Friday, 17 October 2014

koleksi juadah kegemaran keluarga ; ketang ketung ketang ketung meh masak ayam goreng sos tiram & kacang buncis goreng isi ayam


Salam Jumaat,


Problem betul nak update blog .Dari tadi buka blog tutup buka blog  tutup .Macam ada sesuatu yang menghalang.Akhirnya update jugak, Alhamdulillah. Sebenarnya takde apa2 yang menarik pun  cuma nak cerita pasal ketang ketung ketang ketung pagi tadi masak ayam goreng sos tiram dan kacang buncis goreng isi ayam.Jom intai resepi ayam goreng sos tiram dan kacang buncis goreng isi ayam


Bahan-bahan
1) Separuh ekor ayam dipotong sederhana besar[dicuci berseh]
2)*5 ulas bawang merah[dihiris 
3)*4 ulas  bawang putih[dihiris]
4)*Sedikit bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
5)*2 cm halia[dihiris bulat-bulat]
6)10 tangkai cili padi[dibelah dua]
7)1/2 sudu kecil gula
Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau ya
8)3 sudu besar air asam jawa
9)3 sudu besar sos tiram 
10)1/2 cawan air
Cara memasak
1)Ayam digaram kunyit dan digoreng garing.Ketepikan
2)Panaskan dua sudu besar minyak masak yang dicampur dengan sedikit minyak bijan, tumis bahan  bertanda bintang hingga naik wangi dan garing
3)Masukkan sos tiram kacau rata , kemudian masukkan  air asam jawa ,cili padi dan gula.Biar mendidih sekejap
4)Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.
5)Masukkan 1/2 cawan air. Biar mendidih sekejap  kemudian angkat.

Bahan-bahan
1)10-15 batang kacang buncis[Dicuci kemudian  buang urat tepi dan potong serong]Ketepikan
2)1 keping dada ayam[dicuci berseh dan potong kecil  kemudian gaul sebati kan dengan sedikit kicap cair . Selepas tu gaulkan isi ayam tadi dengan sedikit tepung jagung.Ketepikan
3)4 ulas bawang putih[ketuk dengan belakang parang.Buang kulit kemudian cincang]
4)Sedikit air
5)1/2 sudu besar sos tiram
6)secubit kecil garam
Cara memasak
1)Panaskan 1/2 sudu besar minyak masak.Tumis bawang putih cincang hingga separuh garing
2)Masukkan isi ayam goreng sekejap
3)Masukkan kacang buncis dan taburkan garam. Masak  hingga kacang  buncis sedikit layu
4)Akhir sekali masukkan  sos tiram dan sedikit air. Bila mendidih bolehlah diangkat.

Gunakan  api kecik semasa proses menumis.


Kacang buncis goreng isi ayam










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang