Friday 26 December 2014

Anwah & Najibah kahwin kahwin kahwin

Salam Jumaat,


Sedih , sebak sungguh  hati cik senah ni  bila membaca kisah banjir yang menimpa negara kita. Ya Allah ya tuhanku  lindungi mereka daripada sebarang  bencana  dan malapetaka.Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Hopefully  semua mangsa banjir bertabah dan  bersabar  .Redho dan syukur  walau dalam derita atau nikmat.  Cik senah berharap sangatlah   semua ahli politik  dapat  mengenepikan perbezaan fahaman politik  untuk berganding bahu bersama-sama  membantu  mangsa banjir . Ayuh rakyat Malaysia kita bantu mangsa banjir   *jangan lupa undi cik senah ye dalam pilihanraya akan datang*

Okey, berbalik pada tajuk entry cik senah hari ni, ingat tak entry  misi mencari tudung cik senah  kat SINI, hari yang dinantikan telah tiba.
Pada 14 Dec , hari minggu tu  kami tiga beranak berangkatlah ke Dewan Melur Garden ,Sg.Ramal Kajang untuk meraikan majlis perkahwinan kawan yuyi, Najibah.



Sanding sanding ,sanding Anwar, jibah .InsyaAllah tahun  depan jika diizinkan  Allah SWT,   dapatlah cik senah menyaksikan  anak sulung cik senah pulak bersanding dipelaminan .




Lebih kurang pukul 1tengahari, Jibah & Anwar masuk ke dalam dewan  diiringi para pengiring yang terdiri dari saudara mara dan rakan taulan menuju  ke  tempat  persandingan.




               Selamat pengantin baru,semoga kekal  hingga  ke jannah


                                            Adik  & the  geng                                                    



Merelip -relip shawl cik senah. Cer teka mana cik senah???yang pasti  me bukan makcik yang bertudung merah  & coklat  tu ye.

 Adik  & the geng


 Photo booth & props sangat sinonim dengan majlis perkahwinan. Kerana itu cik  senah juga tak mahu ketinggalan beraksi dengan props yang disediakan



Tetiba  cik cenah lihat adik begitu comel sekali

Hahaha,  Zakie  duduk kat situ  sorang2 kenapa?







Okeylah kengkawan semua,cukup  setakat ni je untuk hari ni nanti senang cik senah update lagi ye.


































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )