Friday 30 January 2015

Bekal untuk adik


Salam Jumaat,


Dulu masa adik darjah 1-3 sekolah belah petang  dia bawak bekal  yang ringan2   ke sekolah  sebab   dia  dah makan tengahari  sebelum pergi sekolah .Berbeza dengan tahun ni ,adik darjah 4 sekolah belah pagi dia dah cakap awal -awal nak bawak bekal nasi sebab tak nak brekpes sebelum ke sekolah. Katanya  perut dia rasa tak sedap bila makan awal pagi.

Masa adik darjah 1 cik senah  pernah tanya dia  kenapa nak bawak bekal,kenapa tak beli je makanan kat kantin. Adik jawab malas nak beratur beli makanan. Tahun berikutnya cik senah aju soalan yang sama. Jawapan yang sama adik beri,malas nak beratur beli makanan.Minggu lepas cik senah tanya lagi  soalan  sama.Adik tak jawab, dia cuma suruh cik senah fikir kalau sehari dia belanja RM2 untuk beli makanan,dua hari,tiga hari, setahun , dua  tahun, tiga tahun,kiralah berapa dia kena habiskan duit untuk beli makanan. Cik senah pandang dia kecik besar kecik besar je.Kecik lagi dah pandai berkira. Cik senah cakap kat dia bila besar nanti kalau adik tak jadi gabenor bank negara atau  menteri kewangan  tak  tahulah mak nak cakap apa.kah kah kah #adikgabenorbanknegara2020   #adikmenterikewangan2020


Nah ,cik senah belanja sikit resepi ikan makerel goreng cili aka masak sos

 kobis cina goreng

 Ikan makerel goreng

RESEPI  IKAN MAKEREL GORENG  CILI AKA MASAK   SOS
Bahan-bahan
1)1 ekor ikan makerel bersize sederhana
2)10 tangkai cili api[kisar hingga halus guna mesin pengisar kering]
3)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah kecik [kisar sederhana  halus guna mesin pengisar kering ]
4)3 sudu besar sos tiram
5)2 sudu besar sos cili
6)2 sudu besar sos tomato
7) Sedikit air
 8)1/2 sudu besar gula
Cara memasak
1)ikan makerel dibersehkan kemudian  dipotong menyerong. Garam kunyitkan ikan kemudian gaul ikan dengan sedikit tepung jagung. Goreng ikan hingga garing.Ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan agak garing
3)Masukkan cili api , tumis hingga pecah minyak
4)Bila dah pecah minyak , masukkan gula,sos tiram,sos cili dan sos tomato diikuti dengan sedikit air. Tumis sekejap.
5)Akhir sekali masukkan ikan makerel goreng dan  kaup balik  dalam sekejap.
6)Tutup api dan sedia dihidangkan.


 Bekal adik ke sekolah  tiga hari lepas, nasi goreng
 Bekal adik ke sekolah  semalam , nasi putih, ikan makerel masak sos & ulam timun


Bekal adik ke sekolah hari ni, nasi putih ,,,telur sambal & kobis cina goreng






Cukup setakat ni saje perkongsian cik senah untuk hari ni. Sekian, terima kasih.









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )