Sunday 23 November 2014

makanan jepun di sushi king sedap sangat

Salam Ahad,,


Abaikan tajuk entry cik senah yang agak  mengjengkelkan itu.Macam tak caya jekan cik senah duk puji makanan jepun sedap .Hehehe baca boleh percaya jangan : ) pendirian cik senah terhadap makanan jepun, cik senah akan pelan-pelan kayuh belajar makan demi anak .Tapi tidak untuk wasabi memang awal-awal cik senah  ( X ) bak kata adik rasa wasabi tu menekan-nekan hidung boleh buat bersin.Dasatkan wasabi punya impak ha ha ha

Lantak pi dengan makanan jepun. Apa  khabar kengkawan semua? Diharapkan semua sihat-sihat belaka. Syukur Alhamdulillah cik senah di sini sihat seadanya. Kengkawan ada terbau sesuatu tak? Saper cakap takde sah sah dia  mareng kerapu kepunder mareng sekeper. Kek pisang,ya betul cik senah tengah membakar kek pisang. Almaklumlah esok  adik dah mula cuti jadi cik senah haruslah sediakan  stok kudap-kudapan untuk adik.

Kita sambung cerita pasal makanan jepun, semalam lepas ambik adik dari kelas mengaji  yuyi bawak kami pergi Tesco. Mulanya yuyi cadang nak bawak kami makan kat food court tapi entah tak tahu kenapa? dan siapa yang mendorong  kami ke sushi king. Yuyi sukalah makan kat situ.Adik on je dia okey ,cik senah hurmmm okey jelah,sesekali kenalah ikut selera anak ye dak.Part  order cik senah serah kat yuyi.Ohhhh baru cik senah tahu yang yuyi tak berapa dengan sushi .Tu yang dia order makanan jepun lain.

Minuman kami Iced green tea 

Entah apa ke namanya cik senah lupa.Kalau tak silap cik senah ianya macam nasi dibalut fucuk.

Minuman adik orange yakult 
Yniku don(beef rice) dont play play feveret yuyi tu .hehehe
T/ miso don & cendawan tempura kalau tak silap cik senah. Sedap cendawan tu  cik senah suka yang lain kim salam. Adik makan macam nasi yang yuyi order bezanya adik punya nasi takde beef,ayam je. Lupa pulak nama menu tu.


Salmon memang  feveret cik senah tak kiralah masak apa pun. Salmon mentah &  avacado  sedap cuma caviar tu je buat slek. .Cik senah paling suka salmon deep fried cicah sos manis tu ,sedap .
Chawanmushi tak tahu macam mana rasanya . Ingatkan nak rasa sikit tapi bila Yuyi acah -acah nak letak wasabi dalam tu  cik senah terus tak nak makan. Wasabi ( X)  sakit badan dengar perkataan wasabi. Dasatkan penangan wasabi.
Adik belajar makan pakai chopstick.Makan pakai tangan kan senang dik oii.

 ketam mengajar anak  jalan lurus. Poyonya cik senah, macam ko terror sangat makan pakai chopstick.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.Jomlah kita balik.









Okeylah kengkawan,cukup setakat ni je InsyaAllah nanti senang cik senah update.









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )