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius 

 



Resepi kuih  Bakar  Kemboja

Sumber : Shazwani Adnan
Olahan : cik senah , hehehe
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
400ml santan kara(2 kotak) + 50ml air
4 biji telur
2 tbsp butter dicairkan
1/2 tsp garam
pewarna hijau
bijan -untuk ditabur
Cara-caranya
1)Campurkan ke  semua bahan ke dalam mesin pengisar
2)Kisar hingga sebati dan tepung tidak berbintil/berbiji
3)Masukkan ke dalam bekas yang disapu minyak.Tabur bijan(cik senah takde acuan kuih bakar jadi guna loyang lubang tengah jelah)
4) Bakar selama 30-40 minit pada suhu 180 celcius sampai garing dipermukaannya


.Kalau nak dapatkan  kuih bakar kemboja yang lebih   garing dan sedap  , bakarlah   guna acuan kuih bakar tembaga

 
Tak cukup  garing ,kalau bakar garing sikit  sedap  ni.  Bijan tu , kalau boleh lebihkan  sikit. Bijan cik senah  yang ado









Sekian saje perkongsian untuk hari ni.Kalau ada masa nanti cik senah update lagi. Akhir kata majulah sukan untuk negara.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 2 January 2015

Misi mencari pakaian & kasut sekolah adik berakhir dengan berfoot reflexology

Salam Jumaat.


Selamat tahun baru 2015 kepada pembaca blog cik ina do do cheng. Terima kepada semua rakan-rakan yang sentiasa berada dibelakang cik senah dikala cik senah susah dan senang .Terharu sungguh bila dikenang terharu  Okeylah, cik senah tak nak bersedih sangat .Hidup kena enjoy bak  kata Nora Danish. Cik senah tambah hidup kena bersyukur. Syukur Alhamdulillah   pakaian & kasut sekolah adik cik senah dah setelkan  masa cuti hari krimas hari tu . Tinggal nak beli buku  sekolah  je. InsyaAllah  sebelum bukak sekolah  cik senah setelkan. Kepada adik -adik Selamat memulakan sesi persekolahan 2015, rajin adik rajin-rajinlah belajar.hehehe



Dari anak sulung hingga ke anak bongsu,cik senah maintain beli kasut sekolah jenama bata.Tahun cik senah beli dua pasang je sebab kasut tahun lepas masih lagi dalam keadaan elok.

Sama macam tahun lepas,kedai canggih menjadi pilihan cik senah untuk membeli pakaian sekolah adik. Cik senah beli dua pasang je sebab pakaian sekolah tahun lepas masih elok dan muat dipakai.
Setel misi mencari pakaian sekolah & kasut sekolah adik di kedai canggih & bata yuyi terus bawak kami makan di Siam Coffee & Dining Subang  Parade

Chinese tea elok boleh buang toksin
nasi putih
Deep fried sweet & sour siakap fish
Stir fried kerang dengan sambal
Kailan goreng ikan masin
Nasi ayam kungpoa kot

Beef Green Curry
 Banana tempura dengan sekerim

Lepas habis je makan  tetiba cik senah rasa badan penat ,  kaki lenguh semacam . Kaki   seolah-olah  meronta  minta direflexology. Maunya kaki tak lenguh, shopping  pakaian & kasut  sekolah adik di Bukit Tinggi Kelang & makan di Subang Parade.  Cik senah  dengan adik pandang  yuyi dengan senyuman penuh makna. .Yuyi terus call foot reflexology buat appointment pukul 6.30 petang

Untunglah....kecik-kecik lagi dah merasa foot reflexology









Sekian saje cerita cik senah pada hari ni nanti ada masa cik senah update.Akhir kata marilah kita sama-sama membantu meringankan beban mereka yang diduga dengan bencana banjir.Tak mampu banyak sikit pun memadai janji ikhlas.




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang