Thursday 31 December 2015

Resepi menu makan malam mudah ; daging goreng halia & kacang panjang

Salam khamis,


Morning......, Selamat tahun baru 2016 kepada semua pembaca  setia blog cik ina. Amboi sukanya cik ina kan.  Mahunya tak suka , cik ina dah unfren sorang mamat ni kat facebook dan unfollownya kat instagram. Ekceli dah lama nak unfren & unfollow tapi asyik tertangguh. Lega sikitlah, sekarang ni, tak perlu nak  terbaca tanpa sengaja statusnya yang tak stabil, Asyik menyalak je kejanya, konon dialah pembela golongan marhaen macam cik ina ni, dialah pandai bercakap , dialah anti kerajaan dan bla bla .Nasihat cik ina kepada mamat yang boleh dikategorikan  kaya ni,  bahu tu nak  sangat ke pikul beban?better ko upkan  bisness bini kau , tak pun cerita pasal percutian oversea kau ke atau cerita pasal  handbag bini  ke dari ko bebel entah apa -apa. Mak pun happy nok.

Nasihat untuk diri sendiri, dah unfren & unfollow, makanya stop lah cerita pasal mamat poyo tu. Okeylah pembaca ku cayang, cik ina nak bagi resepi daging goreng halia & kacang panjang yang cik ina masak minggu lepas. Cuba jangan tak cuba ye.


Resepi daging goreng halia & kacang panjang
Bahan-bahan
250gm daging batang pinang dihiris nipis. Perap dengan kicap cair & 1/2 sudu besar lada putih kisar.Biar 30 minit.
5 batang kacang panjang [dikerat 3 cm]
4 tangkai cili api[dibelah dua]
2 inchi halia[dihiris nipis]
1/2 biji bawang holand[dipotong dadu]
4 biji bawang putih[dihiris nipis kemudiang dicincang]
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos cili
Air secukupnya
Cara memasak
Panaskan sedikit minyak masak dan 2-3 titik minyak bijan, tumis bawang holand, halia dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan kacang panjang.Tabur secubit garam dan kacau goreng sekejap
Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk
Masukkan sos lada hitam dan sos cili, dan sedikit air.Kacau sekata
Tutup api, angkat dan hias dengan hirisan daun bawang



Daging goreng halia dengan kacang panjang cik ina hidangkan bersama telur dadar daun bawang










Okey by, cik ina nak balik.  Sekian terima kasih. Jumpa lagi InsyaAllah


















SELAMAT TAHUN BARU 2016












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )