Thursday, 4 December 2014

Cik senah dan memasak ni memang tak dapat dipisahkan lagi ; berita terkini pasal peti ais cik senah


 Salam khamis,


Apa khabar kengkawan semua? diharap semuanya sihat  belaka. Lama cik senah tak  update blog  sebab otak tak berapa nak sihat .Cik senah tengah sedih ni, peti ais peninggalan arwah ayah yang cik senah tatang bagai minyak yang penuh semakin nazak, bahagian atas peti ais tak sejuk seperti biasa. Siapakah yang harus dipersalahkan ?itu rasanya  sudah tak penting lagi. Sebenarnya sejak my lovely peti ais rosak ikan, ayam daging , aneka sayur dah  jarang bertandang kat rumah. Itulah paling aku terasa sekarang ni. Perlukah aku mencari penganti mu peti ais?Bila ku ingat bila ku kenang  my lovely peti ais seusia yuyi  cik senah down gilerrr.. Tabahlah wahai hati,, nak beli baru bukan sikit duit. Hasil menoreh cik senah kumpul sikit sikit ,InsyaAllah cukup bulan  dapatlah cik senah beli sebijik peti ais baru.

Rutin harian cik senah waktu subuh masa anak-anak cuti sekolah ni(bajet anak 10)  kentang ketung ketang kentung seawal 5 pagi. Waktu pagi &  tengahari  calling calling adik. Setiap hari skrip lebih kurang  sama.


cik senah : Assalamulaikum adik, dah bangun?

adik  : baru bangun.

cik senah : adik dah makan?tengah buat apa tu?

adik : belum.tengah tengok tv

cik senah : Jangan sepahkan rumah.Lepas makan , tutup tudung saji elok elok ye.

adik : ok

cik senah :Dah kemas bilik

adik : Belum.Tunggulah firdaus  syok syok & selesa baru firdaus kemas.


cik senah : ahhh, apa maksud syok syok selesa tu?

adik : lepas firdaus setel main games, tengok video , tengok tv, tu maksudnya selesa

cik senah : ha ha ha cam tu pun boleh .


Sambung cerita pasal memasak. Sementara menunggu peti ais baru sampai makanlah dulu sambal sardin . Lepas ni kengkawan tak payah pelik,   dalam minggu ni dua kali dah cik senah masak sardin. Jeng jeng jeng menu yang  cik senah masak  hari ni, sardin goreng cili bla bla bla bla


 Sardin goreng cili api
 Timun goreng udang kering
 Telur dadar bawang
 Telur masin, ek eleh apa kena dengan dua biji  telur masin cik senah  belah kanan  macam sendu je kuningnya.






















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang