Tuesday, 29 September 2015

Sumpah, santan M&S rasa santan segar sebenar


Salam Selasa,


Masih  belum terlambat untuk cik ina mengucapkan  "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Cik ina doakan semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ni , dipermudahkan segala urusan ibadah di Tanah Suci Mekah dan InsyaAllah mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan kembali ke tanahair .Amin.

Macam mana sambutan Hari Raya Haji  korang? Berapa ekor lembu tumbang kat kawasan korang? Jangan cakap korang tak kira .hehehe. Sambutan Hari Raya Haji cik ina tahun ni biasa -biasa je .Cuma bezanya tahun ni rezeki  cik ina  beraya haji dengan ahli keluarga baru. Nampaknya selepas ni cik ina dah tak boleh malas  masak dah masa raya haji.  Raya haji tahun permulaan yang baik.Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua. Cukup sampai di sini saje kemerapuan cik ina kali ni. Kesihatan  cik ina agak merosot kebelakangan ni jadi tak boleh nak merapu lebih.


Santan M&S rasa santan segar sebenar, cuba jangan tak cuba. Bila dah ada santan dan kacang tanah dalam masakan, kita  tak perlulah guna MSG lagi

Berbelas tahun rasanya cik ina tak menumbuk kacang goreng untuk dibuat kuah kacang. Gara-gara mesin kisar kering jahanam maka terpaksalah cik ina menumbuk .Itulah pengorbanan kecil cik ina pada hari raya  haji tahun ni.hehehe


kuah kacang (anggaran 1/2 kilo kacang tanah)
1)Kacang tanah disangrai tanpa minyak  sehingga empuk .Tunggu sejuk kemudian  ramas -ramas supaya tanggal  kulitnya .Tampi untuk membuang kulit kacang tanah yang tertinggal kemudian kisar sederhana halus. 
1)1 tin kimball tomato puri
2) 6 sudu besar bahan bumbu rendang(terdiri daripada halis, serai, lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih yang dikisar)
3)1 cawan cili kisar
4) segenggam udang kering-basuh, tuskan dan kisar sederhana  halus
5)gula dan garam secukup rasa 
Cara menyediakannya
1) Panaskan minyak, tumis  bumbu rendang & udang kering hingga  naik bau
2)Masukkan cili kisar, tumis hingga  pecah minyak 
3)Masukkan tomato puri-kacau sekejap
4)Masukkan 800ml air,jika kuah agak  pekat boleh lah di tambah air. 
5)Bila dah mendidih masukkan kacang tanah kisar, garam diikuti gula.Biar kuah kacang mendidih hingga pekat
6)Bila semua rasa dah seimbang , bolehlah tutup api dapur dan angkat

Resepi ayam masak merah
Bahan-bahan
1) 1 1/2  ekor ayam dipotong 18 , dibersehkan dan digaram
kunyit
2) 1 batang kayu manis & 2 kuntum bunga lawang 
3)3 sudu besar cili sos
4)1/2 tin tomato puri[cik ina guna tomato puri kimball]
5)1  kotak  santan M&S size kecik
6)dua helai daun kunyit[disiat-siat]
7)Gula dan garam secukupnya
Bahan kisar halus
8)5 ulas bawang merah
9)5 ulas bawang putih
10)1 ketul lengkuas
11)4 batang serai
12)1 cawan cili kisar
Cara memasak
1)Goreng ayam hingga 3/4 garing (jangan garing
sangat)ketepikan
2)Panaskan minyak, tumis bahan no 2 dan  bahan kisar hingga naik bau dan agak garing.
3)Masukkan cili kisar  dan garam secukupnya.Tumis   hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili  diikuti dengan tomato puri , kacau sekejap.Kemudian masukkan pulak santan, daun kunyit  serta  gula secukupnya .Kacau hingga sosnya agak pekat.
5)Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan digaul sebati
6)Sedia untuk dihidang

Resepi rendang daging pedas
Bahan-bahan
1)2 kilo daging lembu
2)5 ulas bawang merah*
3)1 labu bawang putih*
4)6 batang serai*
5)1 ketul  halia sederhana besar*
6)1 ketul lengkuas sederhana besar*
7)Kunyit hidup sebesar ibu jari*
8)3  sudu besar kerisik
9)6 tangkai cili  api + 10 tangkai cili kering[dikisar basah]
10)1/2 kotak santan M&S[sumpah rasa santan segar sebenar]
11)1 helai daun kunyit[disiat-siat]
12)sekeping asam keping
13)Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1)Potong daging sederhana besar kemudian dibasuh berseh dan dituskan.Ketepikan
2)Kisar basah bahan - bahan yang bertanda  * .Ketepikan
3)panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan agak garing.
4)Tumiskan cili  kisar hingga  pecah minyak
5)Masukkan daging diikuti dengan kerisek. Kecutkan sekejap
6)Masukkan santan M&S, daun kunyit dan  garam secukupnya. Masak hingga daging empuk.
7)Perasakan dengan gula secukup rasa.Sebelum diangkat masukkan asam keping.

Resepi jelatah timun
Bahan-bahan [sila basuh terlebih dahulu sebelujm dihiris]
1) 2 batang timun sederhana besar[dikupas selang seli  dan dihiris menyerong]
2) 1 biji nenas[kupas kulit, dibuang matanya dan empulur. kemudian potong ikut citarasa masing-masing]
3)2 biji cili merah besar [dipotong menyerong]
4)1/2  biji bawang holland[dihiris nipis]
5)1/2 genggam  udang kering[cuci berseh,keringkan dan kisar sederhana halus]
6)cuka , garam dan gula secukupnya
cara menyediakannya
1)Satukan kesemua bahan hirisan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul sekata
2) masukkan udang kering  dan gaulkan dengan bahan hiris tadi
3) Masukkan cuka , garam dan gula secukupnya.Gaul rata.
4)Biar seketika untuk bahan sebati.Sedia untuk dihidang


Menu wajib


Last minute cik ina tambah menu bihun goreng


Anak cik ina ni agak kureng sikit  dengan nasi himpit .Dorang  layan nasi himpit  waktu pagi je ,  tengahari mula lah   masing -masing  mengagau cari nasi .























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang