Tuesday, 10 November 2015

Masakan kampung sedap di Warong Warisan Asli


Salam Selasa,

Hari ni 11 Nov 2015, Hari Deepavali, dikesempatan ini cik ina ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama hindu. Hari ni  Cik ina tak kemana-mana. Duk rumah buat bodoh sambil termenung mengenangkan blog  yang semakin terabai akibat kewujudan instagram. Rasa menyesal pun ada bukak akaun instagtam. Bertambah sedih bila mengenang kembali laptop kesayangan yang cik ina beli dari hasil titik peluh sendiri rosak angkara tangan gatal pak jan. Mahunya tak sedih, cik ina hilang laptop yang banyak berjasa dalam hidup cik ina. Blog cik ina ni banyak mengingat cik ina kepada laptop tu. Dulu, masa laptop tu sihat walafiat, setiap hujung minggu lepas siap  buat brekpes cik ina mesti hadap laptop update blog. Huk huk huk makin dikenang makin sakit hati ni , kita tukar topiklah ya. Rasanya dah lama cik ina tak upadate cerita JJCM kan. Okey, sebelum tu cik ina nak tanya.Saper  suka makan masakan kampung terutama ayam kampung  masak lomak cili api ?angkat tangan. Cik ina angkat tangan. Kalau korang nak rasa  masakan kampung  yang sedap dan lazat, cik ina cadangkan korang pergi ;

Warong Warisan Asli


603-33183490

Punyalah sedap, hampir setiap minggu cik ina & family makan kat sini.hehehe

Adik jangan cepat besar.huk huk huk

Cucur bawangnya terbaek, siap ada udang basah gitu

Air sirapnya juga terbaek, rasa air sirap dolu-dolu.kalau makan dekat sini tak pernah miss order air sirap


1 ekor ayam kampung masak lemak cili api, kangkung goreng belacan, sambal sotong, ulam ulaman dengan sambal belacan & udang goreng tepung(takde dalm gambar) ni  set untuk 4 orang makan, syukur Alhamdulillah kenyang.






Sekian & jumpa lagi.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang