Tuesday, 14 October 2014

Nicole kidman cakap sizzling brownie with ice cream The Manhattan Fish Market sedap


Salam selasa,


Rumah cik senah dari pagi tadi  takde letrik . Kepala cik senah  tengah  berserabut  sekarang ni. Mana tak serabut  Anak cik senah yang darjah 3 tu  dari pukul 10pagi  tadi  asyik whatsapp tanya cik senah  bile letrik nak ada balik. Tak cukup dengan whatsapp siap call lagi. Ni dia  dah pergi sekolah  lega sikit hati cik senah

 Ini antara whatsapp cik senah dengan adik  ,gempak & hot sebab takde letrik

Adik : Mak mana elektriknya
cik senah :  Tunggulah TNB betulkan, kenapa tanya?
Adik  : Saja
cik senah : Adik dah mandi ke belum?
Adik : Dah
cik senah : Tak baca buku ke? hari ni kan periksa.
Adik : Tak nampak
cik senah(tetiba hati didalam terbako , siang hari dia tak nampak) : Apa yang tak nampak?
Adik : Eh!nampaklah
cik senah(adik buat cite kel plak) : Letrik dah ada?
Adik : Belum lagi, ayah cakap panas sangat.
cik senah(Tanjat boboy,  nelayan tak tahan panas) : Ayah cakap panas ,macam tak caya je.
Adik : Ya
cik senah : Dah panas mak nak buat apa?
Adik : Tak tahu
cik senah : Habis tu adik asyik ngadu  panaslah tak nampaklah, lebih baik adik baca buku.
Adik : Ye la firdaus baca bukil la ni
cik senah : bukil apa?
Adik: buku la mak
cik senah(whatsapp rutin) : sayang ibu tak?
Adik : sayang
cik senah : sayang banyak ke sikit?
Adik : Banyak.Mana letriknya?
cik senah (nampak tak permainan adik disitu, pantang tanya pasal sayang terus tanya balik pasal letrik) :  5 petang baru ada letrik, katanya TNB.  
Adik : Ayoo
cik senah : Nape adik tanya pasal letrik.Doa lah letrik cepat datang
Adik : panas sangat !!!!!!!!!!!!
cik senah(tangan menggenggam macam tengah nyanyi nasyid) : Ni baru percikan api neraka.Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.
Lumrah manusia, bercakap bawah aircond bolehlah ko suruh orang yang dalam kepanasan bersabar ye dak .la la la la
cik senah :Dah baca doa penerang hati
Adik : Firdaus dah baca mak
cik senah : Okeylah adik pergi pakai baju sekolah.Mak ada keja ni.
Adik : okkkk.Takkan ku biarkan walau ribut menentang.
Adik dah buat dah.Dia hantar voice note  nyanyi lagu Arjuna beta utk cik senah. Haish adik ni suka sangat lagu tu.
cik senah : Semoga adik  lulus periksa InsyaAllah
Adik : Ok


Okeylah ,kita tinggalkan kisah adik, TNB dan letrik, kita cerita pasal The Manhattan pulak. Lama gilerr cik senah tak makan kat Manhattan  ni .Syukur sangat : ) hari Ahad petang anak cik senah yang sulung bawak cik senah  makan di  The  Manhattan. Burrrp!!!Alhamdulillah  kenyangnya masih terasa sampai sekarang.Pentipu sangatlah kenyang sampai sekarang .




Arwah mak cik senah dulu suka kumpul piring hitam .  Antara piring hitam yang paling arwah mak  suka  ialah piring hitam M.Daud kilau. Hahaha tertiba je tergiang-ngiang lagu M Daud Kilau "gila judi" satu ringgit, dua ringgit, tiga ringgit , empat ringgit, lima ringgit hangusss kalau sudah gila judi  Cik senah merasa jugak dengar   piring hitam Uji Rashid, Arwah Datuk Sharifah Aini,Jamal Abdillah nak sebut nama  sorang2  ramai sangat.




Cala-cala & sky juice(air budget)

Sizzling brownie wtih ice cream sedap ,ikut logik memanglah sedapkan .Sos caramel curah atas ice cream &  brownie coklat walnut .

Tartar sauce & cili sauce,, tanpanya  hidup terasa hambar
Manhattan flaming seafood platter,  3 orang makan cukup sangat

Fried country mushroom, 10 mangkuk pun tak cukup.

Seriously aku  konpius ,last minute  yuyi order Spaghetti in the sea,








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang