Monday 1 September 2014

Selamat hari merdeka ke 57, Di sini lahirnya sebuah cinta ♥♥♥


31 Ogos 2014,Ahad, Selamat hari merdeka Malaysia tanahairku tercinta.Semoga Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, keamanan dan kemajuan. Terima kasih para pejuang kemerdekaan dan perwira negara dan Al-Fatihah buat semua yang gugur dimedan perang. Jasamu tidak terbalas.

Hari ni aku tak kemana-mana,duduk rumah melayan suami dan anak-anak je. Pagi tadi bangun terus basuh kasut sekolah Firdaus. Malas nak suruh firdaus  basuh takut tak berseh. InsyaAllah bila dia masuk darjah 4  nanti baru aku suruh basuh sendiri kot. Pagi ni aku tak buat  sarapan sebab takde orang makan .kalau buat kang , tak habis membazir je .Lepas setel bab kasut sekolah aku terus masak juadah makan tengahari. Masak simple je,aku buat suap dengan kacang buncis goreng .


RESEPI KACANG BUNCIS GORENG
Bahan-bahan
1)300gm kacang buncis[buang urat tepi dan potong menyerong]
2)4 ulas bawang putih[dicincang]
3)5 biji fishball [dibelah 4]
4)garam secukupnya
5)1/2 sudu besar sos tiram
6)Minyak  secukupnya
Cara menyediakan
1)Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
2)Masukkan fishball,kacau sekejap
3)Masukkan kacang buncis. Taburkan dengan sedikit garam kacau perlahan hingga kacang buncis empuk sepenuhnya.
4)Akhir sekali masukkan sos tiram,kacau sekejap kemudian tutup api.

Kacang buncis goreng

RESEPI SUP AYAM
Bahan-bahan
1)700gm ayam[dibasuh berseh]
2)2 biji kentang[dikupas kulit dan dibelah 4]
3)1 batang carrot[dipotong ikut suka]
4)5 ulas bawang merah[kupas kulit dan ketuk]*
5)4 ulas bawang putih[kupas kulit dan ketuk]*
6)2 ketul halia size sederhana[kupas kulit dan ketuk]*
7)2 sudu besar rempah sup[dibancuh dengan sedikit air]
8)1 liter air
9)1/2 ketul kiub ayam
10)Garam secukupnya
11)1/2 sudu besar lada hitam kisar
12)1 tangkai daun sup dan daun bawang[dihiris sederhana halus]
Cara menyediakan
1)Panaskan 1/2  sudu minyak kemudian tumiskan bahan bertanda bintang hingga naik bau dan agak garing
2)Setelah semua bahan tumis naik bau, masukkan rempah sup .Tumis hingga pecah minyak
3)Masukkan ayam,kecutkan sekejap.
4)Masukkan  kentang dan carrot diikuti dengan air.
5)Reneh sup ayam dengan api perlahan sehingga ayam ,carrot dan kentang  tadi masak sepenuhnya.
6)Kaup sebarang buih dan minyak dipermukaan sup ayam mengunakan senduk
7)Akhir sekali perasakan dengan garam ,lada hitam kisar dan kiub ayam knorr. Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan saderi di atasnya.


Sup ayam,sila abaikan hirisan daun sup yang agak tak semenggah di situ.
























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )