Monday 24 November 2014

Kari ikan bawal sedap anak & kawan -kawan suka, suami sayang

Salam Isnin,
 


Assalamulaikum kengkawan. Tengah buat apa tu? cik senah di sini sedang mengupdate blog sambil mengudap-gudap kacang dari kudat pemberian bos . Sedap betul kacang dari kudat ni, tak boleh berhenti mengudap , berlawan-lawan  dengan bos mengudap. Buruk betul siku bos aku ni, dah bagi ambik balik. Ingatkan hajat dihati nak memunya kacang kudat tu hurmmm nampak gayanya macam tinggal angan-angan je lah. Tengah cik senah syok-syok  mengudap kacang tetiba cik senah teringat janji dengan kak ngah  nak bagi resepi kari ikan bawal . Cik senah  perhati je kak ngah  tu  memang  happy sangatlah kalau dapat resepi ehem ehem ehem bilalah agaknya cik senah dapat merasa kari ikan air tangan kak ngah .okey kak ngah sila  salin rsepi jangan tak salin.


Diantara bahan -bahan untuk  kari ikan bawal 
 
Ikan ni lagi lama diperap dengan garam kunyit  lagi sedap sebab kunyit dan garam dah benar-benar mesra dan sebati


Resepi kari  ikan bawal
Bahan-bahan
1)2 ekor ikan bawal tambak  sederhana besar[ikan dibersehkan dan dikelar kemudian digaram kunyit] ketepikan.
2)5 sudu besar rempah kari ikan,aku guna rempah kari ikan Alagapas [bancuh rempah dengan air ]
3)3 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih[dihiris nipis]*
4)2 cm halia [dimayang]*
5)1 sudu kecil halba yg dicampur sedikit biji sawi*
6)2 tangkai daun kari*
7)8-10 batang bendi[dicuci berseh]
7)Air asam jawa[1/2 genggam asam jawa dibancuh bersama dengan 800 ml air]
8)Garam dan serbuk perasa secukupnya
Kepekatan  kuah kari ikan bergantung  kepada kepekatan air asam jawa dan kuantiti rempah kari
Cara memasak
1)Panaskan minyak,tumiskan  bahan yang bertanda bintang hingga naik bau.
3)Setelah naik bau, masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak
4)Kemudian masukkan air asam jawa  dan garam.Kacau sebati . Biarkan  agak mendidih baru masuk kacang bendi .
5)Bila   kacang bendi dah separuh empuk, masukkan ikan dan bahan perasa secukupnya. Biarkan masak
6)Sedia dihidang
Anak cik senah yg sulung  suka sangat makan nasi dengan  kari ikan dan sambal belacan


Mantopkan,ikan bawal goreng cik senah



Dapat kunyah kepala   & ridip  ikan  bawal goreng pun sodap.Perghhh lemak berkrim aja rasanya.























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )