Monday 22 June 2015

Juadah sahur mudah dan ringkas budak-budak suka

Salam Ramadhan


Sempena  ramadhan bulan yang penuh barakah ni, syukur Alhamdulillah cik ina semakin rajin update blog. Harap kerajinan cik ina berkekalan . Tapi biasalah, bila update blog dalam bulan ramadhan ni  ceritanya berkisar lebih kepada masak,juadah sahur dan juadah berbuka. Cakap pasal sahur ni,ada dua pilihan bersahur. Sahur dengan makanan berat-berat dan sahur dengan makanan ringan dan mudah. Terpulang pada citarasa masing2. Sesiapa yang memilih bersahur dengan makanan berat -berat bolehlah buat nasi goreng cina yang macam cik ina  buat ni.


Resepi nasi goreng cina
Bahan-bahannya
1)4 cawan nasi
2)1/2 biji bawang holand[dipotong nipis]
3)4 ulas bawang putih[dicincang]
4)1 keping fish cake[dipotong nipis]
5)3 helai daun kobis panjang[dihiris  nipis]
6)4  biji telur 
7)kicap cair secukupnya
8)lada sulah
9)minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak, tumis  bawang holand  dan bawang putih  hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan fish cake ,kacau sekejap..
3)Masukkan kobis panjang dan kacau sedikit
4)Ketepikan bahan dalam kuali ke  tepi kuali.Pecahkan telur ,biar  ia mengeras sedikit baru dikacau. Biarkan telur  sedikit garing.
5)Masukkan nasi sejuk-Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul 
6)Perasakan dengan kicap cair dan lada sulah. Titiskan minyak bijan  beberapa titis .
7)Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum.





Cik ina guna kicap cair yuen chun



Nasi goreng cina ni tak pedas sesuai untuk budak-budak

Kalau suka boleh layan nasi goreng cina  bersama kicap cili (Hirisan cili api bersama kicap cair) 


Ayam goreng ni  atas permintaan adik. Buatnya mudah je, suku bahagian ayam belah peha ,  dipotong kecil kemudian dibersihkan dan digaul dengan garam dan rempah kari. Biarkan sekejap kemudian  goreng ayam tadi hingga garing.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )