Friday 16 October 2015

Tomyam ayam mudah dan ringkas : resepi untuk yang baru nak belajar memasak : part 1

Salam Maal Hijrah,

Masih tak terlewat untuk cik ina  ucapkan selamat tahun  baru maal hijrah 1437H  kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga tahun baru  hijrah kali ni memberi 1001  makna buat kita semua.Bersempena tahun baru ni cik ina berjanji akan lebih aktif  berkongsi resepi  yang dimasak didapur comel cik ina , InsyaAllah .Pandainya cik ina menabur janji. Janji dengan pengantin baru nak update resepi nasi goreng kampung , resepi asam tumis ikan, resepi tomyam  ayam sehingga sekarang masih belum cik ina tunaikan. Semua  resepi tu ada dalam blog cik ina cuma sedikit outdated, bak kata pengantin baru "payah nak cari resepi dalam blog mak sebab tajuk entry mak tak boleh blah. Okey fine. Ya, cik ina mengaku   tajuk entry lama cik ina banyak yang  merapu. InsyaAllah cik ina akan perbaiki pada masa akan datang.hehehe.

Lately ni pengantin baru asyik tanya macam mana nak buat tomyam tu yang gigih cik ina tepek resepi tomyam.

RESEPI TOMYAM AYAM
Bahan-bahan
1)1/2 ekor ayam[bahagian yang ada tulang dipotong kecik dan dibersihkan].Ketepikan
2)2 kiub  tomyam[cik ina campur kiub tomyam maggi & knorr]
3)1 labu bawang holland [potong baji]*
4)3 ulas bawang putih[dihiris nipis]*
5) seketul lengkuas size sederhana [dipotong ikut suka]*
6)5 biji cili api[dibelah dua]*
7)2 batang serai [dibelah ketuk]*
8)3 helai dun limau purut*
9)1 batang carrot[potong bulat]kalau suka boleh tambah kobis bunga, jagung muda atau batang saleri, ikut suka nak letak sayur apa.
10)1.2 liter air
11)1 keping asam keping
12)Garam secukupnya
Cara memasak
1)Panaskan sedikit minyak masak , tumis bahan bertanda bintang hingga naik bau.
2)Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan ayam diikuti dengan kiub tomyam. Kecut ayam dengan bahan2  tadi supaya mesra
3)Masukkan 1.2 liter air  diikuti dengan carrot serta garam secukup rasa.
4)Sebelum angkat masukkan asam keping dan tutup api.


Tomyam ayam, kalau suka boleh campur makanan laut sotong, udang , ketam  dan lain-lain.


Cik ina suka judukan  lauk tomyam dengan telur dadar & kangkung goreng belacan

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
Bahan-bahan
1)1 ikat kangkung segar
2)minyak masak secukupnya
3)1 tangkai cili merah[super suka pedas boleh tambah setangkai dua  cili padi]*
3)1/2 cm belacan*
4)1/2 biji bawang holland[dihiris baji]
5)2 ulas bawang putih[dicincang]
6)ikan bilis dalam 5 ekor yang dah berkopek[basuh dan toskan] kalau suka boleh jugak guna  udang kering atau  udang basah]
7)1 sudu besar sos tiram
Cara memasak
1)Siang kangkung, bersih dan toskan.
2)kisar bahan bertanda bintang.ketepikan
3)Tumis bahan kisar  dan ikan bilis dalam   sedikit minyak panas  hingga  naik bau dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos tiram ,kacau sekejap
4) Masukkan kangkung , kacau serata sehingga kangkung sedikit layu.
5)Bagi yang suka berkuah boleh bubuh sedikit air. Bila kuah mendidih tutup api.













Okeylah setakat ni dulu, InsyaAllah  kalau ada masa cik ina akan tambah lagi stock resepi untuk yang baru nak belajar memasak, saper yang  dah pakar  main jauh jauh.














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )