Thursday, 18 December 2014

Curry mee & Nasi lemak ayam rendang uncle Lim's cafe @Subang Parade sedap

Salam  Khamis,

Assalamualaikum.Tengah buat apa tu? Harap takde yang meroyan  dengan cik senah sebab  dah lama tak update blog .Cik senah bukan sengaja tak nak update , tapi masa tak mengizinkan .Lately ni cik senah bizi .Dalam minggu ni je dua seminar anje anje  cik senah TERpaksa  attent . Cik senah cuba cuba jugak nak cilok update  tapi tak kesampaian dek pelbagai dugaan. : )   Dan akhirnya , petang ni berjaya juga cik senah update. Korang ingat lagi tak cik senah pernah janji  kat sini, nak cerita pasal jalan jalan cari makan lepas kami  habis tengok wayang cerita  penguins of  Madagascar dekat MBO Subang Parade. Okey, lepas habis tengok wayang tu cik senah bawak adik makan kat Uncle Lim's cafe. Cik senah & adik  suka makanan kat sini . Semua sedap , terutama roti bakar & curry puff  yang ada  telur rebus didalamnya.

Masa cik senah bawak adik tengok wayang tu cuti besday Sultan Selangor. Ni  pertama kali cik senah bawak adik tengok wayang kat  MBO Subang Parade. Selalunya cik senah bawak adik  kat MBO Harbour Palace. 
Conclusionnya ,secara jujur cik senah katakan diantara  MBO Subang Parade & MBO Harbour Palace ibarat langit dan bumi  . Lu pikurlah sendiri MBO Harbour Palace *abaikan ayat-ayat  omputih cik senah yang hazabedah tu*

Wajah riang gembira adik dapat tengok Penguin of Madagascar.Lemak adik ni, dah dua minggu berturut -turut cik senah bawak dia tengok cite kartun, cite cik senah manisnya cinta di kapokapodia bila pulak???

yeah yeah  MBO Subang Parade bagi beg plastik  : )  senang adik nak bawak pop corn dengan air

Masa untuk isi perut. Cik senah bawak adik makan kat uncle lim's cafe.



Adik dengan nasi tak dapat dipisahkan. Cik senah orderkan adik nasi lemak rendang ayam.
cik senah order curry  mee uncle Lim's,  sedap sangat


Roti bakar kaya butter uncle lim's feveret adik. Setiap kali ke sini cik senah tak pernah lupa orderkan untuk adik.






Uncle Lim's
G27G 1/2 ground floor
Subang Parade
Subang Jaya
Selangor








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang