Sunday 13 September 2015

Rombongan cik kiah ke Primaland Port Dickson (PRCC)


Salam hari  Ahad,


Tamat sudah cerita raya 2015 cik ina. Entry hari ni cik ina  nak bercerita   pasal pakej percutian "BAJET" 2D1N dekat  Primaland  Port Dickson (PRCC)  yang cik ina beli di Groupon. Pakejlah sangat, hehehe . Sejujurnya, ni pertama kali dalam seumur hidup  cik ina beli voucher dekat Groupon hurmm mungkin menjadi pembelian terakhir. Nasihat dan peringatan buat sendiri, lain kali cik ina kena lebih berhati-hati dalam membeli voucher percutian terutama yang membabitkan percutian bajet. Kalau nak  diikutkan takde lah bajet sangat , harga boleh tahan juga la.

Pada cik ina yang lepas biarlah lepas ,dah pergi dah pun 7hb & 8hb aug  lepas


Punyalah terujakan, sampai lupa nak ambik gambar bilik apartment, bilik air , katil .Kredit gambar kepada google

Cik yuyi memang suka berendam dalam air  dari kecik sampai besar.Kalau boleh 24 jam dia  nak berendam.



Adik pakai swimming suit baru. Beli seminggu sebelum datang ke PRCC. Tapi sayang, dah koyak sikit dibahagian  vontot. Baru pakai sekali je tau. Tulah adik ni  ganas sangat .Mengelusur tak kena tempat.


Cekcinya adik. Hehehe, cik ina memang  ada masalah, masalah tak boleh tengok budak tecit pakai swimming suit.  Geram macam   nak babab je mereka. Tecit ke mereka ni???.Kah kah kah


Suasana agak lengang di Primaland water theme  park  mungkin sebab   cik ina pergi hari  biasa .






Macam sunway lagoon kan.hehehe


Adik macam  dalam dunia dia sendiri kalau dapat air


Masing-masing tunjuk terror

Alahai nongek budak pakai swimming suit tu.Ringan je tangan ni nak babab  vontot dia.


As usual  kacak sungguh anak teruna cik ina kan. Sila muntah


Motip adik ambik gambar macam tu??

Buffet sarapan pagi RM20 seorang,  Menu tak banyak pilihan.Cik ina  takde hal janji menu sarapan pagi  orang melayu ada especially  nasi lemak.  Hehehe.


Overall permandangan di persekitaran Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC) ni  cantik dan menawan kalbu .Cik ina cuma rasa tidak puas hati dengan kolam waterpark dan  apartmentnya. Ada certain kolam nampak hijau macam berlumut, pijak rasa berpasir  je. Bilik air apartmentnya tak di selengara dengan baik. Nama gah ada resort & convention centre gitu,   maintenance kenalah  jaga.









Primaland  Port Dickson Resort & Convention Centre
No 1, PD  Prima
Batu 13, Jalan Pantai
Pasir Panjang
71250 Port Dickson
Negeri Sembilan
Tel No. 06-6626363















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )