Thursday, 26 November 2015

Mari belajar membuat apam tepung beras aka nasi


Salam  khamis,



Jumlah pengunjung hari ni setakat pukul 1 petang( tahu, tahu ramai blogger di  di luar  sana  pengunjung blognya berjuta  tapi korang bagilah cik ina peluang kali ni je nak nak  show -off .la la la la



Cantik tak  rumah baru cik ina? Jenuh cik ina bertukang, kalau tak cantik tak tahulah. Sempena rumah baru,  jumlah pengunjung   mencecah 2,006,599 setakat hari ni, cik ina belanja semua orang  resepi apam tepung beras. Suka tak? Apa bisik-bisik tu?.  Korang cakap apa ni? ek eleh cik ina apa barang resepi apam. Belanjalah makan pizza ke KFC ke. Takpe lah kalau tak suka .Janji cik ina ikhlas.huk huk huk


Apam tepung beras ni salah satu kuih kegemaran  anak bongsu.


RESEPI APAM TEPUNG BERAS aka NASI
Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
1 tsp yis mauripan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir(kalau nak tak nak manis sangat, kurangkan gula sedikit je. Apam ni kalau tawar sangat pun tak sedap.
Cara menyediakannya
1)Dalam satu bekas lain satukan  tepung beras , tepung gandum dan yis.*
2)Kisar nasi ngan 1 1/2 cawan air  sehingga  hancur. Setelah hancur, masuk gula dan kisar hingga sebati
3)Selepas itu kisar bersama bahan bertanda bintang hingga halus
4)Perap dalam bekas bertutup  selama 4 atau 5 jam. Sebelum dikukus  taburkan eno kaler biru, kacau rata dan biar sekejap.
5)Panaskan pengukus dan balut tutupnya dengan kain.Tuangkan  adunan perapan dalam acuan. Kukus selama 15 hingga 20 minit dalam api yang besar.



Jika suka boleh bahagikan 2 & 3 adunan dan warnakan 




Apam ni sedap dimakan bersama  kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam,tapi sebelum tu kelapa parut  hendaklah dikukus dulu sekejap agar tak cepat basi.  Kawan ofis cakap hijau  apam cik ina  hijau pas. Takbirrrr














Sekian, InsyaAllah jumpa lagi. Assalamualaikum.













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang