Wednesday, 29 January 2014

Chiffon snow cheese kek langkah demi langkah.ko mampuuuu

Sekian lama ....ku tak membaking akhirnya membaking...mengenang kek mengenang cheese .Dan ternyatalah cinta ku pada cheese.(Sila nyanyi sorang  sorang ikut lirik kekasih awal dan akhir Jamal Abdillah) Sejujurnya aku tak sangka entah apa angin yang bertiup tiba-tiba sahaja malam tadi aku begitu rajin membaking snow cheese kek .Haishhhh cite lebih pun tak guna jom cekidaut.........
 Resepi ku cilok dari Blog Tiffin Biru  CMG

BAHAN A :-)

  1. 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
  2. 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  3. 6 kuning telur gred A
  4. 1/2 cawan gula halus
  5. 1 biji oren, diparut kulitnya
  6. 3/4 cawan jus oren
  7. 1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
  1. 6 putih telur gred A
  2. 3/4 cawan gula halus
  3. 1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan... 
 Putih telur yang bertanduk/stiff  peak : )

 
Bila dah masak tunggu  kek  sejuk sepenuhnya kemudian potong kek kepada dua bahagian atas dan bawah. Sapu cream cheese  diatas lapisan pertama kek
 Biasalah kerja makcik tempe  mana  pernah semenggah

Untuk Toping
1)250g cream cheese Philadelphia(satu ketul)
2)1/2 tin susu pekat
3)1/2 ketul keju cheedar kraft
Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati.Sapukan ke atas kek dan tabur parutan keju cheddar. Sejukkan dalam peti ais dahulu kemudian potong dan hidang.
Leleh sangat cheesenya, bukan setakat kek kena cheese , lapik kek pun kena sekali.kah kah kah 

 Jemput makan








Tarikh : 28 January 2014, Selasa
Lokasi : Rumahku syurgaku





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 28 January 2014

Rindu bertamu dihati bukan di abu dhabi

Apa kena dengan aku ni, semakin hari semakin malas nak update blog.Haishh....tak boleh jadi ni dah elok -elok Allah SWT bagi rezeki dari Nuffnang dek kerana kemalasan aku last last  habuk pun tak de. .Lepas ni kena rajin update, dah berlambak entry dalam draft..

Berbalik pada tajuk entry ; Hari selasa minggu lepas aku MC ,  kebetulan cuti gula-gula hacks jatuh hari yang sama jadi aku ajak  dia dengan akak  pergi makan tengahari sama.
 my peberet mee hailam dengan cili jeruk
yuyi makan bihun hailam.Abaikan bekas lada sulah yang agak berdanau disitu .kah kah kah
bihun hailam udang besau ko mampu
Akak dan adik. Dah dekat sebulan tak jumpa adik. Rindu. 

Lepas perut kenyang keluar shopping bahan untuk membuat kek kat BS bakery
Aku beli kotak kek dia pun nak beli jugak
Entah apa nak jadi dengan yuyi ni,takde lah mahir sangat membaking  kek, kek cawan dan seumpama dengannya tapi setiap kali nak membaking ,kelengkapannya mengalahkan orang meniaga kek










Tarikh : 21 January 2014, Selasa
Lokasi : Restoran Cathay Bar@ Sin Kok Thye Coffee Shop ,Taman Kem Port Klang
BS.Bakery, Taman Bayu Perdana , Klang








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 26 January 2014

Yong tou fu marissa






Dah lamanya tak update.Jgn marajuk  kengkawanku semua,nanti free makcik update ye. Tak sedap pulak cerita sikit takde gambar.Malam tadi lepas bawak adik main basikal kat komplek sukan ,sebelum balik aku ngan yuyi singgah beli sate ngan yong tou fu Marissa kat kg.delek. Ye ke kg delek aku pun.kurang pasti. Bab jalan ni aku sengal sikit.

Tuesday, 21 January 2014

Mungkin baginya shopping umpama terapi tapi bagiku......

Setakat nak temankan shopping aku tak de hal , oh no please jangan ajak aku  window shopping .Sejujurnya I hate window shopping. Nasib baiklah kami sekeluarga satu kepala..Style kami , ada duit kami berjalan , takde duit duduk rumah diam-diam.*bapak ko punya stylo*  Hari ni aku malas nak pergi kerja tetiba rasa macam nak lepak kat rumah. stylo tak?

Yuyi suka butik makcik Doroti perkins Setia City Mall selain dari  pak tiri laki mak dia punya butik  katanya kat sini  mesra pelanggan tak macam doroti perkins JJ Bukit Tinggi. Adik dah besarlah dah pandai rasa boring menunggu akak pilih baju.
Tapi kalau dapat upah takpe la  kan: )

Shopping & makan sinonim dengan  wanita
happylah tu dapat shopping
Tersalah order. Adik tengah selsema aku tak sepatutnya  orderkan  dia  ais blended
pumpkin soup & dua set free (buy 2 free 2) kalau tak silap aku. Itu yang bestnya makan kat Delicious Cafe Setia City Mall
Aku dengan adik order menu yang sama Hainanese chicken chop
Muka orang tengah selsema












Tarikh : 4 January 2014, Sabtu
Lokasi : Setia City Mall, Delicious Cafe, Dorothy Perkins




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 20 January 2014

Setakat nak lepak dekat bawah pokok pelam depan rumah aku, ajak jiran makan pelam sambil ngumpat aku, aku no hal lah

Yeahhhhh suami  aku pergi memancing , masa untuk rilek .Ek eleh  makcik tempe ni macam lah selama ni suami dia  tak pernah bagi  peluang dia relax. Terlebeh sudah. Seronok mak, seharian tak masak. lepas hantar suami pergi memancing(depan pintu rumah je) aku terus keluar pergi beli  nasi lemak dan bihun goreng untuk sarapan pagi merangkap juadah makan tengahari sekali. Pukul 2 petang  tengok cerita tamil Kanthaswamy lakonan Vikram dan Shriya Saran.Seronok juga  sesekali melayan cerita Tamil.ha ha ha Dalam pukul 4 yuyi datang rumah ajak kitaorang  pergi makan.
Pada mulanya adik tak nak makan nasi  setelah aku pujuk akhirnya dia akur dengan kehendak aku 
Hantu cili come back. Seronok makan kat sini, kita  boleh ambil cili ikut suka kita .
Soda gembira sentiasa menjadi pilihan
Perut adik terus lapar bila nampak ayam penyet .Aku cop tempe goreng
Sate berkuah  pelik.Yuyi tak suka sate rasa isi  ayam semata  0%  lemak ni. Sesuai sangat untuk orang diet
 : )
Tetiba pulak tekak aku teringin nak makan nasi  ayam penyet
Setiap kali makan kat sini yuyi mesti order bihun  bakso .
First  time order sup ekor kat sini. Tak tahu rasa apa?tawar hebeh.

Sebelum balik ,aku ajak yuyi singgah gerai kak long untuk tapau nasi ayam.
otak-otak
Mulanya niat nak beli  nasi ayam tapi bila ternampak kerang rebus  dan otak-otak terus tapau sekali. Masa budak pompuan  jual otak-otak menghulurkan otak-otak yang aku pesan dia beria-ia beritahu   aku yang tauke otak-otak dah menaikkan harga otak-otak. "ohhh....ye ke?" jawabku spontan.Tapi dalam hati memang aku bantai gelak. Sejujurnya aku pun  tak tahu berapa  harga sebenar otak-otak. Sorry to say lah aku  spesis yang tak suka memikirkan hal remeh temeh terutama bab harga barang naik. Penatlahhhh











Tarikh : 18 January 2014, Sabtu
Lokasi :  Harbour Place, Waroeng penyet, Gerai Kak  Long







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 19 January 2014

Nasi lemak nescafe 0 ; jom buat nasi lemak

Mata aku ni bukan kenal cuti  hujung minggu atau cuti umum, cukup je masa otomatik dah  terjaga. Pagi ni pukul 5 aku dah terjaga. Alang -alang bangun awal ni, aku terus masukkan kain baju kotor dalam washing machine. Sementara  menunggu kain baju dalam washing machine siap untuk dijemur, aku sempat buat nasi lemak. Motip;mak saje lah  nak bagitahu yang  mak dah ada washing machine otamatik. Kebetulan yuyi  beli washing machine baru jadi washing machine lama dia jadi hak mutlak mak. Washing machine dia tu tak lama mana pun, kalau tak silap aku baru ja pakai dua tahun.Haishhhh kat luar cuaca tengah panas baik aku pergi sidai kain baju.

Jom chekidaut my nasi lemak,beratus kali pun  buat nasi lemak aku  mesti nak tepek kat sini kan. Thank you my lovers, fans, haters & skodengs  blog makcik tempe tanpa uolls saper makcik tempe .I love uolls , because uolls my Nuffnang earnings mencecah RM500+++ campur gov tax ha ha ha ha

 hirisan timun
 telur rebus
 ikan bilis goreng wajib ada 
Bahan-bahan
1)3 cawan beras
2)Santan secukupnya
3)3 helai daun pandan[disimpul]
4)1/2 cm halia
5)Garam secukupnya
cara menyediakannya
1)Cuci beras sampai bersih
2)Campur santan , daun pandan, halia ke dalam beras .Perasakan dengan garam
3)Masak nasi seperti masak nasi biasa
 Sambal nasi lemak
Bahan-bahannya
1)segenggam Ikan bilis goreng
2)20 tangkai cili kering-[direndam dalam air panas dan dikisar kering]
3)asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
4)1 labu bawang besar[dihiris bulat-bulat]
4)7 ulas bawang merah kecik[dihiris dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering]
5)1/2 inchi belacan [kalau tak suka jangan letak]
6)Gula , garam dan secubit serbuk perasa
Cara menyediakannya 
1) Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga agak garing-guna api sederhana
2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak-tumis agak lama-guna api sederhana
3)Masukkan belacan-tumis lagi
4)Masukkan air asam jawa-Pastikan guna  api perlahan dan sentiasa mengacau hingga sambal menjadi pekat
5) Masukkan lebih kurang dua sudu besar gula-kacau sekejap
6) Masukkan garam dan secubit perasa-seimbangkan rasa
7)Masukkan hirisan bawang besar-kacau sekata
8)Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng-kacau sekejap, tutup api dan sedia untuk dihidang
Jemput makan nasi lemak.










Tarkh : 19 January 2014, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Sarapan pagi






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 16 January 2014

Trip memancing 2014 ; umpan oh umpan

Sedihhhhhhhhh, masa  semua orang tengah sibuk  ikan cencaru, selar dan kembung  naik harga , ada pulak para pemancing  yang menjadikan ikan ikan ni sebagai umpan memancing. Ko mampu........... Sumpah selama ni aku tak tahu pun yang suami aku pancing ikan  ikan  ni semua hanya semata-mata nak buat umpan untuk memancing ikan besar atau ikan yang ada kelas.

Aku dengar cerita najib kata  kangkung dah turun harga ? betul ke?????????.ha ha ha ha ha

Umpan hidup, selar, tamban dan cencaru ni semua dipancing oleh  suami aku.
Ikan selar
Ikan selar bercampur dengan  ikan cencaru
Ikan selar
Nampak macam ikan selar tapi bukan selar ni cencaru. Almaklumlah, selalu tengok cencaru besar sampaikan  tak kenal cencaru kecik.Cari perbezaan antara ikan selar dan cencaru
Ikan tamban, tetiba aku teruja , sejujurnya ni kali pertama aku tengok ikan tamban basah. Masa aku kecik dulu selalu tengok mak  goreng ikan  tamban kering untuk cicah dengan lempeng. Suami  cakap ikan ni banyak tulang, kalau tak tahu nak  buat apa dengan ikan ni dia suruh aku loyongkan je. Amboiiii senangnya cakap......InsyaAllah kalau tak de aral melintang  ikan ni aku  nak buat  pekasam.
Disebalik  ikan kelas D terselit ikan kelas A : )  Suami  suruh aku  buang je kerapu ni, dia cakap kerapu kecik ni isinya liat sikit .Bukan aku cakap ye suami yang cakap .
Ikan tamban dari jarak dekat
Bagi memudahkan kerja memasak kesemua  ikan ni aku simpan dalam beg plastik.Satu beg plastik aku buh lebih kurang 6 atau 7 ekor ikan.
Dasat..............sotong jadi umpan  memancing. Suami aku  cakap kalau nak memancing kat tengah laut elok guna umpan  sotong.

Ko mampu disebalik cerita pasal ikan terselit resepi ikan goreng
ikan aruan tasik goreng mengcongkam.ko mampuuu
Bahan-bahan
1)5 ketul ikan aruan tasik sederhana besar *5 ketul ke?dalam gambar cam selonggok je*
2)4 ulas bawang putih & 3cm halia[dikisar kering]
3)1 sudu besar rempah kari
4) 1/2 sudu kecil  serbuk jintan manis
5)sengenggam daun kari
5)Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya
1)Gaulkan ikan  dengan garam ,serbuk perasa. rempah kari , serbuk jintan dan bahan kisar. Masukkan daun kari dan gaul sekata sekejap. Perap lebih kurang 30 minit
2)Panaskan minyak dan goreng ikan sampai garing.Goreng sampai habis














Tarikh : 14 January 2014, Selasa
Lokasi : Rumahku syurgaku









SELAMAT BERHUJUNG MINGGU 















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 14 January 2014

Maggi goreng jangan pandang sepi; jom buat maggi goreng ayam....

Kalau diberi pilihan antara maggi berkuah dan maggi goreng,aku pilih maggi berkuah.Tetapi memandangkan aku nak jadi  isteri mithali maka kenalah  utamakan tekak suami kan.  Biasalah bila kita dah kahwin, selera tekak sendiri tidak lagi menjadi keutamaan.Aku percaya  para ibu di luar sana bijak, kebanyakkan mereka   peka dan tahu  apa makanan kegemaran  suami dan anak-anak. Percaya tak adakalanya para ibu ni rela memendam keinginan untuk menikmati makanan kegemaran mereka demi untuk  memenuhi tuntutan selera tekak anak-anak . Lihatlah wahai   anak-anak betapa kalian adalah insan paling istimewa di dalam hidup insan yang bernama ibu. Cakap pasal ibu ni tetiba aku teringat dengan arwah mak, Pejam celik pejam celik hampir  18 tahun  arwah mak pergi meninggalkan aku. Walaupun masa  kecilku tidak seindah dan semewah orang lain  namun aku bangga mempunyai seorang mak yang sanggup berkerja keras membanting tulang 4 kerat demi untuk membesarkan kami adik beradik. Sejujurnya, Pengalaman hidup masa lalu membuat aku lebih menghargai kehidupan. Entahlah, setiap kali  teringat arwah mak , aku tak mampu menyembunyikan kesedihan ni. Percayalah mak,,hari demi hari yang aku lalui tak pernah sedetik pun hatiku melupai mak. woiiiiii woiiiiiiiiiii makcik tempe wake uplah,much dramalah u ni. Maafkan makcik ye anak-anak ,makcik terlebih sudah.

Mohlah kita buat maggi goreng ayam

Resepi maggi goreng ayam, ko ado?????
Bahan-bahan
1)3 bungkus maggi kari[celur sampai lembut  dalam air panas mendidih. Curahkan air sejuk dari  peti ais ke atas maggi sejurus  selepas dituskan, kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan .Ketepikan.
2)1 biji tomato[dipotong baji]
3)1/2  batang carrot [kupas kulit dan potong baji]
4)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah [dihiris & dicincang]
5)2 biji telur
6) 1 1/2 bungkus perencah maggi kari
7)dua ketul ayam goreng [dipotong sederhana besar]
Cara menyediakannya
1)Panaskan dua sudu besar minyak masak plus 1/2 sudu besar minyak bijan dan tumis bawang hingga naik bau dan agak garing
2)Tumis tomato dan carrot hingga empuk
3)Pecahkan telur dan kacau telur hingga hancur , biarkan agak garing
4)Masukkan maggi diikuti dengan perencah maggi kari, kacau sekata
5)Akhir sekali masukkan ayam goreng dan kacau rata sebentar
6)Tutup api dan sedia dihidang
Aku syak teknik mencurahkan air sejuk dari peti ais ke atas  maggi yang telah dicelur akan menyebabkan tekstur maggi menjadi kenyal .
Untuk mendapatkan maggi goreng yang rasa tidak hanyir pastikan  telur garing sepenuhnya 
Maggi goreng ayam yang telah sedia untuk dihidang
Maggi ayam goreng
ko ado maggi goreng telur mata kerbau pulak
Adik suka makan maggi goreng telur mata kerbau







Tarikh : 11 January 2014,Sabtu
Lokasi : Rumah Sendiri













SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL TAHUN 1435H/2014




























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang